Monday, August 5, 2013
KEPUTUSAN.....
Lama berbenar blog aku dibiarkan begitu sahaja.Terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti yang menuntut aku memberikan keutamaan kepada aktiviti tersebut.
Banyak perkara yang ingin ku coretkan buat tatapan diriku dan kenanganku.Kesuntukan masa dan komitmen kepada perkara lain menyebabkan aku membiarkan blog aku begitu sahaja....Kadang-kadang aku jeles melihat suamiku yang tidak putus-putus ideanya menulis sehinggakan dia menegur blog aku yang semakin terbiar begitu sahaja.Keputusan idea tidak mungkin tetapi banyak perkara lain yang perlu aku utamakan.
Ramadhan semakin hampir menuju ke penamatnya.Terasa sayu di hati sewaktu aku mengerjakan solat terawih pada hari ini .Terasa sedih untuk meninggalkan Ramadhan.Alhamdullilah pada tahun ini, aku dikurniakan kesihatan yang baik dan dapat mengerjakan solat dengan begitu mudah sekali.Ada yang mengatakan mengantuk dan sebagainya tapi aku seperti biasa.Setiap hari, aku akan membonceng anak terunaku untuk ke masjid sementara hubbyku dengan motosikalnya sendiri.
Pada tahun ini, kami telah mengambil keputusan untuk beraya di sebelah keluargaku sahaja pada hari raya pertama.InsyaAllah kami akan menziarahi kubur aruah bapa mertuaku di pagi selepas solat hari raya.Selepas itu, kami akan melepak di rumah emak menantikan saudara-maraku yang kesemuanya akan berkumpul di rumah emakku.Hubbyku pun setuju dengan cadangan kami malah pada tahun ini dia sendiri yang ingin berbuat seperti itu.Ada sedikit perubahan jadual pada tahun ini.....
PENA KASIH:
Ada kalanya kita perlu terima keputusan itu....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment