Wednesday, June 30, 2010

SEMAKIN BANYAK SEMAKIN MENGELIRUKAN


Kursus Profesionalisme Guru-Guru Penolong Kanan 1 diadakan pada hari ini di SMKA Segamat.Kursus yang bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 4.30 petang diisi dengan 4 slot yang begitu bermanfaat kepada kami yang memegang jawatan sebagai pentabdir sekolah.Perjalanan kursus sangat menarik dan sedikit sebanyak input yang diperolehi diguna pakai dalam menjalankan tugas hakiki kami.

Actually, kursus yang sepatutnya dihadiri semua GPK 1 yang lebih banyak mengetahui perjalanan sekolah turut sama dihadiri oleh pengganti GPK kerana seramai 20 orang GPK 1 telah menghadiri satu kursus lain dalam masa yang sama di Batu Pahat.

Walaubagaimanapun, kami sememangnya memang memerlukan ilmu-ilmu baru untuk dipraktikkan as a GPK .Slot pertama yang diambil alih oleh En Hamzah Ahmad yang lebih menjurus kepada Sistem Fail sekurang-kurangnya memberikan pendedahan kepada kami yang mungkin berada dalam keadaan bercelaru dalam mengendalikan sistem fail.Walaupun nampak senang tetapi tidak semudah itu.Banyak kekurangan yang perlu diambil berat dan diubah secara perlahan-lahan bagi memastikan sistem fail yang kemas dan tersusun.

Slot yang kedua pula ialah ialah berkaitan dengan Audit Akademik UPPM 2 perbandingan dengan UPPM 1.Hasrat Tn Hj Sazali hendak memastikan Daerah Segamat mendapat tempat pertama for next year berdasarkan analisis yang dijalankan menunjukkan daerah Segamat mampu menempatkan diri setanding dengan daerah lain dengan adanya komitmen dan kerjasama antara semua pihak.

Slot yang ketiga pula dikendalikan oleh Encik Mahir lebih kepada Rekod Rancangan Harian Pengajaran dan Pembelajaran.Semua maklumat perlu didokumentasikan sebagai bukti apa yang telah kita buat selama ini.Banyak ilmu yang diperolehi dalam slot ini.

Akhir sekali,selama setengah jam, kami didedahkan dengan penggunaan laptop berkamera bagi memudahkan menganalisis item dengan cara yang mudah.Walaupun selama setengah jam, tapi sedikit sebanyak ilmu itu diperolehi juga.Bukan senang rupanya tugas-tugas yang hendak permudahkan.Banyak perkara yang perlu dipelajari dan kita sentiasa menggali untuk mendapatkan ilmu.

Pena Kasih;Sentiasa berusaha meningkatkan tugas.....

Sunday, June 27, 2010

INDAHNYA SEGAMAT




Program Kembara Mahkota Johor 2010 telah berlangsung selama 3 hari bermula pada 26 Jun hingga 28 Jun.Daerah Segamat juga tidak ketinggalan menerima kunjungan Tuanku bersama ahli keluarganya.Amat meriah sekali sambutannya.

Saya juga tidak ketinggalan menghadiri dan menyaksi sendiri program tersebut walaupun penat kerana dalam masa yang sama,sekolah telah mengadakan Aktiviti Perkhemahan.
Walaupun bekerja selama 7 hari dan memang tidak dinafikan keletihan dan ketidak upayaan badan tapi saya memberikan sedikit ruang untuk turut sama menyaksikan program tersebut.Menarik dan ceria sekali bandar Segamat menyambut kehadiran Sultan Johor.

Orang ramai juga berpusu-pusu untuk turut hadir menyaksikan sendiri wajah Sultan mereka.sebelah malamnya, saya bersama-sama dengan Kak Yati dan Cikgu Ali menghadiri ceramah agama di Kg Jawa. 'Riba dan kesannya kepada kehidupan' itulah tajuk ceramah pada malamnya.Penceramahnya iaitu ustaz Fauzi dengan suara lantangnya amat menarik hati semua penonton yang hadir.Syukur walaupun penat saya luangkan sedikit masa untuk turut sama menghadiri majlis-majlis seumpama ini.

Pena Kasih:Terima Kasih,Ya Allah, Engkau berikan aku kekuatan untuk turut sama menghadiri majlis-majlis yang mulia ini.

MAJLIS PENUTUPAN PERKHEMAHAN


Hadiah disampaikan oleh GPK KK,Cikgu Ali kepada para pemenang sepanjang program perkhemahan dijalankan.

Saya sendiri mewakili guru besar telah menyampaikan ucapan dan seterusnya menutup rasmi program perkhemahan 2010.Mengingatkan murid-murid agar melibatkan diri dalam kegiatan ko-kurikulum selain kecemerlangan akademik.

Sebelum program berakhir, semua murid telah menjalankan aktiviti gotong-royong untuk memastikan setiap tempat bersih.Amalan kebersihan tetap diutamakan walaupun aktiviti perkhemahan dijalankan.

Setiap kumpulan dikehendaki membuat persembahan masing-masing.Ada yang menunjukkan kekreatifan masing-masing malah ada yang begitu 'simple' persembahannya.

Malam kebudayaan yang dikendalikan oleh Cik Wan dan Supian ini bertambah meriah dengan gelagat dan cetusan idea mereka sendiri.

Berakhirnya program perkhemahan pada hari ini dengan sesuatu yang indah dan menarik sekali.
Bersama-sama dengan pelbagai kenangan indah mereka sepanjang perjalanan perkhemahan.Antara keseronokan dan keletihan mengiringi mereka tanpa disedari.Mereka begitu gembira dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan di Taman SKCC bercahayakan lampu jelas menunjukkan mereka begitu terhibur.Dalam keletihan dengan kepadatan aktiviti yang dijalankan pada waktu siang tidak menghalang mereka untuk terus melakukan aktiviti di malam kebudayaan.

Persembahan-persembahan yang dijalankan oleh kumpulan masing-masing cetusan idea daripada mereka sendiri jelas menunjukkan adanya kerjasama antara mereka tanpa mengira bangsa dan agama.

Friday, June 25, 2010

PERKHEMAHAN



Akhirnya perancangan untuk mengadakan perkhemahan telah tercapai dengan kata sepakat daripada semua guru.Perkhemahan yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada mereka setiap kemahiran yang dipelajari.
Seramai 55 orang murid tahun 4,5 dan 6 telah menyertai perkhemahan tersebut.Walaupun bilangan yang menyertai tidak ramai tapi sudah cukup menggambarkan mereka sebenar-benarnya ingin turut serta bagi mempraktikkan apa yang dipelajari selama ini.

Di peringkat awal,penyertaan adalah tidak menggalakkan tetapi setelah kami memberikan sedikit info berkaitan dengan pernyertaan mereka dalam perkhemahan,akhirnya ramai yang menyertai.Syabas dan tahniah kepada semua murid yang telah memberikan kerjasama sepanjang perkhemahan dijalankan.

Guru-guru juga tidak melepaskan peluang untuk turut sama mengikut giliran masing-masing.Semalam,seawal 3.00 petang saya telah berada di sekolah bersama-sama mereka.Kemudian tidur di sekolah.

Pena Kasih:Sokongan daripada ibu bapa amat penting dalam menjayakan sesuatu program yang dijalankan.

Tuesday, June 22, 2010

PESANAN DAN INGATAN

Setiap pagi, guru bertugas mahupun guru penolong kanan akan mengambil peluang untuk berucap dan menyampaikan sedikit pesanan dan ingatan kepada murid-murid.Memang sudah menjadi tugas kita untuk mengingatkan mereka setiap hari dan masa.Tapi,mereka seperti tidak mengambil peduli seolah-olah bercakap dengan tembok.

Setiap hari, kami mengingatkan mereka agar sentiasa mematuhi peraturan sekolah dan jangan ambil tindakan mengikut sesuka hati.Biasalah bila disebut 'kanak-kanak' banyak yang perlu difikirkan.Mereka masih budak lagi dan jangan terlalu banyak memberikan tekanan kepada mereka.Sebagai seorang ibu yang hendak menjaga ratusan murid, puluhan murid sudah tentu memerlukan ketegasan.Jika tidak tegas,lain pula jadinya.

Pena Kasih:Perlu bertegas agar mereka takut kepada kita.

Saturday, June 19, 2010

KENANGAN BERSAMA SENIMAN





Peluang untuk bergambar bersama seniman bukanlah mudah.Hari ini bersama-sama dengan hubby ke padang awam Batu Anam untuk turut memberikan sokongan sempena Program Merakyatkan Seni Budaya sempena Hari Seniman yang telah dirasmikan oleh Datuk Sri Utama Dr. Rais Yatim.

Pukul 11.oo lebih, kami telah berada di padang.Tujuan kami sebenarnya adalah untuk mendengar intipati ucap utama Datuk Seri Utama yang begitu prihatin akan perihal berkaitan dengan seniman tanah air kita.Ramai juga seniman yang hadir dari Kuala Lumpur,Johor dan Singapura.

Pelbagai acara telah diadakan di padang awam tersebut.Bukan sahaja datang untuk melihat acara tetapi para tetamu dijamu dengan makanan dan minuman secara percuma yang disebut 'kenduri rakyat'.

Pena Kasih:Program yang menarik dan memberi peluang kepada rakyat bertemu dengan pemimpin.

Friday, June 18, 2010

KERJA-KERJA TERAKHIR..



Hampir dua bulan garaj siap.Janji pada awalnya hanya sebulan sahaja tetapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan kerana sikap kontraktor yang mempermain-mainkan kami, menyebabkan garaj yang tidak berapa luas itu siap pada 17 JUN 2010.

Hampir kesemua duit telah diberikan tetapi setiap kali barang-barang habis, pelbagai alasan diberikan.Inilah kali pertama saya menggunakan khidmat bangsa Melayu orang Indonesia untuk membuat pengubahsuaian rumah.Kalau selama ini, hampir keseluruhannya saya menggunakan perkhidmatan bangsa Cina dan kami tidak menghadapi sebarang masalah.

Pernah kami dicemuh kerana mengambil bangsa asing dan dikatakan kedekut kerana mengambil orang Cina dan tidak percayakan orang Melayu untuk membuat rumah.Ada sebab kami berbuat demikian.Inilah hasilannya.Pelbagai alasan diberikan tapi saya bukanlah orang yang mengambil mudah dan kami telah berjumpa dan berbicara dari hati ke hati kerana ketidakpuasan 'bossnya'.Akhirnya boss mengaku kesilapannya dan seolah-olah dia gelap mata melihat wang di dalam genggamannya.Tidak tahu kemana perginya wang tersebut.

Akhirnya hampir dua bulan garaj tersebut siap dan kami memberikan pujian kepada anak buah 'boss' yang begitu komited kepada kerja dan hanya mengikut arahan.Walaupun gaji yang dijanjikan oleh 'boss'nya sehingga kini belum dapat, tetapi saya kagum dengan kerja-kerja yang dibuatnya.

Pena Kasih:Bila nak jadi 'boss' kita perlu prihatin akan kebajikan anak buah.Jangan pandang orang bawah begitu rendah sebaliknya mereka penting kepada kita sebagai orang atas.Tiada mereka tiada kita.

KENDURI MAK MENTUA




17 Jun, emak mentua telah mengambil keputusan untuk mengadakan kenduri.Kesemua anaknya telah balik.
Setiap tahun , emak akan mengadakan kenduri sebelum menyambut puasa.Kali ini emak mengambil Yassin perempuan sahaja.Setiap kali kenduri diadakan di rumah, sudah tentu ramai tetamu yang hadir.Rezeki .......

Majlis yang berlangsung pada waktu malam ini sungguh meriah sekali.Pelbagai lauk pauk dihidangkan.Pastinya bukan lauk yang menjadi keutamaan tetapi niat untuk mengadakan kenduri itu lebih penting.

Semua adik beradik emak juga berkumpul.Rezeki emak memang sentiasa murah.Tetapi saya tidak dapat bersama mereka pada waktu siang kerana ada urusan penting yang perlu dibereskan.
Namun saya hanya mampu menyediakan 'dadih' untuk diagihkan kepada para tetamu.

Pena Kasih:Menghantar anak perempuan dan anak lelaki menolong mereka.

Tuesday, June 15, 2010

BOLING


Sudah dua hari kedua-dua anak pergi bermain boling bersama emak saudaranya.Sudah menjadi hobi baru kepada mereka.

Anak lelaki merengek-rengek hendak pergi bermain boling dan berjanji akan membaca buku pada waktu petang sebelum bermain pada sebelah malamnya.Saya izinkan sekiranya dia membuat ulang kaji pelajarannya.Jika tidak impian untuk bermain hanya tinggal angan-angan sahaja.My son akur dengan permintaan saya.

Balik daripada bermain, mereka bercerita akan keseronokan bermain dan kegelian hati mereka sewaktu bermain.Skill tidak ada tapi disebabkan keinginan untuk mencuba,mereka bermain mengikut rasa hati.

Pena Kasih:Tidak sempat membawa mereka ke mana-mana .

Thursday, June 10, 2010

TERGURIS.....


Sukarkah kita untuk memaafkan orang lain?Sukarkah kita untuk menerimanya kembali?
Persoalan ini sering dilihat sebagai sesuatu yang dianggap remeh tetapi sebenarnya ia memberikan kesan yang mendalam.KepadaNya ,kita sering memohon agar dijauhi perkara-perkara itu.

Namun,kita adalah insan kerdil yang tidak lari daripada mempunyai keegoan masing-masing.Kita percaya tidak semua manusia itu sempurna.Ada kalanya kita gagal untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku.Itulah hakikatnya dunia ini yang dianggap sementara.Kita pula yang menjadi penghuni terus dengan keegoan.

Hakikatnya apabila hati terguris, kita seolah-olah ingin melarikan diri,Melarikan diri daripada dilihat, diintip dan diekori..........
Namun, kita tidak mampu untuk mengelaknya.Itulah hakikatnya.

Pena Kasih: Biarlah diri ini seadanya.................


Wednesday, June 9, 2010

SELAMAT BERTUGAS....

Habis sudah masa tugasan saya pada hari ini.Walaupun cuti sekolah telah bermula tetapi atas rasa tanggungjawab kita kepada kerjaya dan juga anak murid tahun 6,saya telah bertugas 3 hari lebih awal.Giliran bertugas telah saya buat dan atas persetujuan antaraa GPK,saya aturkan tugasan mengikut jumlah hari.Kali ini,saya ambi 3 hari diikuti Cikgu Ali 4 hari dan Pn Norhayati 3 hari.

3 hari berada di sekolah, saya telah menyiapkan post-mortem UPPM 2 dan juga mengemas kinikan jadual waktu CIk Maha yang menggantikan Pn Tong.Naik sekolah semuanya akan diselesaikan.

Sepanjang bertugas, alhamdulillah tiada apa-apa yang berlaku,Semuanya berjalan dengan lancar dan saya berpeluang meronda kawasan sekeliling sekolah.Berpuas hati dengan keadaan persekitaran.

Hari ini, saya telah diarah oleh GB menyiapkan satu borang untuk dilengkapkan oleh pekerja swasta agar dapat melaksanakan kerja mengikut prospek yang dikehendaki oleh GB.Berjumpa seketika dengan pekerja dan berbincang apa yang perlu dibuat.
Semoga semuanya dapat melaksanakan kerja seperti yang diharapkan.Saya memang jarang bertemu dengan pekerja selagi mereka dapat melaksanakan kerja mengikut yang dikehendaki sudah cukup.Bila dirasakan perlu ditegur saya hanya mengeluarkan memo sahaja .Niat untuk ingat mengingati sahaja.

Pena kasih:Manusia tidak sempurna.

Saturday, June 5, 2010

TERIMA KASIH,AYAH




Sewaktu sibuk memasak di dapur,deringan hp berbunyi.(Bersiap untuk makan di luar).Saya yang ketika itu sedang memasak sup sayur terberhenti sebentar.Nasi dan lauk-pauk telah tersedia di dapur........................antara hendak pergi atau tidak.Akhirnya,mengambil keputusan pergi untuk tidak menghampakan hati orang tua.Lauk-pauk yang sedang dan telah masak disimpan .

Mereka mengambil keputusan untuk makan di Jementah.Katanya sate di situ sedap.Kami ber'konvoi' ke sana...............malangnya kedai yang diharapkan tutup.Lalu mengambil keputusan berpatah balik dan terus ke IOI."JUARA" menjadi pilihan ayah.First time makan kat situ.




Thursday, June 3, 2010

BERMULANYA CUTI..................


Terpancar di wajah mereka,menggambarkan keriangan.Cuti sekolah bermula.....pelbagai cara mereka gambarkan betapa seronoknya selama dua minggu setelah usai menduduki peperiksaan setengah tahun.

Murid-murid SKCC tidak terkecuali menggambarkan perasaan gembiranya.Melonjak kegembiraan khususnya murid-murid Tahap 1.Mungkin mereka sudah memasang angan untuk bercuti bersama keluarga, balik kampung dan menghadiri majlis perkahwinan.

Bagi murid tahun 6,mereka seolah-olah faham yang mereka terpaksa mengorbankan masa selama seminggu untuk hadir ke kelas tambahan.Namun,mereka juga perlu faham bahawa cikgu juga tidak terlepas daripada mengorbankan masa cuti bersama keluarga kerana memikirkan anak-anak murid yang memerlukan perhatian lebih terutama tahun 6.

Kepada guru-guru yang akan balik kampung dan bercuti.....berhati-hatilah sewaktu pulang ke kampung.Pandu cermat jiwa selamat.
Kepada guru-guru yang menjalankan tugas pada masa cuti..........redalah......

Pena kasih: Cuti-cuti Malaysia.

MENZIARAHI......

Pagi tadi dalam perjalanan ke sekolah,kami sempat singgah di rumah Cikgu Norlida (isteri kepada Allahyarham CIkgu Ramlee).Menziarahinya setelah menerima berita kematiannya malam tadi.
Mengenali beliau sewaktu bersekolah di STS yang ketika itu saya berada di tingkatan 6 rendah.Suami juga mengenali beliau ketika bersama-sama di SMK Pemanis suatu ketika dahulu.

Tida hari yang lepas, saya saya ada terserempak dengan beliau.Tidak menampakkan yang beliau sakit.Namun ketentuan itu ditangan Ilahi.Perginya meninggalkan keluarga di usia muda.Namun, Allah lagi menyayanginya.Al fatihah.........

Tuesday, June 1, 2010

SELAMAT DATANG KE SEKOLAH KAMI....

Selamat datang kepada Cik Mahaletchumy ke sekolah kami menggantikan Pn Tong Ah Lan yang bersara mulai 31 MEI 2010.Kehadiran cikgu memang dinanti-nantikan oleh kami dan anak murid sekolah ini.

Sekolah baru, suasana baru dan penyesuaian diri juga amat penting.Sudah tentu memerlukan sedikit masa.Kami percaya cikgu Mahaletchumy mampu berhadapan dengan murid-murid sekolah ini yang mempunyai pelbagai ragam.


Pena Kasih:Selamat datang.....

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails