Sunday, June 16, 2013
BUNGA ROS HOBI BARUKU
Dua minggu masa berlalu begitu pantas sekali.Banyak perkara atau aktiviti yang berlaku sepanjang dua minggu bercuti.Dari kenduri kahwin hinggalah kenduri menyambut bulan Ramadhan tidak lekang sepanjang cuti persekolahan.Hari minggu dipenuhi dengan undangan.Ada yang pergi dan tidak pergi kerana terlalu banyak jemputan dalam masa sehari.
Walaupun sibuk,aku tetap dengan hobi baruku.Memiliki dan menanam bunga ros yang mula memenuhi masa luangku.Walaupun kawasan luas, aku lebih suka menanam di ruang garaj kereta yang mempunyai sedikit tanah.Setiap kali masak, aku akan berhenti dan melihat bunga-bungaku.Ia perlu dibelai juga.
Minggu ini aku ke Johor.Menemani suamiku yang ada urusan di sana.Aku menginap di hotel sahaja.Sempat lagi aku berjalan-jalan dan mencari bunga ros.BIla nampak sahaja aku terus sambar pokok bunga ros.kini, ia menjadi kegilaanku.
Aku bertanya juga cara menanam pokok bunga ros kerana aku baru hendak berjinak-jinak dengan pokok tersebut.Penjual tersebut 'prefer' aku tanam di tanah berbanding di dalam pasu.Ada juga yang aku tanam di pasu.
Aku harap hasil tanaman aku akan menjadi kerana aku ni kalau tanam banyak yang mati dari hidup...panas,panas,panas.Kadang-kadang aku suruh che Abe aku menanamnya.
Koleksi sebahagian pokok ros dan juga ros jepun yang aku tanam..
PENA KASIH:
Tenang dan damainya hati disebalik keindahan bunga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment