Thursday, October 3, 2013
HARI LAHIR.....
Selamat hari lahir buat Adif yang ada kalanya membahasakan dirinya adik.
Kami baru sahaja membincangkan mengenai tarikh kelahiran Adif dan merancang untuk membelikan hadiah untuknya.
Deringan telefon daripada emak yang kebetulan ketika itu dalam perjalanan ke Segamat untuk turut sama menyambut kelahiran cucunya, disambut.Emak meminta kami agar turut sama hadir di majlis itu yang tempat untuk disambut belum diketahui.Kebetulan aku dan abangku baru balik dari tempat kerja masing-masing.Hari ini aku memang lewat balik untuk menyiapkan beberapa dokumen sekolah.
Kata putus diberikan dan selepas solat aku bersiap-siap untuk ke majlis tersebut yang diadakan di Marrybrown.Aku singgah sebentar di kedai untuk membeli cenderamata untuknya.Kali ini abangku membelikan dia seutas jam tangan berwarna 'pink'.
Sampai di rumah, adik tak hendak pakai jam warna 'pink'kerana malu.....Pandai betul dia memilih warna itu yang dikatakan sinonim untuk budak perempuan.So apa lagilah che abangnya yang memandang dan tidak mengira warna sudah mula untuk memakainya.Apa-apa pun kami tidak kisah..yang penting kalau adik tidak mahu abangnya pun boleh guna.
Suasana majlis sambutannya:
PENA KASIH:
Tiap-tiap tahun menyambut hari lahir....bersyukur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment