Thursday, September 3, 2009

MENCARI ALASAN



Gelagat anak murid sering diperhatikan.Setiap hari ada sahaja masalah yang ditimbulkan.Seorang pelajar yang sering ke sekolah dalam keadaan menangis.Memanggil nama ayahnya untuk pulang semula ke rumah.Kadang-kadang melihat wajah ayah menampakkan perasaan kurang senang dengan gelagat anaknya itu.Ada masanya si ayah tidak tahan lalu menampar muka anaknya itu.Mungkin terlalu geram dengan kerenah anaknya itu.Bukannya pelajar tahun satu tetapi pelajar itu kini berada di tahun tiga.Setiap tahun memang tidak pernah tidak mengalirkan air mata setiap pagi ke sekolah.Kami sememangnya sudah lali dengan gelagat pelajar tersebut.

Hari ini, pelajar tersebut buat hal lagi.Menangis sehingga termuntah.Alasannya sakit perut dan demam.Lalu tugas kami bukannya hanya sebagai pengajar sahaja,tetapi kami menjalankan kerja-kerja seperti jururawat.Meminta guru bertugas memeriksa suhu badannya ternyata ia berada di tahap normal.Apabila saya masuk kelas, pelajar itu terus menangis lagi.Saya memang telah memerhatikan tingkah lakunya sejak dahulu lagi dan bertanya dengan guru-guru lain mengenai pelajar tersebut.Alasan kerana sakit memang telah menjadi mainannya.Apabila diselidik,pelajar tersebut memang tidak membuat kerja-kerja yang diberikan.Itulah yang sebenarnya kenapa setiap hari menangis.Takut dimarahi dan dileteri.Sekadar ke sekolah untuk menghadirkan diri.Pelajar lain sibuk dengan kerja-kerja sekolah, dia hanya melihat sahaja.
Saya memang tidak puas hati selagi pelajar tidak mendapat sesuatu.Justeru, saya akan pastikan pelajar tersebut akan buat juga tugasan yang diberikan walaupun tidak membawa buku ke sekolah.

Pernah kami memanggil ibu bapa pelajar tersebut.Bapanya memang tidak dapat buat apa-apa kerana terlalu manja.Kami berharap agar ibu bapa tersebut memberikan perhatian dalam pelajaran dan memantau kerja-kerja yang diberikan.Kami tidak mahu pelajar tersebut tercicir dalam pelajarannya.

Pena Kasih: Jauh disudut hati untuk memastikan pelajar tersebut berjaya dalam pelajarannya.

2 comments:

azman man said...

Pena kasih , tahniah dan semoga khidmat saudari diredhai ALLAH SWT. Memang itulah tugas kita sebagai guru. Segalanya kita yang dipertanggungjawabkan.Hanya keikhlasan mampu menguatkan semangat kita untuk terus berhidmat. Salam

PENA KASIH said...

En Norazhat,
Itulah realitinya apabila kita telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan anak-anak didik berjaya dalam semua bidang bersesuaian dengan FPK.Pengorbanan kita memang bukan sedikit.

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails