Saturday, July 29, 2017

DIA TERLALU BAIK


Hati ibu meruntun sedih apabila memaklumkan akan balik menjenguk mama dan ayah.Minggu ini aku tidak mengunjuginya kerana keletihan dan badanku yang kurang sihat kerana terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti.Boleh dikatakan aku kurang rehat.Almaklumkan di usia yang hampir menjejak setengah abad sudah tentu daya ketahanan agak kurang tetapi adakalanya digagahi dan dilawani juga ketidak sihat diri itu.Aku memang tidak suka memanjakan diri melainkan sekiranya aku tidak terdaya.

Sampai-sampai sahaja terus bersalam dan menciumi diri ini.Terus meletakkan barangnya dan membasuh apa yang patut.Aku memang tidak menafikan sekiranya dia berada di rumahku  banyak perkara yang dibantunya.Meringankan tugasku.Mama sentiasa mendoakan anak mama akan terus begini.Menghormati orang tua yang melahir dan membesarkan dirimu walaupun ada kalanya ada kekurangan daripada mama dan ayah.Tapi yang penting menghargai dengan apa yang diberikan untuk anak-anak.Sesempurna manapun akan tetap ada kekurangannya dan kita perlu akur.Yang penting mama tidak  mahu anak mama mengungkit akan kekurangan itu.


Mama dan ayah sentiasa mendoakan agar anak mama terus berjaya dalam kehidupan .

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails