Saturday, October 18, 2014
REZEKI TIADA SIAPA YANG TAHU
Lama sudah Pena kasih menyepi diri.....membiarkan ia bersarang begitu lama namun niat untuk menulis tetap ada.
Nikmat apa yang hendak didustakan.....Rezeki mana mungkin ditolak kerana sudah tertulis itu rezeki kita.
Syukur kepadaMu dan terima kasih buat keluargaku, mertuaku, suami dan anak-anak yang tidak pernah jemu-jemu menyokongku dari belakang.Tidak pernah untuk merungut atas kelewatanku kerana pada diriku setiap amanah yang diberikan aku akan cuba lakukan yang terbaik.
Bila bekerja aku bekerja dengan sebaiknya walaupun mungkin tidak sesempurna kerana kita manusia sudah tentu akan ada kekurangannya.Bila usia bertambah kadang-kadang banyak juga yang terlupa......
Syukur kepadaMu kerana setelah bekerja hampir 23 tahun, telah 3 kali aku menerima anugerah perkhidmatan cemerlang.Tiada siapa yang menyangka dan aku sendiri pun sebenarnya tidak terlalu memikirkan anugerah itu kerana pada aku yang penting aku bekerja seperti yang dikehendaki.Tidak terfikir langsung untuk menerima itu semua.
Alhamdulillah sememangnya aku bersyukur dengan apa yang aku nikmati hari ini.Aku berdoa agar semua ahli keluarga aku sentiasa memberikan sokongan kepada diriku dan aku juga berharap mereka semua berada di bawah lindunganMu.
Tahun ini, adikku juga menerima anguerah yang sama seperti aku.....Terima kasih emak dan ayah yang sentiasa mendoakan kejayaan anak-anakmu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment