Sunday, June 5, 2011

MAJLIS PERNIKAHAN AZLAN N ANA DI KG KEMAT








Azlan menyarungkan seutas gelang ke tangan Ana...



Majlis pernikahan Azlan....

Persediaan untuk ke majlis pernikahan Azlan n Ana berjalan dengan baik sekali.Kami meninggalkan perkarangan Anggerik Impian lebih kurang jam 9.00 pagi untuk menuju ke Kampung Kemat yang tidak berapa jauh daripada rumah penginapan kami.Menuju ke arah kampung tersebut ternampak 'sign-board' ke Air Terjun Bukit Sekayu.Niat di hati ingin ke sana membawa anak-anak bersantai di sana.


Sesampainya di sana,Tok Kadhi telah sedia menunggu kami.Kami agak lewat sampai kerana menunggu Azlan mengemas itu dan ini.Tidak mengambil masa yang lama untuk bernikah.Cuma mungkin agak kurang lancar kerana masalah loghat yang tidak difahami oleh Azlan.


Selepas usai majlis pernikahan, kami balik semula ke penginapan sementara menunggu untuk majlis persandingan jam 2.00 petang.Kami mengemas bilik masing-masing untuk 'check-out' jam 1.00 petang.Selepas itu, kami merehatkan diri di masjid semula sementara menunggu jam 2.00 petang.Mereka bersolat di situ dan alhmadulillah, semuanya dipermudahkan.Hubby membawa pengantin lelaki dengan menaiki keretanya.Sempat juga saya menasihati Azlan agar menjadi seorang suami yang baik buat isteri.Perlu ada perbincangan dan bertolak ansur dalam rumahtangga.


Lebih kurang jam 2.00 petang, kami bertolak ke Kampung Kemat.Sempat juga kami melihat suasana majlis perkahwinan orang Terengganu.Dalam satu hari sahaja terlalu banyak majlis perkahwinan.Di kiri kanan jalan, diletakkan bunga manggar.


Kami terperangkap di sana kerana selepas usai sahaja majlis persandingan dan makan damai, hujan turun mencurah-curah.Kami tidak dapat untuk ke tempat kereta dan hasrat untuk ke Air Terjun Bukit Sekayu hanya tinggal impian sahaja.Terlihat di wajah anak-anak dan anak saudara rasa kekecewaan.Bukan senang untuk ke sini kerana kami bukannya jenis yang suka berjalan-jalan.


Dalam hujan yang renyai-renyai kami redahi juga untuk ke tempat letak kereta yang agak jauh juga.Tiada kemudahan jalan dan kami melalui titi...seronok juga sesekali ke situ.Suasana yang tenang dan damai,di celah-celah pokok dan daun-daun menghijau,suasana yang agak sejuk amat menarik sekali.Teringat semasa dahulu di kampung saya yang belum menikmati kemudahan seperti hari ini,kami juga melalui suasana yang sama.


PENA KASIH :Kami mendoakan kebahagiaan kalian berdua.......

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails