Tuesday, May 12, 2020

PEMBEDAHAN

Cerita lama berputar kembali apabila muncul tarikh 16.1.......
Sebenarnya tidak aku sangka aku perlu menempuhi pembedahan buat kali ke dua setelah 24 tahun berlalu .Sejak 5.9.1995 itulah pembedahan pertama kali dibuat apabila aku mempunyai implikasi semasa melahirkan anak kedua.(young hero).Sewaktu aku bertugas di Jengka Pahang...

Tapi akhirnya aku terpaksa akur dan aku perlu melaluinya buat kali kedua untuk menyelamatkan diriku.Aku tidak  menyedari bahawa aku sebenarnya telah mempunyai simptom fibroid yang sebenarnya aku ingat itu biasa-biasa sahaja.Sehinggalah suatu hari suamiku melihat aku seperti mayat dan mulalah terdetik di hatinya kenapa aku seperti itu.Dia mengajak aku ke klinik untuk membuat pemeriksaan.Aku menolak pada awalnya  kerana aku tidak sakit cuma aku mudah letih sahaja.Dia  bertegas untuk membawaku.Aku mengalah dan mengikut sahaja katanya sehinggalah pemeriksaan dibuat dan didapati hb aku tinggal 5 sahaja dan aku perlu mendapatkan rawatan susulan di hospital.Aku menerima panggilan telefon jam 8 lebih malam meminta aku mengambil surat di klinik dan terus ke hospital tetapi aku tidak bertindak seperti itu sebaliknya aku beri tempoh untuk masuk ke hospital.

Keesokannya,barulah aku ke hospital dan aku ditahan untuk jangka masa 4 hari untuk diperiksa dengan teliti.Pelbagai andaian yang aku dapati sepanjang aku berada di hospital dan dipindah dari satu wad ke wad lain.Aku redha dan ikut sahaja tanpa bantahan.

Bermulalah episod aku dan temu janji untuk pembedahan dibuat pada bulan Januari 2019 setelah aku menerima rawatan daripada bulan September 2019 dan dikesan penyakit aku pada bulan Mei 2019 .

Banyak kali pertemuan  diadakan dan doktor pakar juga telah berjumpa dengan suamiku menerangkan keadaan aku dan perlu menerima kenyataan.Suami aku setuju untuk dibuat pembedahan untuk menyelamatkan diriku.
Akhirnya pada 16.1 2019, aku dimasukkan ke bilik bedah...sapa kata tidak takut apabila ini adalah major operation...sepanjang perjalanan ke bilik bedah , mulut aku tidak berhenti-henti berselawat dan berdoa agar pembedahan aku berjalan dengan lancar, Masuk di bilik pembedahan jam 1.00 petang dan aku keluar jam 7.00 malam.Lamakan aku berada di situ.Syukur semuanya berjalan dengan lancar dan kesakitan yang aku alami tidak seperti semasa aku melalui pembedahan yang pertama.Kali ini rasa sakitnya kurang kerana jam 3.00 pagi aku telah boleh ke tandas sendiri dengan  berjalan perlahan-lahan.Alhamdulillah .
Lebih kurang 4 hari aku berada di hospital dan akhirnya aku dibenarkan kembali ke rumah ....sudah tentu aku suka kerana merindui rumah .Aku yang jenis suka duduk rumah dan sudah tentulah aku merindui suasananya.

Balik sahaja di rumah semuanya telah lengkap.Suami aku menyediakan kelengkapan bilik yang baik sekali dan memudahkan aku.Anak lelaki aku telah mengambil keputusan berhenti kerja untuk menjaga aku selama sebulan lebih.Terima kasih dik kerana sanggup mengorbankan kerja untuk menjaga mama....

Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan aku sepanjang aku berada di hospital dan juga ketika aku balik dari hospital.Kunjungan rakan-rakan ke rumahku membuatkan aku rasa terharu sekali.Terima kasih emak kerana memasakkan aku sepanjang aku berpantang.Terima kasih juga my  mil yang memasakkan untukku...Thanks also to my daughter yang menjaga aku di hospital.Semoga kesihatan aku terus bertambah baik.





No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails