Alhamdulillah setelah melalui perjalanan kursus selama 3 hari di sekolahnya, Dila dan Haziq mempunyai azam untuk berubah.Tinggal beberapa bulan lagi dan hari yang semakin lama semakin singkat bilangannya.Mereka sudah mula mengelabah.Menghitung bulan, minggu dan hari.Baru terasa debarannya.Walaupun acapkali diingatkan agar terus berusaha dan belajar tapi biasalah budak-budak bila tuntutan kepenatan mengatasi segalanya.Akhirnya buku yang terbuka terus terbuka sebaliknya mata terus terpejam.Susah sebenarnya kalau keinginan untuk belajar begitu kurang sekali di hati mereka.
Pelbagai motivasi diberikan dan sehinggalah mereka menghadiri sendiri program yang dianjurkan oleh pihak sekolah.Semoga dengan adanya kesedaran setelah mendapat pelbagai input daripada pakar motivasi dapat memberikan kesedaran kepada mereka.
Hari ini, saya begitu tertarik dengan cerita yang disampaikan oleh emak Dila.Hajat dan hasrat untuk menggapai cita-citanya begitu semarak sekali.Jam loceng yang selamanya terbiar sudah berguna semula apabila dia berazam untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh.Jam dikunci .Sekitar jam 4.30 pagi, deringan jam berbunyi bertalu-talu.Dila sedar tapi terus menarik selimut.Bukan untuk bangun tapi terus dibuai mimpi-mimpi indah agaknya.Begitulah sebenarnya.....Kini kami menjadikan jam loceng sebagai teman Dila mengingatkannya masa begitu penting.Bangunlah Dila....teruskan hasrat dan impian kamu.
PENA KASIH:
Kalau dulu , jam locenglah menjadi teman saya.Alhamdulillah dan terima kasih ayah kerana mengingatkan saya bahawa masa itu penting.
No comments:
Post a Comment