Friday, October 7, 2011

HARI PERTAMA KOKURIKULUM


Guru besar menyampaikan 'tag'nama pelajar...

Merehatkan diri buat seketika....


Pendaftaran pelajar untuk menyertai perkhemahan.........

Cik Wan meninjau keadaan khemah....

Suasana tapak perkhemahan....saya sukakan suasananya.Menarik...

Permintaan anak murid untuk bergambar.....layan ajalah.


Cikgu Supian meninjau khemah untuk pelajar-pelajar bermalam di dalam khemah.

Pn Ruhana mengiringi guru besar melawat tapak perkhemahan pelajar.

Tu dia...semangat yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar.walaupun baru tahun 3 tapi mereka begitu semangat untuk menyertai aktiviti tersebut.

pelajar-pelajar telah bersedia untuk mendirikan khemah .

GPK Kokurikulum......walaupun tidak sihat tetapi mempunyai semangat yang kuat untuk menjayakan program dan memastikan program berjalan dengan baik.Tahniah ...cikgu Ali.

Hasil kerja murid mengikut kumpulan..

Pelajar-pelajar diberi tepung dan minyak untuk menghasilkan kreativiti masing-masing

Antara aktiviti yang dijalankan oleh murid-murid di dewan.Mereka membentuk belon mengikut kreativiti masing-masing.
Masih lagi berbincang.........bagi memastikan program berjalan dengan baik seperti apa yang dirancangkan.Walaupun, guru ramai yang terlibat dengan kursus tetapi guru-guru yang ada mampu menjalankan tugas dengan baik.
Pelajar-pelajar diagihkan kepada kumpulan dan dipantau sewaktu mereka menjalankan aktiviti.

Apalah yang dibincangkan oleh Kak Ana dan Supian.

Hari Kokurikulum merupakan salah satu program yang telah dirancang di awal persekolahan lagi.Penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum adalah perlu dan mesti agar mereka tidak hanya berjaya dalam akademik sahaja tetapi penglibatan mereka dalam aktiviti seperti ini juga diambil kira.

Kita tidak mahu melahirkan pelajar yang hanya mencapai keputusan yang cemerlang sahaja dalam bidang akademik tetapi penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum tiada langsung.Selain daripada itu, kita hendak melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah yang baik dan cemerlang.Justeru, penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum memang diwajibkan di peringkat sekolah.Kalau pun tidak mewakili sekolah ke peringkat daerah, negeri dan kebangsaan tetapi sekurang-kurangnya penglibatan diri di peringkat sekolah sudah memadai.

Penyertaan pelajar dalam aktiviti perkhemahan mempunyai banyak kebaikannya.Antaranya ialah pelajar-pelajar diperkenalkan dengan nilai-nilai murni seperti bekerjasama , tidak mementingkan diri sendiri, berdikari, sabar,tolong-menolong dan menjaga kebersihan.Lebih-lebih lagi pelajar sekolah saya yang mempunyai pelbagai kaum sudah tentu diterapkan nilai menghormati agama kaum lain.Tatkala pelajar Islam menunaikan solat, mereka juga diberikan ruang oleh guru-guru moral untuk menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan bangsa lain.

Thursday, October 6, 2011

AKSI SEPANJANG HKK 2011




My HM menyampaikan ucapan sempena Hari Kanak-kanak peringkat sekolah.



Sakit gigi ke?


Melepaskan kepenatan...penat menengok gelagat murid-murid.

Apalah yang dibincangkan itu.....




Nampak ceria di wajah Pn Ana.....

Adat bermain...kalau tak jatuh tidak sah.

Pn Maha sedang mengagihkan makanan untuk pelajar...........hari ini mereka mewah.

Apalah yang dipandangkan itu ................

Semua pelajar mendapat KFC yang disumbangkan oleh para guru,PIBG dan juga sekolah.


Sebahagian daripada persembahan sempena Hari Kanak-Kanak............pelajar tahun 4.

Tuesday, October 4, 2011

PMR.....

PMR bermula hari ini...sudah tentu pelbagai perasaan yang timbul di hati mereka yang menduduki peperiksaan tersebut.Ada yang sudah bersedia malah ada juga yang masih kabur-kabur lagi...seperti tidak percaya bahawa hari ini PMR bermula.

Namun, saya percaya pelajar hari ini tidak seperti pelajar zaman saya.Banyak ilmu yang boleh diperolehi.Mereka bukan sahaja boleh mendapatkan maklumat melalui internet malah kini banyak bahan bacaan yang mudah dan senang diperolehi.Kelas-kelas tambahan dan lambakan pusat tuisyen memudahkan mereka untuk belajar.Bukan itu sahaja, malah ada ibu bapa yang sanggup memanggil guru untuk datang ke rumah semata-mata untuk memastikan anak mereka mendapat keputusan yang terbaik.

Waktu dahulu hanya mengharapkan buku teks sahaja dan kalau ada pun buku-buku tambahan hanyalah sedikit sahaja.Apatah lagi, saya bukanlah dari golongan yang hidup senang namun saya bersyukur kerana ibu dan ayah saya menitik beratkan pelajaran untuk kami berdua.Untuk ke kelas tuisyen......saya rasa saya tidak pernah mengikutinya .Itupun apabila saya berada di tingkatan 5 sahaja saya mengenali kelas tuisyen.Thanks ayah dan emak.

Namun dalam keghairahan itu, pelajar-pelajar hari ini terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran.Pengaruh luaran malah hari ini pengaruh FB begitu bermaharajalela di kalangan pelajar-pelajar hari ini.Jadi mereka terpaksa mengagih-agihkan masa antara belajar dan berchating.Kalau zaman kita, pengaruh seperti itu tidak ada tapi ada kekangan lain pula yang sedikit sebanyak mengganggu pembelajaran kita ketika itu.

Saya percaya, pelajar yang cemerlang dan merasakan mereka ingin berjaya demi masa hadapan mampu mengatasi cabaran itu .Dengan adanya sokongan daripada ibu bapa,mereka mampu mencapai keputusan yang terbaik untuk diri sendiri.Malah, pada hari ini tanggungjawab ibu bapa begitu berat sekali dengan memerhati gerak-geri anak mereka agar tidak terlalu taksub dengan dunia FB, twitter dan sebagainya.

Justeru, anak-anak yang sedang menduduki peperiksaan.......ingatlah hanya ilmu yang dapat mencorak masa depan kalian.Lupakan seketika soal lain tapi tumpukan pada pelajaran.Ingat...jangan sesekali kalian berkasar dengan ibu dan ayah sebaliknya setiap pagi sebelum pergi ke sekolah, minta restu dan bersalam dengan kedua ibu bapa.Juga jangan lupa bersolat dan berdoa kepada Allah.

PENA KASIH :Semoga Allah permudahkan anak-anak didik ketika menjawab soalan.....


Monday, October 3, 2011

SELAMAT HARI LAHIR.....HADIF







Tok Mok menyuapkan mee untuk cucu kesayangannya....

Kasih sayang seorang abang terhadap adik........istimewa untuk adiknya.Menyuapkan sedikit potongan kek ke mulut adik.

Tok Mok N Umi,.....

Tengok tu Hapiz....

Saat Hadif hendak memotong kek tetapi Hapiz yang lebihnya.....

Comotnya Hadif.....sedang mendengar Pak Udanya berkata....nanti Hadif dah bekerja sambut pula hari jadi untuk ibu......dia mengangguk tanda setuju.


Mereka menjamu selera.......My mil nampaknya sudah sihat sedikit.


Kek yang ditempah khas oleh Ani untuk Hadirf............. but Hapiz yang rasa kami menyambut hari lahirnya pula.....

Hubby terima mesej from Ani petang tadi.....meminta kami sekeluarga ke Arshad Restauran jam 8.30 malam untuk menyambut Hari Lahir Hadif yang ke empat.Selamat Hari Lahir.....Hadif.we all love u so much.

So, selepas solat Maghrib kami ke bandar untuk membeli hadiah untuknya.Last minute punya pilihan.............at least ada something yang kami beli untuknya.


PENA KASIH:Sejak kahwin setiap tahun hubby sambut birthday untuk saya......

Saturday, October 1, 2011

MACAM-MACAM BERLAKU......

Majlis merisik untuk emak saudara.......Tahniah Yani.



Di Sagil...majlis khatan, khatam dan pertunangan...meriah betul nampaknya.

Sementara menunggu hubby mencari 'phone' sempat lagi berposing .


Hubby memborong buku-buku yang dicarinya selama ini..

Sambil menunggu hubby mencari buku...sempat lagi membaca di situ.Wajah kepenatan..


Haziq mencari buku-buku berunsur agama.....MidValley

Hari ini hari yang begitu sibuk buat kami berdua.Apa tidaknya.......menerima telefon daripada Aman mempelawa kami ke Sagil kerana ada majlis khatan, khatam dan pertunangan.Ingatkan tidak mahu pergi tapi sebelum itu, emak begitu beria-ia mengajak kami berdua.

So, selepas mengemas rumah, saya menyiapkan sarapan pagi dan bersiap-siap untuk ke Sagil.Emmmm............khemah didirikan bagaikan orang menyambut pengantin.Meriah sungguh diselangi dengan muzik yang diimpot khas dari Segamat.

Lebih kurang 2 jam saya berada di sana.Selepas itu, kami meminta izin untuk balik kerana akan menghadiri satu majlis merisik untuk emak saudara.Selepas asar majlis tersebut berlangsung.

Dalam masa yang sama, saya menerima telefon daripada Haziq memaklumkan dia terjatuh dari motor dan berada di hospital untuk menerima jahitan di kakinya.Biasalah bila menerima panggilan ,macam-macam yang bermain di fikiran ini.Teruk ke atau sebagainya.Siap saya berleter sebelum bergerak ke hospital untuk melihatnya.Sebelum tu,saya singgah sekejap di rumah untuk mengambil pakaiannya.
Saya dimaklumkan yang Haziq dihantar ke hospital oleh ibu kawannya.Bila sudah berada di hospital barulah dia menelefon saya.......mungkin dia rasa bersalah kerana saya telah memintanya supaya tidak keluar rumah dan jaga rumah.Before berlaku kemalangan, dia meminta kebenaran saya untuk ke rumah kawannya.....
Bila saya sampai di hospital...dia rasa seperti kesal kerana tidak mendengar kata saya dan berjanji dengan kami berdua untuk tidak melakukan perkara ini lagi.....Ayahnya hanya mendiamkan diri........Apabila sudah diam...taulah maksudnya.

Semalam, saya dan hubby ke Kuala Lumpur atas urusan hubby.Sempat hubby membawa saya ke Masjid India untuk mencuci mata dan poket saya......Alhamdullilah...kami selamat sampai dan hubby pun dah kira boleh memandu di Kuala Lumpur.Bukan apa....kadang-kadan,jalan di KL ni sekejap berubah itu dan ini .Hubby janji akan membawa saya ke KL lagi.Seronok juga jalan-jalan.Sempat ke MidVally.....cari buku.

PENA KASIH :Penat tapi seronok.......setiap yang berlaku memberikan pengajaran kepada kita.


LinkWithin



Related Posts with Thumbnails