Tuesday, July 9, 2013

SUKAN

Sudah beberapa hari teruja untuk meng'update' blog aku.Kekangan masa sejak akhir-akhir ini dan hujung minggu yang begitu padat dengan program menyebabkan blog aku sunyi sepi seketika. Banyak yang ingin dicatatkan.Aku suka mencatatkan sesuatu di blog ini sebagai kenang-kenanganku. So, kali ini aku 'update' kisah perjalanan hari sukan di sekolahku.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan kami telah memutuskan untuk mengambil cuti peristiwa.SO pada hari itu tidak ada proses pembelajaran dan pengajaran. Aku, biasalah diberikan tugas sebagai ketua hadiah.Alhamdulillah,bahagian tugasku beres semuanya.Aku meminta pertolongan kak Timah and Aisyah membantuku membungkus hadiah seperti yang dikehendaki.Sebenarnya, aku lebih teruja untuk mengambil gambar sepanjang majlis tersebut.Aku siapkan semua tugasanku dan aku mula bergerak ke sana dan ke sini.Aku bukan jenis yang suka duduk diam sahaja. Aku bersama cikgu Shikin....mengabadikan kenangan.
Aku bersama-sama dengan anak didikku..aku tiada rumah.So,aku menumpang bergambar bersama mereka.
Aku bersama-sama dengan guru-guru.....posing dan berebut-rebut nak bergambar.
Our little gimnas menunjukkan aksinya sebagai pembuka kejohanan sukan di sekolah.
Terima kasih YB Datuk Ayub bin Rahmat yang sudi singgah di sekolah kami dan memberikan sumbangan kepada .
Aksi pelajarku semasa berlari..
Acara ibu bapa....
Main kejar-kejar....
Majlis berjalan dengan lancar dan pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan program.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails