Sunday, January 9, 2011

MENU HARI MINGGU



Kalau diikutkan hati,kami telah bergerak ke JB semalam.Tapi disebabkan kami akan ke Kuala Lumpur pada hari Isnin dan kebetulan telah berjanji dengan Ah Liat untuk menyiapkan kerja menyodok tanah, hasrat terbatal.Malangnya cuaca yang kurang memuaskan menyebabkan Ah Liat tidak dapat menjalankan tugasnya.

Semalam,kami telah berjumpa dengan Pak Uteh untuk memintanya menanam benih-benih getah setelah kerja-kerja menyodok selesai.Kami bertekad....kali ini .Nampaknya dia bersetuju dan kami berharap dia dapat melaksanakan kerja-kerja dengan baik.

Bila hasrat hendak ke JB terbantut,akhirnya kami duduk sahaja di rumah menghabiskan masa mengemas rumah dan memasak.Hari ini hidangan tengah hari saya untuk hubby and my son ialah sotong masak lemak cili padi, terung goreng, ayam goreng dan tempe.Ringkas dan nampaknya mereka begitu selera sekali makan.

Walaupun setiap hari, saya memasak untuk mereka tapi biasanya hari minggu saya akan masak lebih sedikit dan mengikut selera mereka.Menunaikan permintaan mereka.

PENA KASIH :Seronok melihat orang-orang tersayang makan dengan selera....

Saturday, January 8, 2011

TERSENTUH



Gambar ihsan.....
Hati ini mudah tersentuh terutama apabila melibatkan soal kematian.Tidak kiralah orang itu bangsa Melayu, cina mahupun India.Apabila melihat wajah anak-anak mereka tanpa disedari air mata akan bergenang dan mengalir.Itulah kelemahan yang ada pada diri saya.

Beberapa tahun yang lalu,salah seorang anak murid saya juga kehilangan orang yang tersayang.Anaknya pandai dan sering bertanya itu dan ini kepada saya.Berbangsa Cina dan ayahnya merupakan kenalan suami sewaktu di Buloh Kasap .Dia sering mengambil anaknya dan membawa anak kecilnya bersiar-siar di padang sekolah.Seminggu sebelum dia meninggal dunia, dia berjumpa dengan saya dan bercerita mengenai penyakitnya.Nampak di wajahnya akan kesakitan yang dialami.Akhirnya saya menerima berita kematiannya daripada isteri dan kini mereka telah berpindah ke Kuala Lumpur.Sekali lagi air mata saya tumpah melihat anak-anaknya yang masih kecil dan memerlukan kasih sayang daripada seorang ayah.

Hari ini, saya ke Kg Kuala Paya untuk menyampaikan sedikit bantuan daripada pihak sekolah kepada sahabat saya.Malangnya dia tiada di situ dan pintu rumah berkunci rapat.Saya dimaklumkan dia telah kembali ke rumahnya.Sekembali dari kampung, kami ke rumahnya.Alhamdulillah dapat bertemu dan ternyata sekali lagi air mata saya tumpah.Sedih melihat rakan saya yang kehilangan orang yang disayangi, tempat berlindung dan teman berbicara.Melihat wajahnya,saya faham dia masih terasa kehilangannya............masih mimpi katanya.Pagi seperti biasa bergurau dengan anak-anak sebelum ke sekolah dan kini tiada lagi .......
Lalu dia mengatakan dia perlu kuatkan dan tabahkan hatinya demi anak-anak.Saya faham apa yang sedang bergelora di hatinya.Akhirnya saya meminta izin untuk balik kerana tidak mampu untuk mendengar dia berbicara.............sedih.Semoga Ida, tabah menghadapi segalanya.

PENA KASIH :Hari ini...banyak betul air mata tertumpah......

KURSUS KEPIMPINAN 2011



Cikgu-cikgu juga turut menjamu selera bersama-sama dengan murid-murid.




Pihak sekolah menyediakan nasi lemak ayam untuk mereka dengan diketuai oleh Pn Zaharah,Pn Norlela dan juga cik Maha......masing-masing berselera..



Setelah selesai mendengar beberapa sesi ceramah, mereka juga diberi makan .Kalau tidak lapar........masing-masing memegang perut.....Faham-faham ajalah....hujan..perut pun sudah berbunyi.



Ketua darjah, penolong ketua darjah,Pengawas PSS dan SPBT turut sama menyertai program dan mereka akan diberi pendedahan dan bimbingan dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan.



Sebahagian daripada peserta telah menyanyikan lagu"Negaraku' dengan penuh semangat.


Ketua pengawas telah diberi peluang untuk mengendalikan perhimpunan pagi dan guru-guru membuat penilaian dan seterusnya memberi tunjuk ajar cara yang betul menjalankan perhimpunan pagi.
Kursus kepimpinan untuk semua murid yang dilantik sebagai pengawas, ketua darjah,penolong ketua darjah, pengawas PSS dan juga SPBT telah dijalankan pada hari ini.Alhamdulillah, semua murid yang terlibat telah menyertai kursus ini dengan jayanya.

Friday, January 7, 2011

TAKZIAH

Berita yang begitu mengejutkan kami sebagai warga sekolah SKCC.Pemergian bapa salah seorang pelajar sekolah kami pada hari semalam diterima lewat malam.Al-fatihah untuk Allahyarham Md Ikram Mahadzir yang telah kembali kerahmatullah pada hari semalam.Takziah buat Anida dan anak-anaknya.

Pagi seperti biasa,saya sentiasa melihatnya menghantar anak ke sekolah dan kali terakhir kami berjumpa dengan beliau ialah pada hari Khamis ketika beliau membuat pembayaran peralatan tulis sekolah.Semalam,lebih kurang pukul 1.00 lebih, saya melihat isterinya pula menjemput anaknya pulang dan itulah rutinnya setiap hari.

Saya mengenali isterinya sewaktu kami bersama-sama bersekolah di SMKCC.Sehinggalah kami bersua kembali setelah beliau memilih SKCC tempat anak-anaknya belajar.Ketiga-tiga orang anaknya bersekolah di SKCC.

Hari ini, kami menerima kunjungan Anida ke sekolah.Melihat wajahnya,tanpa disedari air mata berlinangan.Kehilangan orang yang disayangi dalam sekelip mata begitu sukar untuk diterima.Mallah dia sempat memberitahu saya,aku seperti bermimpi.....tie.Saya hanya mendiamkan diri dan memahami situasi yang dialami.Semoga dia tabah menghadapi hari-hari yang mendatang tanpa orang yang disayangi.Sempat kami berjumpa dengan anak-anaknya, sekali lagi air mata saya mencurah-curah.Saya bayangkan jika anak-anak saya berada di situasi seperti ini.............mereka masih memerlukan belaian kasih sayang daripada seorang ayah.Namun ,kita perlu ingat, kita tidak boleh menghalang takdir....suatu hari kita akan kembali kepadaNya.Meninggalkan segala-galanya.

PENA KASIH :Al-Fatihah untuk aruah Md Ikram dan takziah buat Wan Anida bte Wan Mat.

SEMINGGU BERLALU

Hampir seminggu perjalanan sekolah dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.Murid-murid Tahun 1 kali ini lebih berani dan petah bercakap.Mereka juga lebih berani bertutur dalam bahasa Inggeris.

Esok, sekolah kami akan mengadakan kursus kepimpinan untuk pengawas,ketua darjah,penolong,pengawas pss dan spbt.Mereka akan diberikan pendedahan akan tanggungjawab yang perlu dipikul untuk bersama-sama berganding bahu bersama dengan guru-guru sekolah.

Buat kali pertamanya pada tahun ini ,sekolah kami telah terpilih untuk menjalankan program rintis j-Qaf bagi daerah Segamat.Seorang ustaz telah dipinjam selama sebulan bermula pada hari pertama persekolahan bagi menjayakan program tersebut dengan dibantu oleh guru pendidikan Agama Islam.

Murid-murid bukan Islam telah disediakan program untuk mereka dengan bantuan guru-guru yang dilantik untuk menjaga mereka disamping membantu mereka dalam proses pembelajaran.Mereka tidak kami biarkan tatkala pelajar-pelajar Islam belajar Bahasa Arab dan Tasmiq.

Seminggu berlalu juga buat Apiz ke sekolah.Kalau ditanya hendak ke sekolah ke?Jawabnya tak mahu tapi bila waktu balik, dia tidak mahu balik kerana masih ingin bermain lagi di kawasan sekolah tersebut.Baru-baru ini, saya membelikan dia tiga buah buku untuk dia membuat latihan pergerakan tangan.Koordinasi tangan amat penting bagi murid-murid di awal persekolahan.Biasalah budak lelaki, minatnya tidak pada buku-buku tetapi lebih kepada bermain.Belajar sambil bermain.

Saya ajar dia cara menulis mengikut titik garisan dan nombor-nombor.Nampaknya dia boleh melakukannya.Saya janjikan kepadanya ,jika dia pandai menulis huruf a dan b mengikut titik,saya akan beri hadiah.Sempat lagi dia bertanya, Uda Mok nak bagi buku ke permainan?Saya tahu,dia tidak berminat dengan hadiah buku sebaliknya permainan yang diinginkan.Namun, saya meminta dia menyiapkan apa yang saya inginkan dan dia berjanji akan membuatnya.Begitulah keletahnya dan setiap kali balik dari sekolah ada aja yang tidak kena padanya.Itulah yang my MIL selalu katakan.

PENA KASIH :Masa begitu pantas berlalu..............

Thursday, January 6, 2011

TEKAD

Ah Liat merupakan salah seorang yang biasa dengan kami.Setiap kali kami hendak menyodok tanah,namanya tidak asing bagi kami.Mudah berbicara dan yang penting senang berurusan dengannya.Seminggu yang lalu,kami mengunjungi rumahnya dengan tujuan untuk meminta dia menyodok tanah kami.Dia berjanji untuk datang pada hari Isnin tetapi disebabkan dia ada masalah,akhirnya dia datang pada hari ini.

Sekembali dari sekolah, saya melihat semuanya telah disodok dan dia memberitahu kami yang dia memerlukan dua hari untuk membuat kerja-kerja tersebut.Kami akur kerana suami juga meminta dia meratakan tanah di kawasan tersebut seperti tapak rumah.
Kalau selama ini,kami menyerahkan kerja-kerja menjaga kebun kepada salah seorang jiran tetapi nampaknya tanah tersebut terbiar begitu sahaja.Lantas, kami mengambil keputusan untuk membersihkan tanah tersebut untuk menanam getah.Sudah acapkali, ayah meminta kami menanam pokok getah.Baru kali ini,hati kami terbuka untuk menanamnya.

Suami juga telah menelefon beberapa tempat untuk mendapatkan kepastian jenis benih getah yang baik untuk ditanam.Malah , Ah Liat juga telah memberikan nombor telefon untuk kerja-kerja penanaman pokok getah.Kali ini, kami bertekad untuk melakukannya.Kami tidak mahu membiarkan tanah itu terbiar begitu sahaja sebaliknya ada sesuatu yang kami buat pada tanah tersebut .InsyaAllah.

PENA KASIH:Pernah mengikut ayah ke kebun getah masa muda.............pungut getah buku.

Wednesday, January 5, 2011

KEPUTUSAN

Akhirnya, anak lelaki sendiri menyatakan keputusan untuk bersekolah di sekolah lama walaupun di awalnya ingin bersekolah di vokasional.Keputusan telah dibuat setelah dia membuat pertimbangan berdasarkan keputusan PMRnya.Berada di aliran Sains memanglah sesuatu yang sukar untuk diterima dan berdasarkan kemampuannya.

Akhirnya surat memohon pertukaran aliran telah diajukan kepada pihak sekolah dan sama ada diluluskan atau tidak masih dalam perhatian.Memang tidak dinafikan aliran sains tulen memang sukar bagi mereka yang kurang berminat dalam bidang sains dan lebih cenderung ke arah teknikal.

Setiap hari ada sahaja yang dikeluhkan terutama apabila melihat subjek sains tulen.Emmmm....sukar...sukar.Itulah yang terpacul di mulutnya walaupun berkali-kali diminta mencubanya.Dia tetap dengan keputusannya.Sebagai ibu dan ayah, kita boleh lihat kemampuan anak kita.Malah saya pernah berbual dengan guru-guru yang mengajar pelajar aliran sains.Tidak semua pelajar boleh mengikuti subjek aliran sains melainkan mereka minat dan faham apa yang dipelajari.Kalau Matematik hanya setakat tahu sahaja apatlah lagi add-maths.Malah ada guru mengatakan, ada pelajar berlagak yang dia boleh belajar untuk subjek sains kerana terpengaruh atau apabila disebut kelas sains.......sudah tentu dari pelajar yang pandai.Tapi kemampuan dan kebolehan tidak tercapai sebenarnya.Jadi, apabila difikir-fikirkan demi masa depan lebih baik dia memilih bidang yang diminati dan kita tidak boleh memaksanya.

PENA KASIH :Mengikut kemampuan.............


LinkWithin



Related Posts with Thumbnails