Thursday, June 20, 2013
BERTEMU
Bertuahnya...walaupun menetap di Segamat tapi kami tidak berkesempatan untuk bertemu.Kursus menemukan kami yang terpisah dek kerana kesibukan.
Tiada siapa jangka kehadiran kami ke tempat kursus pada hari pertama memberi peluang untuk kami mengimbau sejarah kehidupan kami sewaktu bersekolah di SMCC dan STS.
Pastinya kami bersyukur kerana ketika itu peluang untuk menjejakkan kaki ke peringkat universiti tidak berjaya tapi kami masih berpeluang melanjutkan pelajaran lagi.Namun itu tidak pernah sekali memadamkan harapan kami agar suatu hari nanti kami akan dapat menjejakkan kaki ke universiti.Syukur kerana masing-masing akhirnya berjaya ke sana juga walaupun agak lewat.
Bersyukur juga kerana majoriti rakan-rakanku kebanyakkannya bergelar guru.Yang tidak bergelar guru juga masih memegang jawatan yang baik juga.
Bila sudah bertemu..macam-macam cerita yang terungkai.Namun ianya hanya berkisar kisah kehidupan kami bertiga sahaja.Masih ada dua hari lagi untuk bersama.Memang seronok dan 'enjoy' dengan kursus yang memberi manfaat kepada kami untuk diterjemahkan kepada anak didik pada tahun hadapan.Subjek baru walaupun dahulu kami belajar 'Tawarikh'.
PENA KASIH:
MEREKA SAHABATKU...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment