Tuesday, May 20, 2014

GURU......

Alhamdulillah tanggal 16 Mei setiap tahun perayaan hari guru disambut sebagai mengenang jasa guru.Tiada guru, tiadalah kita seperti ini hari ini.Aku bersyukur dilahirkan dalam keluarga 'guru'.Hasrat dan impianku untuk menjadi seorang guru akhirnya tercapai.Kini,anak perempuanku juga akan menyusul.Minat pada kerjaya guru memang telah aku lihat sejak kecil lagi.Angan-angannya untuk menjadi guru,InsyaALlah akan kesampaian."Mama, sentiasa mendoakan agar anak mama menjadi guru yang cemerlang kepada anak-anak didik".Kerjaya guru yang dianggap mudah,senang dan banyak cuti menjadi perbualan tapi apabila berada dalam kerjaya guru mereka akan tahu.Ibu bapa yang mempunyai anak yang bergelar guru akan tahu mana ruang untuk bercuti bersama ahli keluarga.Malah,anak-anak sendiri adakalanya merungut kerana mereka tidak dapat bercuti seperti rakan-rakan lain. Apa pun perbualan hangat yang diperkatakan aku tetap sayang akan kerjaya seorang guru.Kepahitan yang dialami akan menjadi manis dan indah apabila melihat anak-anak didik berjaya..boleh membaca,menulis,mengira dan menaaklul.Satu kepuasan buat diri seorang guru. Tahun ini, sambutan hari Guru di sekolah aku diadakan pada hari Ahad.Sambutan yang 'simple' sahaja tapi meriah. Aku diamanahkan untuk membaca perutusan daripada Ketua Pengarah...Memang bermakna dalam ucapan tersebut.Tersentuh hati....Banyak info yang diperolehi.mengingatkan kita sebagai seorang guru.Walaupun banyak rungutan dan tiada kepuasan tapi pastinya jika kita menjiwai kerjaya guru akan tetap ada kemanisannya.Yang pahit itu kita telan tapi kita lahirkan kemanisan yang dirasai semua pihak. Hampir 23 tahun aku menceburkan diri dalam bidang perguruan...memang ada pahit manisnya.Tapi aku anggap itu biasa bagi kita yang berkerjaya.Tidak semuanya dilimpahi dengan kemanisan.Akan ada pahit maungnya yang perlu kita telan dan kita jadikan pengajaran.Aku selalu berpesan kepada anakku...jangan anggap menjadi guru itu senang.Hujung bulan tekan butang dan keluarlah hasilnya.Tapi amanah ibu bapa kepada kita itu yang penting.Sebagaimana kita hendak melihat anak kita berjaya, begitulah juga ibu bapa yang menaruh harapan yang tinggi kepada kita sebagai guru agar dapat memastikan anak-anak mereka berjaya.Kalau kita iklhas dan bersungguh-sungguh insyaAllah, rezeki untuk kita akan ada.Tidak perlulah memikirkan itu semua. Pihak sekolah juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada KSIB yang berusaha mendapatkan sponsor untuk baju koprat kami daripada YB Datuk Ayub bin Rahmat. Gambar sepanjang hari guru....meriah.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails