18 JULAI 2012
Tatkala umat Islam bakal menyambut kehadiran Ramadhan yang sememangnya dinanti-nantikan, kami terkesima seketika kerana mak Ngah yang selama ini begitu rapat dengan kami meninggalkan kami untuk selama-lamanya dalam keadaan yang tenang sekali.
Perkhabaran yang mengatakan mak Ngah kritikal telah kuterima sewaktu aku balik dari sekolah.Mak Itam menelefon memaklumkan kepada aku dan beria-ia mengajak aku menziarahinya di Melaka.Aku yang ketika itu baru menarik bantal untuk merehatkan diri terus terbangun dan menyatakan bersetuju untuk ikut sama ke Melaka bersama-sama dengan emak.Lalu aku menelefon suami untuk memaklumkan akan perkhabaran mak Ngah.Namun,aku hampa kerana telefon aku tidak diangkat.Aku tahu suamiku sedang mengajar dan sudah tentu dia tidak akan mengangkat telefon tersebut.Akhirnya aku menghantar mesej.Jam menunjukkan angka 4.00 petang.Tiada balasan mesej dari suamiku.Aku resah seketika.Namun, aku telah bersiap-siap terlebih dahulu agar apabila lampu hijau membenarkan aku pergi, aku senang.Tidak perlu menunggu aku begitu lama untuk menukar pakaianku.Deringan telefon berbunyi lantas aku mengangkat telefon.Suamiku terkejut kerana mesej yang aku sampaikan mengatakan mak Ngah tidak aku tulis tetapi aku tulis mak sahaja.Suamiku panik kerana dia tidak ada mendengar yang kedua-dua emak kami sakit.Aku membetulkan cerita sebenar.
Kemudian, aku bergerak ke Melaka bersama-sama sepupuku.Aku turut juga membawa Pak Ngah sekali atas kehendak anak-anaknya.Kami melalui lebuh raya Air Keroh dan lebih kurang 15 minit hendak sampai ke hospital, anaknya memaklumkan bahawa mak Ngah sudah tiada,Aku mendiamkan diri sahaja.Aku tidak mahu suaminya mengetahui kedudukan mak Ngah kerana suaminya pun tidak sihat.Sehinggalah kami sampai di hospital, aku meminta anaknya memaklumkan kepada ayahnya sendiri dan tidak melalui mulutku.Apa perkhabaran itu diterima, Pak Ngah berada dalam keadaan yang tidak tentu arah.Tangannya terus mengusap dadanya dan kami terus memapah pak Ngah.Kami faham perasaannya.
Lama juga proses untuk mengeluarkan jenazah dari hospital.Mak Ngah meninggalkan kami lebih kurang 6.45 petang.Kami mula bertolak meninggalkan perkarangan hospital Melaka jam 9.00 lebih dan mengekori van jenazah.Anaknya meminta aku mengikutnya menaiki van tapi aku menolaknya kerana keadaan aku yang kurang sihat.Jenazah sampai di Segamat lebih kurang 11.00 lebih dan suami serta emak saudara dan bapa saudara serta sepupuku telah menunggu di rumah.Suamiku mengetuai bacaan Yassin dan Tahlil pada malam tersebut.
Kami meninggalkan rumah mak Ngah lebih kurang pukul 1.00 pagi.
19 JULAI 2012
Pukul 8.30 pagi aku telah sampai ke rumah mak Ngah.Aku membantu apa yang patut.Hari ini aku mengambil cuti untuk turut sama melihat saat akhir bersama aruah mak Ngah.Aku teringatkan mak Ngah yang sememangnya kurang bercakap lebih kurang 2/3 tahun kebelakangan ini.Habis-habispun mak Ngah akan tersenyum sahaja.Along yang berada di Perlis juga turut ada bersama kami.Dia memang rapat dengan mak Ngah dan di saat sebelum dia pergi ke Perlis baru-baru ini, sempat dia bersama mak Ngah.Memandi dan menyuapkan nasi untuk mak Ngah.Walaupun aku menahannya agar tidak balik , dia tetap dengan keputusannya untuk melihat jenazah mak Ngah untuk yang terakhirnya.
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.Namun, sehingga kini aku masih teringatkan kenangan manis bersama mak Ngah yang aku anggap seperti emak aku sendiri.
Aku titipkan doa untuk mak Ngah agar rohnya sentiasa bersama-sama dengan orang yang beriman.
Al-Fatihah...mak Ngah.
No comments:
Post a Comment