Tuesday, April 16, 2013
16.4.....
Sunday, April 14, 2013
I-CITY MENGGAMIT MEMORI...
Kali ketiga aku melangkah kaki ke i-City setelah dua kali berkunjung ke situ.Saja untuk merilekskan minda bersama anak saudara dan anak lelakiku.selepas che Abe habis kursus, aku ke PKNS sekejap..melayan karenah anak lelaki dan anak saudara.Selepas maghrib,barulah kami bertolak ke i-city.
Banyak perubahan di situ...gambar-gambar yang aku ambil sebagai kenangan buat diriku dan keluarga.
Semakin lama semakin cantik..begitu kreatif sekali perekanya dalam usaha menarik minat para pengunjung untuk hadir ke situ.Bukan orang muda sahaja yang bersantai di situ tetapi aku lihat anak-anak membawa ibu bapanya ke situ.
Aku berkesmpatan mengambil gambar bersama suami...walaupun penat menghadiri kursus tetapi masih mempunyai masa untuk melayan kami.Terima kasih...
PENA KASIH:
Berhasrat untuk ke Tanah Tinggi....








Friday, April 12, 2013
MILO BAIK UNTUK KESIHATAN
Biasalah setahun sekali,minuman tajaan Milo akan datang ke sekolah.Dalam kesibukan aku menguruskan fail-failku,mereka hadir.Aku pada mulanya malas juga hendak bersama dengan mereka tetapi menjengah juga sekejap melihat anak-anak murid minum milo.Berposing sekejap dengan murid-murid tahun 6.
Gambar meceritakan segala-galanya.
PENA KASIH:
Milo kegemaran che Abe dan anak lelaki...
DI SINI DI HUJUNG MINGGU...
Hari minggu aku bersama familyku ke Shah Alam.Bersama dilla Moody yang ingin turut sama ke Shah Alam.Merilekskan minda setelah beberapa hari pulun dengan fail-fail.Naik jelak,jemu dan mual melihat fail-fail.Apabila peluang bercuti sambil menemani hubbyku pergi kursus,aku mengambil kesempatan untuk rileks-rileks di sini.
Sementara menunggu hubby kursus,aku melepak di bilik...santai-santai bersama anak bujang dan anak saudara.Seronok...
Malam ni, insyaAllah kami akan ke i-city membawa mereka berjalan-jalan.Kami menginap di intekma.Last minute che Abe mengambil keputusan untuk menetap di sini .Kalau tidak aku nak cari penginapan di tempat lain.Dah malam....Apa-apa pun yang penting che abe aku pergi mencari ilmu.
PENA KASIH
Sentiasa mendoakan yang terbaik untuk keluarga....hendak senang bukan senang.
Sunday, April 7, 2013
PROGRAM PENYAYANG
Baru-baru ini,sambutan mengejut telah dirancang oleh staf pejabat untuk my bos.Tanpa ada sebarang maklumat,akhirnya mereka memaklumkan akan mengadakan majlis ringkas untuk our bos.
Semasa rehat, kami dipanggil ke bilik bos.Saya tidak menyangka mereka telah membuat satu kejutan untuk our bos.Mereka seawalnya telah menempah sebuku kek daripada cikgu Nordin.
Masa begitu mencemburui kami.Loceng berbunyi dan semua murid telah masuk ke kelas masing-masing.Begitu pantas semuanya dan akhirnya dendangan lagu 'Happy Birthday' dinyanyikan untuk our bos.Kalau tidak dia tidak mahu memotong kek.
Sebelum itu, my bos telah belanja kami makan di kantin..rupa-rupanya sempena hari lahirnya yang ke....tidak mahu dimaklumkan.
<
PENA KASIH;
Sedang menunggu tarikh kelahiran che Abe...
Subscribe to:
Posts (Atom)