Tuesday, June 21, 2011

SALAM TAKZIAH........

Terkejut....tiada sebarang berita yang diketahui sehinggalah pada hari ini sewaktu membuka laman fb anak rakan sewaktu di Maran,memaklumkan bahawa ibunya Puan Marni telah meninggal dunia pada 16 hb yang lalu.Hari Khamis.Terus memaklumkan kepada hubby mengenai berita tersebut.Al-Fatihah untuk akak.......Semoga Pak Lah sekeluarga tabah menghadapi segalanya.Untuk Asilah, jaga ayah dan adik-adik yang lain dengan baik.


Mula mengenali keluarga Pak Lah sewaktu kami menetap di kuaters guru pada tahun 1991 di Sekolah Menengah Seri Jengka.Hubby dengan Pak Lah mengenali antara satu sama lain sewaktu mula-mula sekolah tersebut dibuka.Mereka begitu rapat sekali walaupun Pak Lah hanya sebagai pembantu makmal.Ke mana-mana mereka akan pergi berdua.Sewaktu hubby menjawat jawatan setiausaha PIBG, mereka berdualah mencari sponsor daripada pelbagai pihak semata-mata untuk membangunkan sekolah tersebut.Kini, semuanya tinggal kenangan.

Dari situ, saya mengenali keluarga Pak Lah.Selalu ke rumah Pak Lah malah kami seperti keluarga.Kak Marni memang baik dan tidak banyak bercakap.Malah mereka pernah bertandang ke rumah kami di Segamat.Hampir setiap malam, kami akan ke rumah mereka.Mereka tinggal di Kampong Sentosa dan kami selalu ke Temerloh dan Kuantan bersama-sama keluarga Pak Lah.


Ingat lagi sewaktu, hubby menyampaikan ucapan perpisahan, Pak Lah mengalirkan air mata.Saya tahu keakraban mereka menyebabkan Pak Lah begitu sayu untuk melepaskan kami.Namun, kami telah bertekad untuk berhijrah ke Segamat setelah hampir 6 tahun berkhidmat di sana.


Kalau tidak silap saya,lebih kurang sebulan yang lalu, saya bertanyakan khabar Kak Marni daripada anaknya Asilah yang kini sedang mengikuti kursus Perguruan di Terengganu.Allahyarham telah dimasukkan ke hospital kerana tekanan darah tinggi yang agak tinggi dan dibenarkan keluar dari hospital setelah kesihatannya agak baik.Namun, pada hari ini,saya menerima kejutan berita melalui laman Fb.InsyaAllah, kami akan menziarahi Pak Lah sekeluarga di Kampung Sentosa dalam masa yang terdekat ini.Ingat lagi, pak Lah meminta saya bercakap dengan Kak Marni sebelum Kak Marni dimasukkan ke hospital.Itulah perbualan terakhir saya bersamanya......Al-Fatihah, kak.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan buat Pak Lah sekeluarga,salam takziah daripada Kamil's family.


Kak Marni yang dikenali tidak berapa sihat sewaktu saya bersamanya dahulu.Beliau telah bersara awal kerana masalah kesihatan yang tidak mengizinkannya untuk meneruskan perkhidmatan di pejabat Felcra.


PENA KASIH:Teringat kenangan bersama keluarga Pak Lah dan sewaktu jari-jemari ini mencatat memori bersama keluarganya, air mata mengalir.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails