Saturday, April 30, 2011

RINDU.....







Tidak sabar menantikan kepulangan Alongnya.Walaupun 4 hari sahaja bercuti, tapi anak perempuan tetap mahu balik.Rindu kepada keluarga dan suasana rumah.Minggu lepas demam....demam rindu.Pada mulanya saya tidak benarkan dia balik kerana kasihan .Perjalanan yang jauh memungkinkan dia penat dan rehat yang tidak mencukupi.Dia tetap hendak balik kerana selama ini dia begitu bertungkus-lumus membuat 'assignment'nya secara individu dan juga kumpulan.Nak release tension katanya.Akhirnya, saya akur dan benarkan dia balik.

My son also rindukan dia...sempat lagi bertanya,bila Along akan balik dan siapa yang akan ambil Along di Melaka.Kali ini , saya tidak mengambilnya dan diambil oleh ayah saya.

Gambar-gambar menunjukkan keriangan di wajah mreka.

PENA KASIH :Setiap kali berdoa, mereka tidak dilupakkan

Thursday, April 28, 2011

KOMUNIKASI MELALUI MATA


Kami selalu berbincang berkaitan dengan komunikasi melalui mata.My bos always mengingatkan saya jika kita berkomunikasi, tentangan mata itu amat penting.Melihat sejauh mana kita memahami apa yang sedang dibicarakan.Kontak mata dengan orang yang dilawan berbicara.

Bila saya sedang kesibukan dengan jari-jemari yang tidak berhenti-henti mengetuk 'keyboard' saya biarkan percakapan itu berlangsung tanpa menggunakan kontak mata.Hanya telinga yang saya pinjamkan untuk mendengar percakapan itu.Tapi 'eye-contact' saya langsung tidak endahkan.Kejamkan saya...................tapi sebenarnya saya tidak berniat langsung seperti itu.Cuma apabila keadaan tertentu saya terpaksa melupakan 'eye-contact'itu.

Sebenarnya,saya memerlukan waktu privacy saya.Tiada sebarang gangguan dan saya perlu membereskan beberapa kerja dengan tenang.Pada saya, cerita-cerita yang remeh bukanlah pilihan saya pada waktu pagi.Banyak perkara yang perlu saya lakukan dan bereskan.Yang pasti, bidang tugas saya di waktu pagi memastikan kehadiran guru dan menyediakan 'guru ganti' sekiranya tidak hadir itu yang diberikan keutamaan.Saya memang tidak suka menghabiskan waktu pagi saya dengan percakapan yang tidak berfaedah.

Banyak kerja-kerja utama perlu saya lakukan....saya bukanlah orang yang terlalu tegas tapi terus terang saya katakan...........waktu pagi ,saya ingin isikan dengan sesuatu yang bermakna agar menjadikan hari itu hari yang menceriakan diri saya.

Ada benarnya 'eye-contact' itu penting dalam berkomunikasi.My bos selalu mengingatkan saya.Tau ajalah saya ni, kalau dah bekerja saya tumpukan pada kerja sehingga saya lupa saya sedang bercakap dengan siapa..............tapi yang penting dan saya harap difahami berikan ruang 'privacy 'saya.

PENA KASIH : Sedang menunggu untuk membaca buku "SENI BAHASA BADAN".


Wednesday, April 27, 2011

LAYANAN

Saya sebenarnya memang jarang ke bank .Apatah lagi berurusan untuk mengambil wang.Semuanya hubby yang uruskan .Kepercayaan penuh diberikan kepadanya.Memang saya tidak ambil tahu semua urusan itu jika tidak mendesak atau tiada kepentingan.Yang penting kejujuran.

Hari ini atas urusan penting, hubby menyuruh saya menguruskannya sendiri.Mulalah saya seperti orang yang serba tidak tahu.Hubby just tengok sahaja adakah saya mampu melakukan sendiri tanpa bantuannya........Alhamdulillah dengan stafnya yang baik hati,sedia membantu saya mampu melakukannya................emmmm....sejak beberapa hari ni tapak tangan saya gatal sahaja.Kalau dahulu orang kata nak dapat duit.......alhamdulillah hari ini saya dapat duit tanpa dijangkakan.........itulah rezeki sebenarnya.Tidak banyak tapi yang penting saya belajar sesuatu hari ini.

Layanan yang baik amat penting apabila kita berurusan dengan seseorang individu.Ada orang yang tidak mengendahkan kehadiran seseorang itu seolah-olah dia tidak wujud di situ.Sikap manusia sebenarnya......keegoaan mengatasi rasa hormat.Itulah realiti yang kita lihat hari ini.Bukan pangkat yang kita pandang tapi budi bahasa yang menjadi keutamaan.Bila kita renung kembali....akan tiba waktunya kita meninggalkan segala kerjaya kita kerana tamat tempoh perkhidmatan kita.Usahlah kita begitu bangga dengan pangkat dan kerjaya kita tapi orang akan hormat kita sekiranya kita menghormati orang lain.Banyak tempat yang saya pergi, tapi alhamdulillah mereka melayani saya dengan baik.Namun, ada di sesetengah tempat mereka seperti tidak menghiraukan kehadiran kita.Saya suka menjadikan ianya sebagai perbandingan sebab itu saya suka berurusan dengan bangsa lain di sesebuah kaunter itu.

Hari ini,saya berurusan dengan mereka yang tahu melayani dan menghargai pelanggan.Senang berurusan dengan mereka.


PENA KASIH :Menghormati orang lain......

Tuesday, April 26, 2011

MERUMITKAN YANG MUDAH

Ternyata kita sering merumitkan sesuatu yang mudah itu.Menjadikan kerja yang mudah menjadi satu bebanan .Rungutan kerja yang banyak memang tidak dinafikan tetapi itulah realitinya kini.Tapi kita cuba untuk memudahkan dan menyelesaikannya dengan seberapa segera yang sepatutnya tapi lain jadinya.Tiada perancangan yang teliti sebenarnya.

Hampir seminggu saya memastikan sesuatu yang dibuat itu dapat diselesaikan dengan mudah.Tapi tidak di bawah jangkaan saya.Saya cuba untuk mempermudahkan kerja-kerja agar yang berat menjadi ringan, yang susah disenangkan agar kerja-kerja lain yang sedang menanti dapat dibereskan.Kalau tidak jari -jemari ini mengetuk keyboard setiap hari untuk menyelesaikannya.....agak sukar.Semuanya mengambil jalan mudah tapi hasilannya tidak memuaskan .

Syukur kerana kemahiran menaip yang dipelajari semasa dahulu banyak membantu saya melunaskan kerja-kerja yang semakin hari semakin bertambah.Kemahiran itulah yang saya gunakan dan saya kira tidak rugi saya mempelajarinya.

Banyak yang saya pelajari sebenarnya........biarlah ianya tersirat di hati ini.

PENA KASIH :Tidak suka menyiapkan kerja dalam keadaan tergesa-gesa.Perlu perancangan yang teliti.

Monday, April 25, 2011

TERSENTUH RASA,TERLERAI AIR MATA

Begitu pantas saya menghabiskan novel setebal 1050 muka surat dalam masa tidak sampai dua hari.Sanggup berjaga malam,semata-mata untuk memastikan apakah kesudahan cerita tersebut.Hubby pun hairan saya berjaga malam semata-mata untuk menghabiskan novel tersebut.

Cerita yang begitu berkesan sekali.....bergenang air mata dan akhirnya terlerai sudah .Begitu menarik jalan ceritanya.Pengorbanan seorang suami kerana terlalu menyayangi isterinya walaupun pelbagai dugaan dan rintangan yang dihadapinya.Sanggup menunggu isteri kerana cinta yang begitu mendalam...........

Di akhir-akhir penceritaan,saya begitu sayu , sedih dan tidak menyedari air mata mengalir begitu pantas sekali sehingga sembab mata saya.Nasib hubby dan anak tiada di rumah.Kalau tidak sudah pasti, mereka akan ketawakan saya.

Hati saya mudah tersentuh apabila mengamatinya perjalanan cerita itu apatah lagi melibatkan anak.Naluri keibuan begitu terserlah walapun anak ditinggalkan kerana terlalu mengikut perasaan.Tapi kasih ibu tetap untuk anak........

Sebenarnya, saya memang mengemari membaca novel.Mengikuti perkembangan novelis tanah air.Kalau dah mengadap novel, saya memang akan pastikan cerita itu henda dihabiskan secepat mungkin......hubby tersenyum melihat cara saya.

Sunday, April 24, 2011

PESTA BUKU ANTARABANGSA 2011


Usai solat menunggu hubby di hadapan pintu masuk di Masjid Besi......

Mendapatkan tandatangan Siti Rosmizah bersama novelnya yang bertajuk 7 Hari Mencintaiku...jalan cerita yang menarik sekali.


Mengambil kesempatan bergambar bersama novelis Siti Rosmizah.Nice to meet her.

Hubby berjumpa dengan kawan FBnya yang merupakan seorang penulis terkenal......
My son....suka-suka dia ambil gambar dalam keadaan wajah yang masam.Kepenatan.

Hubby sibuk memilih buku-bukunya..............

Buat pertama kalinya saya mengunjungi pesta buku Antarabangsa yang kini berlangsung di PWTC.Bertolak dari rumah lebih kurang pukul 7.30 pagi semata-mata untuk membeli beberapa buah buku dan novel.Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan kami dengan baik dan lancar sekali.Yang pastinya hubby ingin berjumpa dengan kawan fb yang merupakan seorang penulis dan dapat bertemu di situ.

Orang ramai berpusu-pusu ke situ untuk berjumpa sendiri dengan penulis-penulis buku masing-masing.Sempat juga saya membeli novel yang ditulis oleh Siti Rosmizah.......7 Hari Mencintaiku.Tak sempat di rumah, di dalam kereta saya telah membacanya.Masih belum selesai membaca novelnya tapi saya begitu tertarik dengan gaya penulisan dan ceritanya amat berkesan sekali.Mengisahkan seorang suami yang begitu sabar melayani karenah isteri yang keras kepala.Sambil membaca novel tersebut , hubby memperdengarkan lagu sedih...apa lagi bergenang air mata....tak sabar untuk menghabiskan novel tersebut dan melihat sendiri kesudahan cerita tersebut.

Kemudian, saya juga membeli beberapa buah buku berkaitan dengan tugas saya dan hubby juga memborong beberapa buah buku yang dicari-carinya selama ini.Buku berbentuk agama juga tidak ketinggalan.Haziq also mengambil kesempatan membeli buku-buku berkaitan dengan kisah nabi....Hampir 3 jam lebih kami berada di situ sebelum kami bergerak ke Masjid India untuk mencuci mata kononnya.Tapi disebabkan tiada parking, so kami ambil keputusan balik sahaja.Terkilan juga sebenarnya..............tapi hubby berjanji akan membawa saya ke situ nanti.Thanks......

Sebelum pulang,kami singgah di Putrajaya dan bersolat di Masjid Besi dan kemudian ke Alamanda.......Ingatkan nak lepak-lepak di Putrajaya tetapi cuaca tidak mengizinkan so kami mengambil keputusan balik awal kerana besok kami akan bekerja......Yang penting hajat untuk membeli buku telah tercapai dan suami hendak ke Masjid Besi juga telah tertunai.

Alhamdulillah ,kami selamat sampai di rumah jam 9.00 malam.
7 Hari Mencintaiku............


Pena Kasih :Akan menjadikan bulan April bulan mengunjungi Pesta Buku....

Saturday, April 23, 2011

SEMOGA BERJAYA


Pn Ruhana juga diberi peluang untuk bercakap.Beliau merupakan ketua panitia BM dan guru Bahasa Melayu Tahun 6.Bukan senang untuk mengekalkan 100 %.Perlukan komitmen daripada kedua-dua belah pihak.

Saya juga telah diberi peluang untuk membentangkan keputusan UPSR dan UPPM 1.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan turut saya nyatakan beberapa program yang telah, sedang dan akan dijalankan untuk membantu pelajar-pelajar UPSR.

Guru besar juga turut menyampaikan ucapan ringkas untuk mengalu-alukan kehadiran ibu bapa ke majis tersebut.

Murid-murid tahun 6 menunggu kehadiran ibu bapa mereka.Namun, tidak semua yang hadir atas urusan yang peribadi.

Salah satu program kecemerlangan akademik adalah perjumpaan ibu bapa tahun 6 dan Akur Janji murid-murid tahun 6 di hadapan ibu bapa dan guru.Walaupun kehadiran mereka tidak berapa ramai bersesuaian dengan jumlah murid yang seramai 22 orang.Majlis yang bermula sekitar jam 10.30 pagi dan berakhir jam 1.20 petang ini berjalan dengan baik sekali.

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails