Thursday, July 11, 2013
DUA HARI YANG LALU....
Dua hari puasa berlalu....my son mengambil keputusan untuk berbuka di masjid dengan beberapa orang penduduk kampung.Setiap petang,ayahku membelikan juadah untuk mereka berbuka.
Dua hari juga anak bujangku ke bazar.Menunggang motosikal yang sememangnya aku tidak menggalakkan malah merisaukan hatiku.Aku nasihatkan agar pergi di tempat yang dekat sahaja.Kali ini, dia kurang teruja untuk membeli makanan di bazar.Hanya membeli air dan sedikit kuih sahaja untuknya makan selepas terawih.
Dua hari juga aku belum teruja untuk ke bazar.Walaupun hubby mengajak aku pergi untuk membeli sedikit juadah tapi aku menolaknya.Aku selesa untuk berada di rumah.Aku bersyukur dengan makanan yang tersedia ada untuk kami anak beranak berbuka.
Dua hari juga aku telah mengambil kesempatan dalam kesibukan aku menyediakan juadah berbuka untuk menyiapkan langsir untuk emak aku.Nak kata pandai menjahit tidak juga tapi aku minat dengan menjahit langsir.Siap juga beberapa helai langsir untuk emak aku.
Dua hari juga aku menelefon dan bermesej dengan anak perempuanku yang berada di utara.Bertanyakan juadah berbuka puasa..katanya makan nasi ayam sahaja.Aku katakan kepadanya syukur kerana ada juga makanan untuk dimakan.Dia memaklumkan kepadaku, dia pergi solat terawih di surau di kampus IPG.
Dua hari ini, aku rasakan diriku memang sibuk tapi aku tetap luangkan masa menyediakan juadah berbuka untuk family.Masing-masing semuanya tidak kuat makan.Makan seadanya.
PENA KASIH ; Belum berkesempatan untuk berbuka bersama keluargaku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment