Monday, September 12, 2011

SELAMAT KEMBALI

Alhamdulillah, hampir satu bulan menanggung kerja dan kini my boss telah kembali.Kembali semula menjalankan tugas hakiki.Banyak pengalaman yang diperolehi sepanjang ketiadaannya.Terima kasih kepada semua rakan yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang baik sepanjang saya melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.

Apabila kita memegang sesuatu jawatan itu, ia memberikan ruang yang begitu luas untuk kita lihat.Kita tidak hanya tertumpu kepada satu aspek sahaja tetapi ia perlu merangkumi banyak aspek yang perlu kita jagai.Semuanya perlu ditangani secara berhemah...........not easy and i should learn more about management.Kalau selama ini, kita hanya tertumpu kepada bidang kita sahaja tetapi sepanjang saya bertugas , saya perlu lihat pelbagai aspek dan alhamdulillah saya mempunyai rakan-rakan yang boleh dibincang dan dirunding.Kita tidak hanya membuat keputusan sendiri sebaliknya perlu perbincangan yang teliti agar keputusan yang dibuat itu baik untuk semua pihak.

Kepulangannya pada minggu ini ke sekolah , memberikan sedikit kelegaan pada saya.Selamat kembali,my bos.

PENA KASIH : Dari situ pengalaman diperolehi....

Saturday, September 10, 2011

SELAMAT HARI LAHIR,ALONG

Lahirnya seorang puteri pada tanggal 11 September 1992.........Tanda ikatan kasih sayang antara kami.19 tahun berlalu...begitu cepat masanya.Pejam celik..pejam celik tak sangka Along kini sudah berusia 19 tahun.Semoga dengan peningkatan usia...Along terus matang dalam apa jua tindakan.

Tidak pernah sesekali kami melupakan Along walaupun jauh di mata kami...sentiasa berhubung antara satu sama lain.Bertanya khabar, saling nasihat-menasihati agar Along sentiasa dalam ingatan kami.

Mama,sentiasa mendoakan kejayaan Along, kebahagiaan Along .

PENA KASIH : Walaupun jauh di mata, Along tetap dalam ingatan kami.Salam sayang daripada mama, ayah dan adik.

TAHNIAH ,NALIS

Sempat berposing dengan Nalis.....

Kami mendoakan agar kedua-dua pengantin sentiasa hidup dalam aman dan damai.Meniti kehidupan berumahtangga memerlukan kesabaran, toleransi dan saling percaya-mempercayai antara satu sama lain.

Kak Noi.......emm..jam 9.00 kita bertemu...akhirnya jam 3.00 lebih baru sampai...

Mengamit memori..kenangan lama mengimbau kembali sewaktu kami lahir dalam suasana kehidupan rumah berkayu....Namun, itu semua hanya tinggal kenangan.
Sayu hati seorang ibu dan ayah ketika ingin melepaskan anaknya kepasda pasangan,

Wajah ceria seorang pengantin.....


Bersama sepupuku...

Sibuk mengemaskan barangan hantaran pengantin......

Begitu menarik suasananya..........

Sudah 12 hari kita meraikan sambutan Hari Raya.Masih meriah lagi suasananya apatah lagi dengan adanya 'open house' di sana sini.Namun, dalam kemeriahan itu, majlis perkahwinan turut diraikan.

Hari ini,sepupu saya Nalis telah melangsungkan majlis pernikahannya .Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar sekali.





Suasana majlis perkahwinan begitu menarik sekali apatah lagi dilangsungkan di rumah yang dianggap antik dan tradisional.Orang ramai begitu tertarik dengan suasana di kawasan rumah tersebut.
Seutas rantai tangan tanda ikatan kasih sayang.Semoga kalian bahagia.



Wednesday, September 7, 2011

TANGISAN

Biasanya, setiap kali hari raya....salam-bersalaman tanda memohon maaf atas keterlanjuran kata-kata mahupun perbuatan dilakukan bersama dengan iringan air mata.Lumrah di saat kita rasa bersalah dan ingin bertaubat atas perbuatan yang pernah kita sedari atau tidak sedari lakukan kepada insan-insan yang berhampiran dengan kita. Bercucuran air mata,berlinangan membasahi pipi tanda keinsafan yang teramat sangat.

Dilihat satu aspek, memohon maaf di atas keterlanjuran kata-kata atau perbuatan itu memang dialu-alukan.Tapi tidak semudah itu untuk melupakan bekasnya yang begitu mendalam....Percayalah...saya rasa semua orang seperti itu.....walaupun berkali-kali maaf dihulurkan tapi kesan atau bekasnya masih ada .......Kita cuba untuk melupakannya tapi benarkah ianya semudah itu untuk melupakan?

Kadang-kadang kita terfikir...saat bersalaman,adakah pada tahun hadapan kita dapat bertemu kembali.Justeru, bersama itulah linangan air mata akan mengalir dan mungkin tahun ini tahun terakhir kita dapat bersalam-salaman antara satu sama lain.Memohon maaf tanda kita sedar apa yang telah kita lakukan selama ini.

Tangisan air mata yang mengalir itu mengambarkan kita benar-benar insaf atau sebaliknya.
Hanya Dia sahaja yang tahu....

PENA KASIH : Selalu bersalaman dengan hubby tanda kasih-sayang dan memohon maaf.

ZIARAH UNTUK TOK MOK



Perkhabaran berita mengatakan tok mok dimasukkan ke hospital diterima petang tadi.Walaupun badan saya tidak berapa sihat digagahi juga melawat tok mok bersama hubby.Sudah empat hari tok mok dimasukkan ke hospital tapi baru hari ini kami mendapat beritanya.

Suasana di wad sahaja pada hari ini agak sibuk kerana terlalu ramai pesakit yang dimasukkan ke hospital.Malah, katil biasa yang diletakkan secara sistematik tidak cukup untuk menempatkan para pesakit sebaliknya tambahan katil diperlukan,

Dalam keadaan yang lemah dan saya tidak memerhatikan keadaan sekeliling sehinggalah saya disapa oleh seorang penduduk kampung.Sempat lagi saya menziarahi penduduk kampung yang sudah tujuh hari berada di hospital.Saya terus menuju ke tempat nenek tersebut dan bersalam dengannya.Lalu dia terus bangun dan memegang tangan saya tanpa sebarang kata.Mungkin dia ingatkan cucunya yang hadir.Dia seolah -olah menantikan kehadiran cucunya.Usianya yang sudah lanjut dan keadaan yang agak uzur membuatkan hati saya sebak....

Lebih kurang 45 minit saya berada di hospital dan meminta izin untuk balik kerana keadaan saya yang kurang selesa.Rasa hendak jatuh pun ada apabila berdiri terlalu lama.

PENA KASIH :Mendoakan tok mok cepat sembuh.....

Tuesday, September 6, 2011

DEMAM

Lepas raya,ramai juga yang tidak berapa sihat.Selsema dan demam sudah mula merebak dan saya tidak terkecuali.Sudah lama juga saya tidak ke klinik dan setakat bulan September tiada mc yang saya ambil.Alhamdulillah.....Bersyukur sangat-sangat.

Hari ini dan sejak semalam, badan sudah rasa lain sahaja.Raya kedua, my daughter kena demam tapi masih bertahan.Then, my son...so sekarang saya pula.Bila selsema badan menjadi agak letih dan tiada mood untuk melakukan kerja.Namun, pada hari ini, siap juga fail MBMMBI saya dan tunggu bahan daripada cikgu sahaja.Kejap saya rehat dan sambung kerja sehingga jam 4.30 petang baru saya pulang ke rumah.

Bila hubby jemput ,maklumkan kepadanya yang i'm not feeling well....His answer senang aja.Nak air batu tak?So, saya jawab ,nanti sampai rumah..buatkan i air batu.Senyap aja dia bila saya cakap macam tu.

Dalam keadaan yang tidak berapa sihat dan letih yang amat sangat,saya sempat menyediakan makan malam untuk kami sekeluarga.Very simple masakan tapi bila nampak hubby makan berselera seronok juga.Selepas solat asar...terus merehatkan diri sekejap tapi mata tidak mahu tidur.....

So,sebelum demam melarat, ambil ubat yang ada dalam simpanan.Mudah-mudahan cepat sembuh kerana semangat hendak menyiapkan beberapa dokumen dan juga memikirkan anak didik yang akan menduduki peperiksaan serta persiapan dan persediaan sebelum peperiksaan pada minggu hadapan.Banyak yang perlu dilihat coz my boss still cuti untill this weekend.Hopefully my su will do her job seperti apa yang i maklumkan.

PENA KASIH : Tahun ni belum ke klinik lagi.....

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails