Thursday, March 3, 2016

SYUKUR

Keputusan STPM dan SPM telah pun keluar.Sebelum keluarnya keputusan debaran di hati begitu kuat sekali .Biasalah bukan calon sahaja yang berdebar tetapi ibu bapa, saudara mara sudah tentu turut berdebar juga.

Aku tidak nafikan situasi yang sama turut aku rasai suatu ketika dahulu....Harapan keluarga untuk melihat aku memecahkan tembok keputusan yang baik akhirnya tercapai jua.Aku satu-satunya mampu memecahkan tradisi keluargaku mendapat pangkat 1 ketika itu.Aku juga satu-satunya pelajar perempuan yang mendapat pangkat 1 di kampungku suatu ketika dahulu...alhamdulillah.Selepas itu barulah muncul pelajar -pelajar perempuan lain di kampung mendapat keputusan pangkat 1.Terima kasih emak dan ayah kerana sentiasa mendoakan anak-anakmu ini.

Aku memang berazam dan bertekad untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.Harapan untuk menjejakkan kaki ke universiti ketika itu memang menjadi hasratku tapi mungkin rezeki aku belum sampai lagi ketika itu.Aku meneruskan perjuanganku di tingkatan 6.Alhamdulillah aku sekali lagi mendapat A dalam mata pelajaran Kertas Am..satu-satunya pelajar perempuan ketika itu mendapat A.

Debaran memuncak apabila keputusan peperiksaan STPM diumumkan dan aku mendapat keputusan yang baik.Akhirnya aku diterima untuk masuk ke maktab yang sememangnya hasrat aku.Ketika itu untuk masuk ke universiti bukanlah mudah...bagiku jika aku tidak dapat menjejakkan kaki ke univerisiti tidak apa asalkan impian aku untuk menjadi seorang guru tercapai.Syukur teramat sangat kerana ketika aku berkhayal dan berangan untuk menjejakkan kaki ke maktab akhirnya berjaya,Angan-angan aku ketika itu di kilang Asahi disambut dengan berita baik apabila ayahku datang ke tempat kerja membawa perkhabaran berita yang baik....tanpa ku sedari linangan air mata dan tanda kesyukuran aku terhadap cita-cita aku berhasil jua.

Tidak sampai seminggu aku menguruskannya dan akhirnya aku meninggalkan Segamat untuk ke Perak.Meneruskan misi aku.....

Alhamdulillah 3 tahun aku menimba ilmu di sana akhirnya aku di tempatkan di Jengka 4 dan bermula episod aku sebagai seorang guru.Cita-cita aku tidak habis di situ sahaja ....aku berhasrat untuk meneruskan pelajaran ku sehingga ke peringkat ijazah dan syukur akhirnya aku mendapat tawaran ke USM pada tahun 2004......

Anak-anak terimalah keputusan seadanya kerana kini peluang untuk belajar terbuka luas.....syukurlah dengan apa yang diperolehi kerana yang cemerlang belum tentu cemerlang...Insha Allah pastinya doa ibu bapa dan mendoakan mereka itu yang terbaik....

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails