Monday, September 16, 2013

MASA

Bila sebut soal masa sering kita sebut tidak cukup masa,masa begitu pantas apatah lagi sudah hampir ke penghujung 2013.Macam-macam perkara yang berlaku sepanjang tahun ini. Masa juga membuatkan aku terlupa untuk menulis sesuatu walaupun niat di hati untuk sentiasa menulis.Terlalu padat aktiviti aku terutama bulan September.Macam-macam yang hendak dibereskan sehinggalah blog aku terbiar begitu sahaja.Tiada konsisten nampaknya aku menulis. Nak dijadikan cerita, last minute aku diminta menggantikan tugas untuk menjaga peperiksaan.Aku akur dengan arahan tapi aku terpaksa menanggung sakit (demam) sepanjang dua hari aku bertugas.Alhamdulilah,aku masih diberikan kekuatan untuk menjaga anak didik yang menghadapi peperiksaan.Aku juga tidak lupa berdoa agar anak muridku berjaya dalam bidangnya. Habis sahaja menjaga peperiksaan, sekolah aku telah mengadakan Hari Perkhemahan.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan program pada tahun ini amat menarik sekali.
Persediaan awal sebelum perkhemahan dijalankan.
Membantu menyediakan khemah untuk pelajar.
Pemandangan dari atas...meriah.
Menguli tepung untuk aktiviti ikhtiar hidup...
Hari ketiga....dah fikir nak balik dan rileks di rumah aja. PENA KASIH: Yang penting kerjasama...

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails