Tuesday, November 12, 2013

HAKA 2013

Kemuncak kepada program tahunan pada tahun ini ialah Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik (HAKA).Program yang bertujuan untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang bertungkus lumus sepanjang tahun terutama dalam bidang akademik,kokurikulum mahupun sahsiah.Kejayaan mereka dihargai atas usaha mereka untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang pelajaran. Hari ini tanggal 12 November 2013 dengan dirasmikan oleh Encik Mohamed Aris bin Mohamed Dol (wakil rasmi Ahli Parlimen Sekijang), HAKA berjaya dilaksanakan dengan lancar sekali.Dengan bilangan guru yang begitu sedikit disebabkan terlibat dengan pelbagai program, namun HAKA berjaya berjalan dengan baik sekali.
Pentas HAKA pada tahun ini 'simple' tapi menarik.
Encik Mohamed Aris bin Mohamed Dol, wakil rasmi Ahli Parlimen Sekijang.
Bahagian sambutan setiap tahun: aku dan Pn Norhayati binti Md Zan.
Sudah lama meninggalkan pengacaraan majlis tapi kali ini dipertanggungjawabkan untuk mengacara majlis....Gandingan baru bersama pn Halina.Cukup untuk tahun ini..harap-harap gandingan lama akan ada pada majlis akan datang.Saya tidak suka duduk diam...huhuhu.
Persembahan tarian selamat datang daripada murid-murid Tahun 6 di bawah bimbingan CIk Wan dan Pn Noorwati.
Tarian sayonara oleh pelajar-pelajar tahun 3
Tarian ini di bawah bimbingan Pn Tey Mey Lee.
Tarian kipas di bawah bimbingan Pn Tan Ai Chieng
Gerakan berirama oleh Pn Tan Ai Chieng
Empat anugerah diberikan kepada pelajar: Anugerah Akademik dan Sahsiah terpuji,Anugerah Kokurikulum,Anugerah Peningkatan Akademik dan Anugerah terbaik keseluruhan.
Kenangan bersama....

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails