Thursday, December 25, 2014

TAHNIAH SKCC......PEMANGKIN KEJAYAAN

Alhamdulillah pada tahun ini, SKCC telah menerima 4 sijil daripada PPD Segamat atas pencapaian UPSR 2014.Kejayaan ini bukan hanya datang dengan mudah tetapi memerlukan pengorbanan tanpa mengira masa, tenaga dan wang ringgit.Terima kasih hanya mampu diucapkan kepada guru-guru khususnya guru-guru Tahun 6 yang sememangnya begitu komited dengan tanggungjawab masing-masing.Kejayaan ini bukan hanya bermula daripada tahun 6 tetapi sekalung tahniah juga diberikan kepada semua guru dari Tahun 1 hingga tahun 5 yang telah membantu dan memastikan anak-anak didik sekolah ini sifar buta huruf. Sekolah ini telah mencapai kejayaan iaitu Pencapaian GPS terbaik UPSR bagi kategori SK,Pencapaian Peratus Perfect Score A kategori SK,Pencapaian GPS kurang 2.0 kategori Sk dan Sekolah terbaik kategori Bandar dalam peperiksaan UPSR. Program-program yang dijalankan oleh panitia masing-masing telah memberikan impak yang berkesan kepada pencapaian ini.Semoga KP memainkan peranannya pada tahun ini untuk memastikan pencapaian yang cemerlang bagi setiap subjek yang dipertanggungjawabkan. Semoga dengan penerimaan sijil ini menjadi pemangkin dan semangat untuk mencapai kejayaan seterusnya.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails