Kehadiran nazir untuk hari kedua disambut dengan penuh mesra.Mereka memahami akan keadaan kami yang serba kekurangan namun mampu memastikan sekolah berjalan seperti biasa.Pagi lagi sudah hadir dan jam 8,00 pagi telaha memaklumkan untuk masuk ke kelas.
Seramai lima orang guru telah dicerap dan saya terkecuali.Mungkin banyak perkara yang perlu ditanya kepada saya namun persiapan saya seperti biasa.Sempat juga saya bertanya kepada pihak nazir dalam beberapa perkara yang melibatkan bidang saya.Alhamdulilah ,mereka berkongsi pengalaman dan memberikan beberapa tips untuk saya terus melaksanakan tanggungjawab saya sebagai salah seorang pentadbir sekolah.
Kehadirannya tidak terasa 'stress' sangat kerana semua yang dikehendaki telah saya sediakan di bilik mesyuarat.Mereka hanya perlu memilih apa yang dokumen yang diperlukan.Tiada banyak soal jawab yang ditujukan kepada saya cuma dia berkongsi pandangan meminta saya membuat seperti ini dan itu.Thanks to one of them.Kemudian meminta saya menyenaraikan bekas pelajar sekolah ini yang memegang jawatan tinggi...bab ini saya agak tewas sedikit kerana saya tidak mempunyai sebarang data.Namun, saya tetap memberikan beberapa nama yang saya ingat.
Berbanding dengan kehadiran pihak lain yang kami rasakan 'stress' kerana mereka berkomunikasi dengan kami dalam suasana bersantai.Tidak menyalah itu dan ini sebaliknya memberi panduan.Orang-orang macam inilah yang kami mahu kerana mereka tahu bebanan kerja guru sekarang tidak seperti dahulu.Alhamdulillah,mereka hendakkan dokumen tahun 2012 juga telah saya sediakan untuk mereka.Tiada banyak soalan yang diberikan untuk saya,
PENA KASIH:
Sentiasa hendak 'up-date'kan kerja untuk elakkan 'stress'
No comments:
Post a Comment