Thursday, August 15, 2013
MASIH BERSEMANGAT
Hampir seminggu kita merayakan Hari Raya Aidil-Fitri.Sudah dua hari saya diarahkan untuk pergi ke sekolah.Hari ini, saya bertugas dan berpeluang berjumpa dan bersantai buat seketika dengan murid-murid Tahun 6.
Alhamdulillah, hanya empat orang sahaja yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu dan kami menerimanya dengan berkenyataan.
Sempat juga saya berbual-bual dan memberikan motivasi kepada mereka.Menjenguk seketika di dalam kelas bersama-sama dengan guru Matematiknya.
Sempat lagi melihat anak-anak didikku yang tekun membuat latihan Matematik.
Biarpun,semangat berhari raya di kalangan kanak-kanak ada, tapi mereka juga akur kerana peperiksaan UPSR kian hampir.Menghitung hari dan harapan kami agar mereka dapat menjawabnya dengan tenang.Pihak sekolah telah berusaha dan semangat yang ditonjolkan oleh guru amat dialu-alukan.
PENA KASIH:
Semangat juang yang tinggi di kalangan pelajar amat dihargai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment