Saturday, April 28, 2012

PESTA BUKU ANTARABANGSA

Akhirnya kami sampai ke destinasi yang ditujui.Lama juga kami berada di sana.Biasalah my hubby kalau dah jumpa buku,sanggup berlama di sana.Aku juga yang kegelisahan menantikan dia yang pergi dari satu 'booth' ke satu 'booth'.Aku layan juga dan adakalanya aku terpisah juga dengan dia.Tempat aku adalah di 'booth' novel.Kali ini aku tidak berpeluang untuk bergambar dengan penulis kerana anakku dan anak saudara tidak mahu mengikuti kami.Pastinya aku membeli beberapa buah novel dengan harga yang berpatutan.

Sebelum ke PWTC, aku sebenarnya merancang untuk pergi ke Masjid India untuk membeli kain dan shopping sedikit tapi semua jalan ditutup kerana adanya perhimpunan Bersih.Banyak kedai di situ terpaksa ditutup gara-gara perhimpunan Bersih.Aku rasa kecewa juga kerana tidak dapat ke situ seperti yang diharapkan.Kadang-kadang kita tidak terfikir kesannya apabila himpunan seperti itu diadakan.Apalah yang hendak dicari lagi.Syukurlah dengan keadaan negara sekarang.Kasihan juga aku tengok penjual-penjual di Masjid India yang tidak dapat menjalankan perniagaan mereka seperti biasa.Sudah tentu ada kesannya kepada para peniaga di situ.....

Selepas itu, aku mengambil keputusan untuk ke PWTC.Aku tidak sangka juga bertemu dengan rakan yang sama belajar di USM.Aku ingatkan hubby aku bercakap dengan rakannya tetapi telahan aku salah.Rupa-rupanya rakan aku sewaktu di USM.
Terasa penat juga berjalan-jalan di PWTC....akhirnya aku tertidur di kereta sepanjang perjalanan balik ke Segamat.

PENA KASIH :

Hasrat anakku telah ku tunaikan...



Friday, April 27, 2012

MAJLIS ILMU

Menerima mesej dari PPD meminta memaklumkan kepada guru sekolah mengenai Forum Perdana yang diadakan di dataran Segamat.Mengajak beramai-ramai ke dataran untuk menyaksikan Forum Perdana.Sebenarnya awal lagi saya telah merancang untuk ke sana bersama hubby.Peluang yang ada untuk menambah ilmu.

Selepas solat Isyak, barulah kami bergerak ke sana.Senang untuk mencari tempat meletak kereta jika dibandingkan dengan majlis-majlis lain.Senang untuk mendapatkan tempat duduk dan tidak seperti majlis-majlis lain.Apa-apa pun, syukur kerana masih diberi peluang untuk turut sama dalam majlis seumpama ini.

Bersama-sama dengan panel yang terkenal dan penyampaian yang menarik memudahkan saya untuk mendapat intipati penyampian,Pastinya perpaduan di kalangan orang Melayu perlu diperkukuhkan agar negara kita terus berada dalam keadaan aman..Tidak mahu melihat orang-orang Melayu berpecah-belah, bersengketa semata-mata untuk merebut jawatan.Banyak lagi isu yang dikupaskan untuk memberi kesedaran kepada bangsa kita sendiri.Apakah kita masih belum sedar lagi?.....itulah persoalannya.


PENA KASIH:

Ketandusan ilmu....


Saturday, April 21, 2012

WAJAH BARU







Semalam, aku bersama-sama dengan bos telah pergi ke JPNJ untuk mendengar taklimat berkaitan Keperluan Persediaan untuk SKK.Terbuka minda aku bagi menyediakan keperluan yang dikehendaki walaupun sebenarnya bukan senang untuk mencapai SKK.Namun, atas kepercayaan untuk mencalonkan sekolah kami, so kami terima sahaja dengan redha.

Aku bertolak agak awal sedikit bersama-sama dengan anak perempuanku dan hubby.Peluang aku membawa anak perempuan yang telah sekian lama tidak pergi ke JB kerana kesibukan sebagai seorang pelajar.My son tidak turut sama kerana ada sekolah ganti.Selepas menghantar aku ke JPNJ hubby membawa anaku ke Angsana .Membeli buku keperluannya untuk belajar.

Lama juga mereka berada di sana sementara menantikan taklimat aku tamat jam 1.30 petang.Hampir dua tahun aku tidak ke JPNJ .Kini berwajah baru dan hubby begitu tertarik dengan suasana di JPNJ.Berkali-kali dia mengatakan bangunan tersebut amat cantik dan lain  daripada yang lain.Lain macama mana aku tidak mengerti...mungkin rekabentuknya yang amat menarik di matanya.

Bila aku mendengar taklimat, rasanya tidak cukup kaki dan tangan-tanganku untuk menggerakkan kerja aku.Macam-macam yang perlu dibuat..mampukah aku dan rakan-rakanku untuk melakukannya ?Kini.kami kesibukan.Pastinya kami perlu menyahut cabaran yang telah diamanahkan kepada sekolah.

PENA KASIH:

Team-work itu penting.....

Monday, April 16, 2012

16.4.2012

Selamat Hari Lahir buat hubby and Apiz.Tarikh yang sama dan sentiasa diingati setiap tahun.Hari ini, kami berpeluang mengadakan majlis yang paling ringkas dan syukur kerana dalam masa 1 setengah jam semuanya siap.Thanks to hubby yang membantu saya ke dapur hari ini.Begitu kencang menyiapkan segala menu yang ringkas kerana pukul 5.00 mereka akan hadir.

Gambar menceritakan segala-galanya.....






Thursday, April 12, 2012

HADIAH.


 
16.4 bakal menjelang tiba.Hari ini, aku menelefon Apiz mengingatkan tarikh lahirnya yang akan tiba..namun jawapan daripada seorang anak yang begitu keletah membuatkan hati kami tercuit.Abang lahir bulan 5 dan sekejap sahaja sudah berubah mengatakan hari lahirnya bulan 6.Aku membetulkannya dan memaklumkan bahawa hari lahirnya pada 16.4 ini iaitu jatuh pada hari Isnin.

Lalu aku tanyakan kepadanya apa yang dia hendak daripada kami...lantas dijawabnya I-Pad.Pak Udanya  berkata jika hendak i-pad, mesti mendapat nombor 1.Dia terdiam buat seketika.Bertanya lagi, duit Uda tebal ke nipis.Lalu kami menjawab duit Uda nipis.Nipis maksudnya tidak banyak dan kalau tebal imaginasinya bermakna berjuta-juta.Aku ketawa melihat gelagatnya.

Sekali lagi Pak Udanya menyakatnya dengan mengatakan akan membelikan pensel.Dia tidak mahu pensel kerana sudah ada tapi dia tetap hendakkan i-pad.Kemudian, sekali lagi Pak Udanya menyakat mengatakan akan membelikan sejadah untuknya agar dia sembahyang sepertimana adiknya Hadif yang akan menangis jika tidak dapat bersembahyang bersama ayahnya.Lalu dia menyerahkan telefon kepada Tok Hendonnya apabila kami mengatakan kami akan membelikannya sejadah.....itulah gelagat Apiz yang semakin petah  berbicara,  dengan 'vocab' yang semakin banyak diketahui.

PENA KASIH:

Apabila rindu, akan menelefonnya.....

Tuesday, April 10, 2012

BUAH SAGA

Mencari-cari bahan untuk pengajaran dan pembelajaran, tiba-tiba aku teringatkan kisah buah saga.Berwarna merah dan amat menarik sekali.
Teringat pula sewaktu aku berada di bangku sekolah rendah di SBH.Di belakang sekolah terdapat beberapa batang pokok saga.Aku dan beberapa orang kawan, Ana, Edah akan mengutip buah saga tersebut.Sewaktu menunggu ayah mengambil aku, aku akan mengutip buah saga tersebut.Memang menarik...merah.

Sewaktu dahulu, aku ke sekolah berjalan kaki sahaja  kerana emak dan ayah bekerja kampung.Bersama-sama dengan bapa saudara serta beberapa orang kampung akan meredah paya yang merupakan laluan paling dekat untuk ke sekolah.Menuruni bukit dan mendaki bukit sudah menjadi kebiasaan kepada kami.Pagi lagi sudah bergerak dari rumah.....berhenti sekejap melepaslah lelah sambil mengutip biji saga yang berhampiran dengan sekolah.

Itulah rutin aku setiap hari......apabila biji saga sudah banyak dikutip kami akan  bermain-main dengannya.Tidak dapat aku hendak gambarkan di sini bagaimana kami menggunakan biji saga sebagai salah satu permainan kami ketika itu.Ada kalanya biji saga yang dikutip itu akan digunakan untuk aktiviti lukisan.Bila sudah terlalu banyak,biji saga akan kami letakkan di dalam bekas kaca ataupun plastik.Sekarang aku jarang melihat anak-anak bermain dengan biji saga dan mungkin anak aku sendiri tidak mengenali biji saga.

PENA KASIH:

Tersenyum sendirian bila terkenangkan mengutip biji saga dengan Ana...

Sunday, April 8, 2012

AKU TERPAKSA BELAJAR LAGI.....

Bestnya kalau baca tajuk di atas...tapi itu hanya tinggal impian.Kecewa pun ada tapi aku perlu terima kenyataan..rezeki aku hanya setakat ini.Namun, aku tidak pernah meninggalkan 'hobby' aku dengan membaca.Bila anakku melanjutkan pelajaran dalam bidang perguruan,aku sentiasa dijadikan bahan rujukannya.Kalau ayahnya Bahasa Inggeris sentiasa ditanya, malah adakalanya apa yang dibuatnya akan disemak oleh ayahnya.Zaman sekarang senang aja..hantar dan dalam masa yang sama sekejap sudah dapat 'feedback'.

Aku pula macam-macam ditanya.Hendak tak hendak aku terpaksa  bersedia untuk menjawab segala pertanyaannya.Sebab itu aku katakan aku terpaksa belajar lagi..maklumlah sudah lama meninggalkan teori itu dan ini..lupa......tapi kadang-kadang seronok juga kerana membuka minda aku yang perlu diasah.Itulah anak sekarang....layan aja  karenah  mereka.Aku tidak mahu menghampakan mereka.

PENA KASIH

Selagi kita hidup, ilmu sentiasa dicari..

AKU RASAKAN LAMA...

Lama juga aku meninggalkan dunia blog aku.Kalau dahulu setiap hari ada saja yang ingin aku luahkan.Kini, aku terpaksa mengenepikan buat seketika laman blog aku kerana tuntutan kerjaku yang semakin banyak.Kadang-kadang jari-jemari ini begitu gian sekali untuk menaip meluahkan apa yang aku lalui,menceritakan kehidupan seharian aku tapi aku terpaksa ketepikan hasrat itu....mungkin aku keletihan agaknya.

Kadang-kadang aku jealous dengan hubbyku..persaingan positif melihat dia menulis di blog.Aku terpaksa menahan hati kerana aku perlu menyiapkan kerja-kerjaku untuk dipantau oleh en N.......Apa-apapun aku perlu mengutamakan tugas hakikiku.Menyediakan segala dokumen untuk dipantau oleh 2 group en N......
Walaubagaimana sibuk pun aku tetap  mengutamakan core-business aku.Aku tidak mahu terlalu mengejar perkara-perkara lain hingga mengabaikan tugas hakikiku untuk anak didikku.

Semakin hari semakin banyak yang perlu dibereskan.Satu habis satu lagi datang....itulah realitinya kerja pada hari ini.Kesihatan tetap juga diutamakan sebab itu kadang-kadang hari Sabtu dan Ahad aku sengaja meluangkan masaku untuk bersama dengan family.Kadang-kadang aku berjalan-jalan...tidak mahu terlalu 'stres' janji kerjaku beres.

Sekali lagi aku dicabar oleh hubby untuk mencoretkan kisah kehidupan pahit manisnya bergelar seorang pendidik kerana ketika ini walaupun sibuk aku sempat lagi membaca perjalanan hidup seorang guru.Memang manis dan pahit itu ada ........aku sedang berkira-kira untuk melakukannya untuk dairi hidupku bergelar seorang pendidik....sememangnya banyak........ sehinggalah kini aku diberikan amanah untuk menjawat jawatan GPK Hakiki walaupun dengan beraninya aku menulis kepada pihak tertentu menolak jawatan tersebut.Akhirnya aku akur setelah diberi  nasihat untuk memegang amanah tersebut kerana pengalaman aku sebagai PGB....namun tidak semudah yang disebutkan....Cabaran menjadikan aku semakin matang....terima kasih my bos....

PENA KASIH:

Tidak semudah itu.......namun itu semua menjadikan jiwaku lebih kental...

Monday, April 2, 2012

DUA HARI BERKAMPUNG....

Sepatutnya aku bersama-sama dengan guruku ke Batu Pahat untuk melihat Sekolah Kluster dan merupakan lawatan penanda aras.Tapi, aku tidak dapat turut serta untuk melihat beberapa orang murid sekolahku membuat persembahan atas jemputan sekolah berkenaan.

Sebaliknya,aku menemani hubby ke Kuala Lumpur yang mengikuti kursus penulisan atas perbelanjaan sendiri.Sekarang, jika hendak mendapatkan ilmu,keluar duit sedikit,InsyaAllah semua boleh.Anak lelaki turut bersama aku walaupun pada peringkat awalnya dia tidak mahu ikut.Puas ku pujuk tetapi dia tetap dengan keputusannya kerana banyak kerja yang perlu dibuatnya.Aku katakan, bawa semua kerja di sana dan buat tapi dia masih dengan keputusannya.Aku terus mengambil keputusan agar dia tinggal di rumah tok mak dan semua kunci motor akan ku pegang.Dia akur dan terus memberikan kunci motor kepada kami.

Aku mengemas barang dan memasukkan semua keperluan di dalam beg.Aku nampak dia seolah-olah resah dan akhirnya dengan suara yang perlahan dia mengubah fikirannya untuk ikut kami.Aku tersenyum sahaja sambil menunggu dia bersolat dan memasukkan barangannya ke dalam beg.Dalam kereta, dia memaklumkan kepada kami, dia risaukan kami yang berjalan jauh.Tiada siapa yang akan melihat mama nanti apabila ayah pergi ke tempat kursus.Aku katakan kepadanya bahawa mama tidak akan berjalan dan tinggal di hotel selagi ayah tidak balik dari kursus.Dia takut terjadi apa-apa kepada aku ketika ayahnya tiada.

Sepanjang di sana, aku lihat dia memang prihatin kepadaku.Aku keluar mencari kedai makan bersamanya dan dia sentiasa memegang tanganku sewaktu berjalan..kelakarnya anak mama ni.Takut sangat dia kehilangan mamanya......
Permintaannya memang hebat...aku turutkan sahaja.

Akhirnya, kami bertolak pulang pada petang Ahad..Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.


PENA KASIH :Semoga keprihatinan seorang anak terhadap keluarga akan berterusan.

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails