Saturday, July 27, 2013

HAK ORANG MENJADI HAK SENDIRI

Haziq menjadi berang kerana satu persatu peralatan motornya hilang.Mula-mula topi keledar yang dibeli dengan hasil titik peluhnya sendiri.Ratusan harganya.Memang berharga buat dirinya yang berusaha untuk mendapatkan sendiri topi tersebut walaupun ayahnya telah membelikan topi tapi dia mempunyai impiannya tersendiri.Bukan itu sahaja, semua peralatan yang diletakkan di tempat duduk semuanya diangkut oleh si A. Dia meminta ayahnya membuat laporan polis tapi ayahnya membiarkan gelagat si A itu buat sementara ini.Lantas ayahnya meminta dia berdoa dan melakukan solat hajat untuk mengetahui siapa yang mengambil barangannya.Sepertiga malam,dia bangun melakukan apa yang disuruhkan oleh ayahnya dan setiap kali solat lima waktu,dia sentiasa berdoa.
Hari seterusnya dia kehilangan 'side-mirror' pula.Berangnya semakin menjadi kerana motor yang diletakkan di sebelah pondok pengawal keselamatan juga boleh hilang.(side-mirror).Lalu dia mempertikaikan tugas pengawal keselamatan.Sekali lagi, dia meminta ayahnya membuat aduan kepada pihak polis tetapi ayahnya masih berdiam diri kerana memikirkan jika membuat report banyak yang terbabit terutama pengawal keselamatan kerana motornya diletakkan betul-betul berhampiran pondok jaga.Dia masih bersabar dan begitu 'trauma' untuk membawa motor ke sekolah.Terpaksalah kami mengatur jadual kami untuk menghantar dan menjemputnya buat masa ini. Semalam, sekembali dia dari bazar dia terus memaklumkan kepada kami, dia sudah tahu siapa yang mengambil topinya.Sebabnya si A..membawa topi keledar dan mukanya berubah apabila melihat Haziq.Haziq mengenali topinya yang mempunyai banyak tanda-tanda yang sememangnya itu miliknya.Kalau tidak kenapa si A cuba menyorok-nyorok topi itu daripada Haziq.Rupa-rupanya si A merupakan pelajar sekolah itu juga dan orangnya nampak baik tapi disebaliknya.Haziq memberitahu si A sebelum ini siap berpesan agar lebih berhati-hati lagi dan dia memang baik.Haziq kini memang sukar untuk mempercayai orang seperti itu."Hak kita menjadi hak sendiri"kata Haziq dengan nada marahnya.Dia akui juga Allah itu Maha Pendengar, Maha mengetahui kerana setiap hari dan setiap sepertiga malam dia bangun untuk bersolat memohon agar sesiapa yang mengambil topinya akan diketahui. Dia kini lebih berhati-hati dalam memilih kawan..yang lembut bicaranya belum tentu boleh menjadi kawan kita sebenarnya. PENA KASIH: Tidak suka mengambil hak orang tanpa kebenaran.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails