Friday, August 30, 2013
DISEBALIK ITU...
Lately ni memang aku sibuk.Banyak perkara yang perlu dibereskan.September muncul dan banyak peristiwa/perkara yang perlu dibereskan.Sebelum ini, aku sibuk pergi kursus di Johor Bahru.Seronok memang seronok.Ilmu baru dapat, kawan dapat..oppps makan best.
Balik kursus my hubby maklum aku perlu mengikutinya ke UiTM untuk programnya.Ikutkan malas...tapi nak dapat pahala senang aja.So,aku mengiakan permintaannya.2 tahun dahulu aku bersama dia juga dengan studentsnya.Seperti anak-anakku sendiri bila tengok gelagat mereka.
Hubby kata kali ini dia buat tema Zaman kesultanan Melaka.AKu terharu juga tengok kesungguhan mereka dalam membuat persediaan untuk program tersebut.Aku beri sokongan kepada che Abeku.Berangan sekejaplah sewaktu zaman tersebut.Mungkin kekangan masa menyebabkan banyak aktiviti yang tidak diijalankan.Tapi aku tertarik dengan persembahan daripada pelajar-pelajar tersebut.
Layan aja permintaan che Abe aku untuk turut hadir pada malam ini....berangan dok jadi permaisuri.Memangpun jadi permaisurinya.Thanks che Abe.
Ada perdebatan antara pelajar..memang menarik.Mereka menggunakan bahasa istana.
Kami dipersembahkan dengan tarian oleh dayang-dayang.
Nanti sambung cerita lagi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment