Thursday, July 29, 2010

PROGRAM SOLAT HAJAT UPSR


Akhirnya program solat hajat untuk murid-murid Tahun 6 dapat dijalankan pada hari ini dengan lancarnya.Program yang sememangnya dijalankan saban tahun adalah salah satu usaha pihak sekolah untuk membantu pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan UPSR pada tahun ini.

Kehadiran ibu bapa dan staf sokongan sekolah pada hari ini amat menggalakkan.Namun, ada juga pelajar yang tidak bersama kerana masalah pengangkutan.Pihak sekolah telah menjemput Uztaz Ismail dari SK Kg Jawa untuk mengetuai solat hajat pada hari ini.Syukur semuanya berjalan dengan lancar sekali.

Pena Kasih:Sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak didik dan anak sendiri.

Wednesday, July 28, 2010

PENGHARGAAN

Program untuk murid-murid LINUS dan Permulihan tetap diadakan malah ia merupakan salah satu program panitia.Setelah hampir 7 bulan berada di sekolah, sudah tentu kita ingin melihat satu perubahan daripada murid-murid yang agak lemah dalam pelajarannya.Daripada tidak mengenal huruf sehinggalah sudah boleh membaca walaupun tidak lancar sudah cukup menggembirakan hati cikgu apatah lagi murid itu sendiri.

Pelbagai aktiviti dijalankan bagi memastikan mereka yang masih gagal menguasai 3M dapat melakukan sesuatu walaupun sebenarnya kita mengharapkan yang terbaik.Namun, tidak semua dapat dilakukan .Ada yang masih tidak dapat membaca dengan lancar.

Peranan guru pemulihan disamping guru kelas itu sendiri amat penting.Masing-masing berusaha untuk memastikan semua murid dapat menguasai 3M.Program LINUS yang diperkenalkan oleh kementerian khusus untuk murid-murid Tahun 1 sudah tentu tidak boleh dipandang remeh.Menjelang 2012, semua murid dapat menguasai membaca, menulis dan mengira.

Hari ini, jam 12.20, semua murid LINUS dan Pemulihan telah diberi peluang untuk menunjukkan kebolehan masing-masing dalam membaca.Program yang dijalankan telah diadakan di perpustakaan.Menguji kebolehan mereka dan sekurang-kurang memberi peluang kepada mereka untuk tampil kehadapan tanpa sebarang perasaan takut.

Syabas kepada Pn Zaharah yang merupakan guru pemulihan kerana telah berusaha memastikan anak-anak didiknya dapat membaca dengan baik walaupun masih lambat.
Namun, sebenarnya peranan kedua-dua pihak amat penting bagi memastikan anak mereka dapat belajar dengan baik dan menguasai 3M.Bila anak tidak tahu membaca ,janganlah hanya tahu menunding jari ke arah guru sahaja tapi berilah komitmen kepada pihak sekolah dan sama-sama membantu anak mereka sendiri.

Pena Kasih:Berusaha dan tetap berusaha bag memastikan mereka mampu menguasai 3M

Tuesday, July 27, 2010

MERAJUK


Selepas berbuka puasa,kami bercadang ke IOI.Sampai sahaja, Apiz meluru ke arah kami.Sudah pasti dia inginkan mainan.Kini,hobinya mengumpul seberapa banyak bentuk mainan walaupun mainan baru dibeli.Dia tetap merengek-rengek hendakkan mainan lain .

Hari ini, dia begitu merajuk sekali.Merajuk dengan Pak Udanya yang hanya melayan Adif dan tidak menghiraukan dia."Abang tak nak kawan dengan Uda Wa.......Uda Wa main dengan Adif aje,"Itulah luahan rasa cemburunya lalu menangis manja tanpa mengalirkan air mata.Inginkan perhatian yang lebih.

Lalu dipujuk dan akhirnya dia tewas.Pujukan yang mengatakan akan membelikan mainan sudah cukup untuk mencairkan perasaannya.

Apabila, kami hendak pulang, kedua-duanya menangis hendak mengikut kami.Lalu,Pak Udanya membawa mereka meronda kawasan berhampiran di situ.Apabila sudah puas,kami hantar mereka balik.Namun,Apiz tetap dengan kemahuannya,Perkataan mainan sentiasa bermain di bibirnya.Setiap kali kehadiran kami, dia menunggu dan inginkan mainan.

Pena Kasih:Janjinya hendak belajar pandai-pandai dan hendakkan mainan.

Friday, July 23, 2010

TIDAK DISANGKA....


Semalam menerima mesej daripada Resim memaklumkan yang dia bersama Fahazil sudah berada di lobi.Sempat juga saya bertemu dengannya setelah hampir 23 tahun tidak bertemu dan saya jugalah yang menemukan beliau dengan Fahazil.Berbual-bual mengingatkan teman-teman lama.Saya tidak lama bersamanya.Syukur akhirnya impian untuk bertemu rakan-rakan lama tercapai juga.


Kami sampai lebih kurang jam 2.00 petang dan tidak disangka ketika itu ada 'shooting' drama di Hotel Pelangi.Kami juga tidak sangka dapat bertemu dengan seorang pelakon iaitu Wan Maimunah sewaktu menaiki lif.Sebelum itu,kami bertemu dengan Intan Azura.Apa lagi peluang yang ada kami sempat bergambar dengan Wan Maimunah.

Selepas menghadiri kursus Hibur Didik anjuran Panitia BM Daerah selama dua hari pada hari Khamis dan Jumaat,saya terus ke Perlis menghantar anak ke IPG.Perjalanan pulang dari Perlis menerima panggilan telefon memaklumkan saya perlu ke Muar menghadiri kursus Pengurusan Guru-guru Penolong Kanan 1 di Hotel Pelangi.Sempat juga saya berjumpa dengan anak murid pada hari Rabu sebelum ke Muar.Mengajar sehingga jam 10.00 pagi dan meminta kebenaran guru besar balik awal kerana saya sendiri yang akan memandu ke Muar.Ikutkan badan memang penat tetapi kerana kursus itu penting yang melibatkan tugasan hakiki saya, digagahi juga langkah ini untuk turut serta.Selama 3 hari 2 malam di Muar,sempat juga kami meronda-ronda di bandar.

DETIK-DETIK ALONG BERSAMA KAMI......







Manjanya Hafiz dan Hadif dengan Along.Hafiz merengek-rengek meminta Along tidur di rumahnya.Abang sayang, Akak Fatin.

PERJALANAN PULANG U-S



Perjalanan diteruskan sehinggalah kami mengambil keputusan untuk bermalam di rumah Along di KL.Suami sudah tidak larat lagi untuk meneruskan perjalanannya.Untuk Adah dan Along,thanks kerana sudi menerima kunjungan kami.



Kami melalui Pulau Pinang dan sempat membawa ayah dan emak serta Shidah menaiki feri.

Perjalanan pulang dari Utara ke Selatan diiringi dengan rasa sayu.Meninggalkan anak di perantauan.Namun, sudah tertanam satu impian di hati anak untuk menjadi seorang pendidik mewarisi mama dan ayahnya.Mama tetap mendoakan anak mama.Saat-saat untuk meninggalkannya begitu sedih sekali.Namun,suami mengingatkan kami, itulah lumrah kehidupan dan pusingan hidup.Jangan terlalu emosi sangat.Biarkan anak mencari satu pengalaman hidup dan yang pastinya kami sentiasa mendoakannya.


Tuesday, July 20, 2010

SEPANJANG PERJALANAN S-U DAN U-S






Sempat juga berposing di tepi sawah.Indah dan mendamaikan.




Keesokkannya,kami bergerak ke IPG menghantar Along.Ramai juga yang menghantar anak masing-masing malah kami dapat juga bertemu dengan salah seorang parent yang datangnya dari Muar.Same course with my daughter.



Padang Besar.Jika tidak ke sana sudah tentu tidak sah.Sempat juga kami ke sana.Meronda-ronda dan melihat kawasan di situ sambil membeli-belah.Kami ke sana bersama-sama dengan El dan isterinya.

Banyak tempat juga yang kami singgah melepaskan kepenatan sebelum meneruskan perjalanan.Di sini, kami berehat sementara menunggu El mengambil kami.

.
Perjalanan ke Utara bermula pada pagi Ahad, jam 5.15 pagi.Bertolak dan singgah sebentar di Gemas untuk menunaikan solat Subuh.Selepas itu, kami meneruskan perjalanan sehinggalah kami mengambil keputusan untuk singgah di R&R untuk bersarapan pagi.Perjalanan yang dikira agak jauh ini sudah tentu memerlukan kesabaran dan berhati-hati serta sentiasa berwaspada.

Sepanjang perjalanan, saya tidak tidur menemani suami memandu.Berbual-bual dan melihat keindahan ciptaan Allah.

Friday, July 16, 2010

PILIHAN



Membuat pilihan yang kedua-duanya diminati amat sukar.Hakikatnya itulah yang sering terjadi dalam masa yang sama.Apabila memilih yang ini akan terlepas yang itu.Namun,kita perlu memilih sesuatu yang dirasakan penting dan memberi impak yang baik kepada kita walaupun pada hakikatnya kita begitu menyayangi dan mencintainya.

Begitulah Along yang terpaksa membuat pilihan antara Uitm atau IPG.Hampir dua minggu berada di kampus UiTM sudah cukup untuk dirinya mengenali warga UiTM.Mengenali rakan-rakan bilik dan juga rakan-rakan kelasnya.Sudah tentu dia akan terasa kehilangan rakan sebiliknya.Begitulah dunia seorang pelajar.Gunalah peluang yang ada untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh.Namun, mungkin baginya belum dapat mengenali pensyarah dengan lebih dekat lagi.Walaupun sudah dua minggu berada di situ.

Semalam petang,sayag menerima SMS mengucapkah tahniah kepada anak saya kerana berjaya ditawarkan mengikuti Kursus Perguruan lalu saya membuka laman web KPM .Syukur,akhirnya impian Along untuk menjadi seorang guru tercapai walaupun dia terpaksa melalui masa yang panjang iaitu selama 5 tahun setengah.Namun, saya menasihatkannya jangan ambil mudah dengan kursus perguruan kerana ia memerlukan rasa minat yang mendalam dan seolah-olah kita berada di dunia pendidikan sebenarnya.Banyak lagi yang perlu Along lalui untuk mencapai sehingga ke tahap ijazah.Gunakan peluang yang ada untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh lagi.

Minatnya memang mendalam dalam bidang perguruan.Semasa berada di sekolah rendah, dia telah menunjukkan minat yang mendalam dalam bidang tersebut.Ada kalanya dia berangan-angan seolah-olah dia berada di dunia perguruan.Dengan memakai kasut tumit tinggi saya dan bersama sebatang rotan di tangan sudah cukup menggambarkan sememangnya dia minat ke arah itu.

Setiap kali balik sekolah, dia mesti melihat beg sekolah saya sekiranya saya membawa kerja-kerja sekolah.Malah ada kalanya dia menanda kertas lembaran kerja.Melihatkan minatnya yang mendalam, saya selalu meningatkan agar lebih rajin dan bersunggh-sungguh dalam bidang perguruan.

Pena Kasih:Mama doakan agar Along tabah dan bersemangat menceburi bidang perguruan.


Wednesday, July 14, 2010

ENAKNYA.....






Aktiviti Unit Uniform hari ini menjalankan aktiviti memasak yang merupakan salah satu program yang telah dirancang seawal lagi.Hari ini mereka menjalankan aktiviti memasak menggunakan roti.Masakan yang simple tetapi menarik dan sedap.

Tuesday, July 13, 2010

UNGKAPAN TERIMA KASIH UNTUKMU....



Balik lewat hampir 4.00 petang.Rutin kerja setiap hari Selasa, kelas tambahan untuk murid-murid tahun 4 diteruskan seperti biasa.Jam 2.30 petang setelah usai kelas tambahan,masuk ke pejabat meyelesaikan beberapa perkara yang berkaitan dengan tugas.

Sebelum itu, memastikan semua murid balik dengan selamat.Banyak perkara yang perlu diselesaikan.Cuba balik awal untuk mengambil anak yang ke kelas tambahannya.Malangnya pada hari ini, dia tidak ada kelas tambahan.Mungkin cikgunya sibuk.

Seperti biasa,rutin menyediakan hidangan untuk keluarga memang dilakukan.Selesai masak, terus menuju ke bakul yang mempunyai timbunan kain yang perlu dibasuh.Tiada sehelai kain pun di dalam bakul.Lalu menuju ke ampai dan dilihat semuanya telah tersidai.Terima kasih ,Ayang.Memahami kesibukan mama.

Hari ini, semuanya sudah dibersihkan .Rumah kelihatan kemas dan hati saya begitu lega.Mempunyai pasangan yang sentiasa memahami dan sememangnya sentiasa memastikan rumah berada dalam keadaan yang baik dan kemas.

Pena Kasih:Ungkapan terima kasih, Ayang.

Monday, July 12, 2010

UCAPLAH TERIMA KASIH

Sering mengingatkan anak-anak didik,ucaplah terima kasih setiap kali menerima sesuatu.Janganlah terlalu berat mulut untuk melafazkan ungkapan itu.Tidak sukar dan begitu mudah sekali untuk melafazkannya.Tidak perlu menggunakan ayat-ayat yang bombastik untuk mengungkapkannya.Mudah sekali.................

Untuk anak-anak mama yang dua orang sering kali mama mengingatkan mereka.Jangan mudah mengambil sikap acuh tidak acuh dengan ungkapan terima kasih.Terima kasih sebagai tanda kita menghargai........Begitu juga dengan ilmu-ilmu yang diperolehi,lafazkan terima kasih kepada sesiapa yang mengajar kita.Walaupun anda tidak faham tapi ungkaplah ucapan tersebut.Jangan sekali-kali merungut......Tidak faham kita perlu cari inisiatif sendiri untuk memahaminya.Dunia sekarang begitu mudah untuk mendapatkan ilmu.

Untuk anak-anak mama, jangan lupa lafazkan ucapan terima kasih kepada kedua orang tua.Mama dan ayah sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak.


Pena Kasih:Ungkaplah .................Terima kasih.

Saturday, July 10, 2010

Friday, July 9, 2010

KELUARGAKU.....









Setiap keluarga impikan sebuah keluarga yang bahagia.Alhamdulillah, bersyukur kehadiran dua cahaya mata (sepasang) sudah cukup membahagiakan.Pelbagai ragam dan kerenah yang ditunjukkan sudah cukup membuatkan keluarga kami ceria.

Mungkin dikatakan terlalu sedikit bilangannya.Tapi alhamdulillah.Haziq boleh dikatakan seorang yang tegas dan lebih mengambil berat hal-hal yang berkaitan dengan keluarga.Kalau kami sakit, dialah orang yang paling risau sekali.Kalau kami keluar berdua dan 'out-station' dialah yang paling susah hati.Pelbagai andaian yang bermain di kotak fikirannya.Kadang-kadang kami geli hati melihat keletahnya.

Berbeza dengan kakaknya,Along yang sememangnya lebih berani dan berdikari.Kepulangan along dari UiTM,sememangnya dinantikan oleh Haziq.Tanpa kami sedari, rupa-rupanya Haziq kini sudah pandai menunggang motosikal.Tanpa diajar oleh sesiapa tetapi dia menyahut cabaran Alongnya yang mem'provok' dia yang sehingga kini tidak pandai menunggang motosikal.Semuanya terbongkar apabila Tok Yahnya memaklumkan kepada saya dia ternampak Haziq menunggang motosikal sementara Alongnya membonceng di belakang.

Secara'slow- talk' saya bertanya kepadanya dari mana dia boleh belajar menunggang motosikal.Dengan rasa bersalah dia memaklumkan yang dia sendiri memang tahu menunggang motosikal tanpa diajar.Saya nasihatkan agar jangan sekali-kali menunggang motosikal tanpa kebenaran mama dan ayah.Sememangnya dia tidak berani menunggang motosikal milik ayahnya yang berat dan besar.

Pena Kasih:Suka kejujuran.

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails