Friday, March 29, 2013

BILIKKU...

Semua orang sukakan cantik,kemas dan selesa.Begitu juga dengan aku yang cuba untuk mencantikkan tempat kerjaku.Pastinya biarlah sedap mata memandang.Walaupun bilikku kecil sahaja tapi aku bersyukur kerana ada bilik sendiri untuk aku beroperasi.

Setiap hari di sinilah aku memulakan tugasku....kadang-kadang berserabut juga tempat aku.Apa taknya apabila dalam masa yang sama semuanya nak buat dan hendak dikemas kinikan.Hari ini, aku kemas esok serabut balik...Biasalahkan..bukan kerja aku habis dalam masa sehari.Setiap hari di sinilah tempat aku melunaskan kerja-kerja yang terbengkalai.Macam-macam yang hendak disiapkan.Apa-apapun aku nak ucapkan terima kasih kat my hubby yang selalu menjengok bilikku dan memberikan bantuan padaku jika perlu.


Aku bukan apa..bila sesekali ke bilik che Abeku jeles juga tengok dia menyusun fail-failnya.Kemas dan teratur sekali.Kadang-kadang anak muridnya memuji biliknya.Lengkap dengan gambarku dan anak-anaknya.Kata-kata motivasi ditampal di dinding.Bila tengok mesti bersemangat.Lepas ni, aku pula nak tampal kata-kata motivasi yang menarik...

Dia memang berdsiplin...dekat rumah mesti bersih.La ni anak lelaki dia juga sudah sepertinya.Kalah kakaknya apabila mengemas.Pagi lagi dia akan membasuh kain, lepas itu melipat kain....

Sekarang aku sedang dalam proses menukar tulang fail aku.Kalau sebelum ini fail aku 'colourful' .Lepas ni aku nak guna satu warna sahaja.Senang my bos nak ambil maklumat di rak aku.Jangan fail aku hilang sudah.....hendak pinjam boleh tapi pulang balik.Aku kalau hilang, mesti bising sebabnya aku tidak suka ambil barang orang dan semestinya segala yang aku buat mesti aku jaga.

PENA KASIH:

Hendak yang terbaik..

Thursday, March 28, 2013

SATU HARI PERJALANAN....

Kami memang sudah lama bercadang untuk berjalan-jalan tetapi baru saja cadangan dibuat,terpaksa menerima kenyataan,Kerja sekolah perlu disiapkan pada waktu cuti memandangkan hari sekolah,kerja-kerja hakikii menjadi keutamaan.Lupakan dahulu cuti-cutiku.

Hari ini , aku bernekad untuk ke Kuala Lumpur.Anakku pula balik ke Perlis bersama-sama dengan Tok Yah dan tok mak serta angahnya sekali.Aku tidak dapat mengikutinya kerana che Abeku ada hal pada hari Jumaat dan aku terpaksa ke sekolah .Yang menggelikan hati kami ialah kami bertemu mereka di RNR Seremban.Dunia ini kecil sahaja.

Selepas itu, aku meneruskan destinasiku .IKEA menjadi tempat hubbyku kali ini.Selepas itu, barulah dia menunaikan hajatku.Sempat lagi aku singgah di kedai buku.Alhamdulillah, kali ini aku memborong buku-buku rujukan aku untuk anak didikku.



Kemudian, aku ke Masjid India....rambang mata aku melihat kain-kain di situ.Terima kasih buat che Abe kerana membelikan aku beberapa pasaaaaaaaaaaaaaaaaang kain untuku.IsnyaAllah bulan April, aku ke sana lagi bersama dengan adikku.

PENA KASIH:

Tak cukup masa untuk bersantai di sana..


Wednesday, March 27, 2013

KEHIJAUAN.

Hari ini, aku memilih baju hijau untuk ke sekolah...tiba-tiba terasa hijau itu menarik.Lantas,hari hijau sedunia pagi ini.Kamera di tangan lalu ku suruh che Abe mengambil gambar aku dalam suasana kehijauan.Cat rumah warna hijau dan di kelilingi pokok-pokok yang berwarna hijau.So...teramat menariklah di mataku.

Lepas aku berposing, aku mengambil gambar hasil tanamanku.Alhamdulillah,walaupun tidak subur tetapi setiap dua minggu aku bagi hasil tanamanku dengan vitamin yang sesuai  buatnya.Menjadi juga hasil tanamanku.


Lantas di bahagian belakang rumahku berhampiran dengan bilik aku tanam pula dengan bendi.Alhamdulillah subur sungguh pokok bendiku.Berbudi kepada tanah,sangat berguna rupanya.Bukan tidak tahu tapi saja mengingatkan diri ini.

Che Abeku pula menanam pisang...dalam enam benih yang ditanam, hanya sebatang aja yang menjadi.Yang lain habis dikerjakan oleh .......faham-faham ajalah bila duduk kampung.
Kadang-kadang hasil tanamanku ini, ku bahagikan kepada saudara-maraku.Seronok tengok bila pokok-pokok ini berhasil.Setiap petang, aku mesti ke pokok ini melihat keindahan warna hijau.

Aku juga tidak lupa dengan tanaman orkidku..walaupun tidak banyak tetap aku suka juga dengan hasil tanamanku.





PENA KASIH:

Berbudi kepada tanah......

Monday, March 25, 2013

AGAR-AGAR SANTAN DAN DADIH

Hari rajinku...selalu rajin tapi tiada kesempatan untuk aku membuatnya.Hari minggu sibuk dengan pelbagai program yang ada kalanya memenatkan.
Hari ini aku cuti pergi ke sekolah pada waktu pagi sebaliknya mengambil keputusan untuk pergi pada waktu petang...apa macam bolehkan.Aku ikut suka hatiku janji kerja-kerjaku beres.

Semalam aku membeli keperluan untuk masak pada hari ini.Suamiku meminta aku masak lemak ikan,goreng sayur mana kala anak lelakiku biasalah masak ayam paprik dan goreng telur.Sambil itu aku menyediakan resepi untuk masak agar-agar santan.Anak perempuanku pula masak dadih perisa jagung.Hari ini hari makan sedunia....macam-macam yang dimasakkan.

Menu aku hari ini...pencuci mulut....permintaan suami dan kegemarannya.

Hari ini juga aku mengambil kesempatan mengemas rumah....dapurku dah berubah sedikit.Mesti che Abe ku tidak suka aku mengalih itu dan ini.Biasalah,,orang perempuan,suka alih itu dan ini.Janji sedap mataku  memandang ketika berada di dapur.

Kebun sayurku juga aku sentuh pada pagi ini.Terung dan buah tomato sudah berhasil,lada-ladaku semakin banyak mengeluarkan buah.Di kawasan belakang rumah aku pula, aku tanam bendi....


PENA KASIH:

Suka menggembirakan hati keluargaku.

 

Saturday, March 23, 2013

BERSAMA MENTERI DAN ADUN SEGAMAT

Semalam merupakan hari yang penuh dengan pelbagai program.Pagi lagi aku dan che Abeku mengemas rumah emak aku.Memang rutin aku,suka mengemas dan dapat suami pulak rajin mengemas dan tidak suka melihat rumah berserabut...thanks che Abe.Love u so much....

Selepas mengemas, bekejar ke Rumah Rakyat Batu Anam dan Spang Loi.Meneman emak ke majlis perkahwinan di situ.Bertemu pula Menteri Sumber Manusia...sempat lagi emak berbual dengan beliau.Bertanya beberapa perkara   untuk mendapatkan penyelesaian.

Kemudian, aku bekejar balik ke rumah emak aku  untuk bersama-sama dalam program perjumpaan bersama Ahli Parlimen Segamat dan Adun Segamat.Terkejar-kejar aku...apa-apa pun terima kasih kepada YB yang sudi  hadir ke Teratak Mercu  untuk bersama-sama dengan penduduk kampung.Mendengar luahan daripada penduduk kampung.


YB mengintai apa tu......

Anak perempuanku sempat bertanya dengan masalah posting graduan dari IPG...jawapan yang positif daripada YB.Hanya perlukan kesabaran sahaja.




Sempat lagi aku berbual dengan beliau bertanyakan penempatan untuk keluaran nursing college yang sehingga kini tiada sebarang maklumat untuk mereka.

PENA KASIH:

Puas hati..

TAHNIAH

Alhamdulillah sejak kebelakangan ini,iaitu bermula dari tahun 2012, banyak juga sekolahku memenangi beberapa anugerah.
Baru-baru ini, sekolah ku menerima satu lagi anugerah iaitu Anugerah Hijau peringkat negeri Johor.
Cikgu Supian bersama-sama dengan cikgu Nordin yang baru pulang dari Johor untuk menerima anugerah tersebut.


Aku mengambil kesempatan bergambar bersama dengan hadiah yang dimenangi...RM1000.00 yang diperolehi.Tahniah atas kejayaan itu semua.


PENA KASIH:

Kini sibuk pula menantikan kehadiran mereka...

BERTEMU KEMBALI..


Baru-baru ini sekolah aku telah menjadi tempat untuk pertandingan bola baling perempuan dan lelaki.Di kesempatan ini , ingin ku rakamkan ucapan tahniah buat team bola baling yang telah menjadi johan bagi zon 3.

Hasrat di hati untuk melihat anak didikku bermain tidak berkesampaian kerana ada beberapa perkara yang perlu aku bereskan .Kecewa pun ada tapi aku cuba curi-curi masa untuk bersama mereka buat seketika.

Ini classmate aku semasa form 6..Saifuddin.Aku memang selalu berjumpa dengannya jika ada apa-apa pertandingan di peringkat zon 3.Kalau jumpa aku, biasalah..suaranya lagi jauh sudahku kenali.Bila dah berjumpa, mulalah kisah lama berulang dalam petak mindaku. Apa-apa pun aku harap dia terus bahagia di samping isteri dan anak.

Our school team....sememangnya pasukan  ini begitu semangat sekali ..Tahniah.teruskah usaha anda untuk mencapai kejayaan seterusnya.Tahniah juga buat guru-guru yang telah berusaha memastikan kejayaan pasukan bola tampar menempah tempat untuk pertandingan seterusnya.


Sebelum perlawanan bermula, aku sempat berbual-bual dengan Saifuddin di bawah pokok.Bersama-sama dari guru Kg Jawa dan Pogoh.

PENA KASIH:
Sedang merancang untuk berjumpa dengan rakan-rakan lain..

Sunday, March 17, 2013

1Million Women Purple Walk.

Hujung minggu diisi dengan program 1 Million Women Purple Walk.Sesudah subuh,aku bersiap-siap untuk ke padang.Mula-mula nak pandu sendiri kereta tapi che Abe aku telah mengambil keputusan untuk menghantar isterinya....seronoknya sebab aku memang malas hendak memandu kereta.
Emak aku turut sama pergi untuk menjayakan program tersebut.

Sampai sahaja aku terus mencari tempat pendaftaran untuk mendapatkan t-shirt percuma.Kemudian, aku menukar pakaian untuk turut sama dalam program yang diadakan.Ramai juga aku jumpa.Kawan-kawan mahupun saudara sebelah che Abe aku.
 Aku bersama-sama emak saudaraku......dia lagi maintain daripada aku..waaaaaa

Emak mentua pula dibawa oleh che Abe untuk turut sama dalam program tersebut.Aku yang berada di padang telah mengikuti program tersebut.Letih juga mengikut rentak ala poco-poco.Sakit juga seluruh badan.Maklumlah dah lama tidak buat semua aktiviti tersebut.Tapi seronok juga.....

My daughter  also ada bersama yang baru balik dari Perlis untuk menjalani praktikum di Segamat.

Setelah selesai semuanya aku pulang ke rumah.Baru terasa letihnya...

PENA KASIH:

Seronok sesekali mengisi hujung minggu dengan program seperti ini...

Wednesday, March 13, 2013

YANG MANA SATU.....

Sejak akhir-akhir ini, sekolahku sering dilawati..baru nak bernafas sekejap dan memberikan tumpuan kepada tugasan hakiki  terpaksa melayan yang lain pula.Tiada rasa kepuasan pada diriku sendiri.Macam-macam yang perlu disediakan..alangkah bagusnya andaikata tumpuan kepada kerja hakiki untuk membantu murid-murid yang lemah.Padaku, aku lebih suka kepada kerja-kerja tersebut daripada sibuk dengan perkara-perkara lain.

MMI  menjadikan aku lebih teruja  untuk bersama murid-muridku.Memberikan sepenuh perhatian kepada anak didik yang perlu diberikan perhatian dan dorongan serta bimbingan kepada mereka.Tapi hendak buat macamana..semuanya  perlu dilihat dan dipantau.

Kadang-kadang aku sendiri tidak tahu yang mana satu perlu disiapkan.Pelbagai perkara yang hendak disiapkan walaupun sebenarnya hanya perlu sedikit sahaja dikemas kini.Tapi biasalah...bila yang ini datang macam-macam yang hendak disediakan...66 perkara perlu diberikan perhatian.

Hujung minggu memerap di dalam rumah.Menyiapkan pelbagai kerja dan setiap orang mahukan yang terbaik termasuklah diriku.Cuba untuk melakukan yang terbaik..Penyudahnya masa rehatku bersama family pun tiada.


PENA KASIH:

Dunia pendidikan semakin mencabar

Tuesday, March 5, 2013

MENJADI SEMAKIN SIBUK

Sudah lama aku tidak up-date blog.Hendak kata sibuk, semua orang sibuk.Namun, aku terpaksa mendahulukan apa yang wajib aku buat dan meninggalkan seketika blog aku ini.Memang aku sayang dengan penulisanku tapi terus terang aku katakan kini banyak perkara yang perlu aku utamakan.

Kerja-kerja hakiki yang semakin bertambah dan memerlukan komitmen aku menyebabkan aku mendiamkan diri buat seketika.Rutin pagiku sememangnya begitu padat..perbincangan itu dan ini, menyiapkan itu dan ini, membereskan itu dan ini.....Bukan rungutan tapi tuntutan utama menjadi aku  lebih menumpukan pada tugasan aku.

Hujung minggu yang dipenuhi dengan undangan  majlis perkahwinan dan juga bacaan Yassin  juga tidak aku tinggalkan...Hakikatnya itulah realiti kita apabila semakin tua....sudah sampai masanya untuk kita terus mendekati diri kepadaNya.

Anak-anak didikku yang memerlukan perhatian daripada seorang 'ibu'.Pelbagai kertas disediakan untuk mereka.Kadang-kadang rasa sedihpun ada apabila hasil kerja mereka tidak memenuhi kehendak aku tapi aku terpaksa menerima kenyataan..ibu bapa sekarang semakin sibuk.Ruang untuk mereka bersama anak-anak juga semakin singkat....Justeru,sebagai seorang guru yang hanya beberaja jam sahaja bersama mereka digunakan dengan sepenuhnya membantu anak didik.Puas hati apabila mereka menyiapkan kerja tapi hati akan hancur apabila kerja-kerja tidak disiapkan.

Cabaran sebagai seorang guru memang tidak dinafikan sejak akhir-akhir ini.

PENA KASIH:

Dunia pendidikan masih terus diminati walaupun pelbagai cabaran ditempuhi.

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails