Sunday, June 1, 2014

TERKILAN

Lama sudah pena kasih meninggalkan penulisannya. Terkilan itulah luahan hati pena kasih.Hanya mereka yang benar-benar faham erti kehidupan berjiran sahaja yang mampu memahami perasaan jiran. Terkilan kerana di saat anak-anak bertarung dengan peperiksaan ....dentuman bunyi mengganggu kesunyian di malam hari.Ya..Allah uji kami untuk menerima kenyataan ini.Allah uji hambaNya agar terus bersabar demi mencari rezeki mereka.Aku sendiri melihat kegelisahan anakku untuk belajar di saat dentuman bunyi menggangu konsentrasinya dengan buku-buku.Ku lihat kekerutan di wajah menandakan ketidak puasan hati.Ku lihat dia ke cermin tingkap untuk menagih simpati jiran agar memahami situasinya yang dihadapi.Namun,akhirnya dia tewas dan mengambil keputusan untuk tidur.Aku simpati dengan ayahnya yang sanggup menunggu anaknya untuk belajar.Tapi ada mereka memahami apa situasi yang kita hadapi.Hanya kepada Allah sahaja aku sentiasa berdoa agar diberikan tahap kesabaran untuk aku menerima keadaan ini sehingga bila aku tidak ketahui.. Untuk aku menegur tidak mungkin kerana aku tidak mahu dicap sebagai penutup rezeki orang.Biarlah mereka dengan dunia mereka janji aku diberikan kekuatan untuk terus bersabar.Tidak semua teguran kita akan diterima sebaliknya akan ditemplak kerana dikatakan ada unsur iri hati dan dengki.Itulah realitinya.Walaupun terang-terang kesalahan tetap ada..... Setiap malam,dentuman itulah yang terpaksa aku dengari sehingga mengganggu 'privacy' kami sekeluarga.Aku terpaksa akur kerana itu pintu rezeki mereka even di tempat awam.Pastinya aku tidak sekali-kali untuk mengganggu kehidupan mereka.Biarpun kami terpaksa menelan kepahitan sampai bila kami tidak tahu.... Itulah realitinya kehidupan....yang pahit ditelan sahaja agar tidak ada persengketaan berlaku.Yang pahit itulah yang kita akan tempuhi walaupun adakalanya kita perlukan kedamaian di malam hari.Bila ditegur macam-macam yang diperkatakan.Aku serik untuk berbuat sedemikian.Biarlah akal fikiran mereka yang memikirkan yang mana baik dan tidak... Bila ditanya aku lebih banyak mendiam kerana diam itu lebih baik .Bila berbicara berlebihan dikatakan itu dan ini.So carilah sendiri jawapan disebalik itu. Dari situ aku banyak belajar erti kehidupan sebenarnya...aku memang tidak suka orang yang hanya bicaranya lembut tapi pada hakikatnya kosong..... Pena Kasih akan sentiasa berdoa agar diberikan tahap kesabaran untuk berhadapan dengan situasi ini..

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails