Sunday, June 12, 2011

PERCUTIAN YANG BERMAKNA









Bersantai di bawah pokok rambutan yang rendang......


Saudara mara berkumpul....



Pakar bunga manggar....





Sempat lagi berposing selepas mengemas meja makan damai....



Membantu menyediakan makan damai with kak Noi.....





My daugter with Ekin....



Alhamdulillah,cuti persekolahan kali ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang padat dan menarik.Kali ini, kami bercuti di Terengganu disamping menghadiri majlis perkahwinan sepupu di Terengganu.Bercuti bersama emak, ayah, adik dan anak-anak masing-masing.

Menyusuri pantai di sepanjang perjalanan ke Terengganu.Melihat keindahan alam ciptaan Allah.



Walaupun sebelum ini, pernah menjejakkan kaki di sini tapi kali ini percutian begitu bermakna sekali.Kami ke sana selama 3 hari......walaupun tidak dapat memuaskan hati anak-anak untuk bermain air di Air Terjun Bukit Sekayu kerana kesuntukan masa tapi sudah cukup membawa anak menjejakkan kaki ke sana.Mereka sebenarnya telah pun menjejakkan kaki di sini tetapi mengikuti rombongan sekolah.



Setelah diadakan majlis perkahwinan di Terengganu, minggu kedua pula diisi dengan sesi menyambut menantu di Segamat.Alhamdulillah, sekali lagi kami bersyukur kerana segalanya berjalan dengan lancar sekali.Semua saudara mara berkumpul dan peluang inilah digunakan untuk beramah mesra,bertanya khabar.Bukan senang untuk berkumpul seperti ini kerana masing-masing sibuk dengan tugas.


Saya bersama-sama keluarga juga membantu Mak Itam sekeluarga apa yang patut.Kami bergotong-royong di rumahnya selama hampir seminggu.Rumah kami pun tidak berapa jauh daripada rumahnya jadi memudahkan kami untuk ke rumahnya pada bila-bila masa.Kami teringatkan Aruah Pak Itam...............Al-Fatihah.Semoga rohnya dicucuri rahmat.


PENA KASIH: Membantu selagi kami mampu.................

Sunday, June 5, 2011

PERJALANAN PULANG












Masih sempat berposing untuk kenang-kenangan.

Hasrat untuk ke Air Terjun Bukit Sekayu tidak kesampaian kerana hujan.Lalu, kami mengambil keputusan untuk membawa anak-anak ke Pantai Batu Burok untuk melihat keindahan alam ciptaan Allah.


Kami ke sanapun pada waktu pagi.Memang pun tidak sesuai kerana keadaan cuaca yang agak panas terik .Tetapi kami just singgah sebentar di situ.Melihat-lihat kawasan sekitar di situ.Lagipun persinggahan kami sekejap untuk meneruskan misi pulang ke Segamat.


Sepanjang perjalanan pulang, kami terserempak dengan dua kemalangan iaitu di Lebuh Raya Jabor dan juga Lebuh Raya Kuantan Segamat melibatkan dua buah kereta terbabas.Mungkin mereka cedera .


Kemudian, sempat hubby melayan kedua-dua orang anaknya serta anak saudara untuk singgah di pasar raya Parkson di Kuantan.Melayan karenah mereka berdua.Saya sempat singgah di kedai buku dan membeli novel.Hubby mesti akan mencari kedai buku untuk membeli beberapa buah buku.


Sepatutnya, saya dan ayah berkonvoi tetapi akhirnya kami berpecah kerana ayah melalui jalan Dungun tetapi kami melalui Jalan Jabor.Perjalanannya agak singkat dan kami terlebih dahulu sampai ke destinasi.


MASJID KRISTAL, TERENGGANU








Berhenti di Masjid Kristal setelah lama di Pasar Payang.Kami bersolat di situ dan makan malam di situ.

MAJLIS PERNIKAHAN AZLAN N ANA DI KG KEMAT








Azlan menyarungkan seutas gelang ke tangan Ana...



Majlis pernikahan Azlan....

Persediaan untuk ke majlis pernikahan Azlan n Ana berjalan dengan baik sekali.Kami meninggalkan perkarangan Anggerik Impian lebih kurang jam 9.00 pagi untuk menuju ke Kampung Kemat yang tidak berapa jauh daripada rumah penginapan kami.Menuju ke arah kampung tersebut ternampak 'sign-board' ke Air Terjun Bukit Sekayu.Niat di hati ingin ke sana membawa anak-anak bersantai di sana.


Sesampainya di sana,Tok Kadhi telah sedia menunggu kami.Kami agak lewat sampai kerana menunggu Azlan mengemas itu dan ini.Tidak mengambil masa yang lama untuk bernikah.Cuma mungkin agak kurang lancar kerana masalah loghat yang tidak difahami oleh Azlan.


Selepas usai majlis pernikahan, kami balik semula ke penginapan sementara menunggu untuk majlis persandingan jam 2.00 petang.Kami mengemas bilik masing-masing untuk 'check-out' jam 1.00 petang.Selepas itu, kami merehatkan diri di masjid semula sementara menunggu jam 2.00 petang.Mereka bersolat di situ dan alhmadulillah, semuanya dipermudahkan.Hubby membawa pengantin lelaki dengan menaiki keretanya.Sempat juga saya menasihati Azlan agar menjadi seorang suami yang baik buat isteri.Perlu ada perbincangan dan bertolak ansur dalam rumahtangga.


Lebih kurang jam 2.00 petang, kami bertolak ke Kampung Kemat.Sempat juga kami melihat suasana majlis perkahwinan orang Terengganu.Dalam satu hari sahaja terlalu banyak majlis perkahwinan.Di kiri kanan jalan, diletakkan bunga manggar.


Kami terperangkap di sana kerana selepas usai sahaja majlis persandingan dan makan damai, hujan turun mencurah-curah.Kami tidak dapat untuk ke tempat kereta dan hasrat untuk ke Air Terjun Bukit Sekayu hanya tinggal impian sahaja.Terlihat di wajah anak-anak dan anak saudara rasa kekecewaan.Bukan senang untuk ke sini kerana kami bukannya jenis yang suka berjalan-jalan.


Dalam hujan yang renyai-renyai kami redahi juga untuk ke tempat letak kereta yang agak jauh juga.Tiada kemudahan jalan dan kami melalui titi...seronok juga sesekali ke situ.Suasana yang tenang dan damai,di celah-celah pokok dan daun-daun menghijau,suasana yang agak sejuk amat menarik sekali.Teringat semasa dahulu di kampung saya yang belum menikmati kemudahan seperti hari ini,kami juga melalui suasana yang sama.


PENA KASIH :Kami mendoakan kebahagiaan kalian berdua.......

Friday, June 3, 2011

PASAR PAYANG,TERENGGANU






Hari Kedua di Pasar Payang........







Kalau ke Terengganu tidak sah kalau tidak singgah di Pasar Payang.Kami menghabiskan masa di situ selama dua hari.Itupun pergi sekejap-sekejap kerana pasar tersebut sudah hendak tutup.Ramai juga orang Segamat yang kami temui di situ.Cuti-cuti Malaysia.


Bila ke Pasar Payang memang tidak sah kalau tidak membeli kain sutera dan baju batik.Hubby sempat memborong beberapa helai baju batik sementara saya tidak .Cukup sepasang dua sudah.Orang ramai berpusu-pusu membuatkan saya rimas dan tidak selesa.Cepat sahaja hendak keluar dari sarangnya...mencari tempat yang lebih selesa.


My son lagilah ..........tak da mood langsung untuk berjalan-jalan di situ.Biasalah budak lelaki,mana minat dengan tempat-tempat seperti itu.Itupun setelah dipujuk agar bersabar melayan ayahnya yang rambang mata melihat baju batik.....


PENA KASIH : Corak batik yang pelbagai rupa menunjukkan mereka ini begitu kreatif...

ANGGERIK IMPIAN...KUALA BERANG







Fadil and his family turut ada bersama untuk meraikan majlis perkahwinan adiknya.Balik dari Sarawak.





Sempat berposing depan Anggerik Impian bersama hubby.Tempatnya amat menarik sekali.

Alhamdulillah.akhirnya konvoi kami sebanyak 7 buah kereta sampai ke destinasi seperti apa yang dirancang.Cuma kami berpecah ketika berada di Kuantan.Lima buah kereta mengikut jalan lain dan kami melalui Dungun.Suka-suka sambil menyusuri pantai...melihat keindahan alam.Sudah lama saya tidak melalui arah ke Timur.Kalau dahulu, Kemaman menjadi tumpuan kami semasa saya berkhidmat sebagai guru di Pahang.Kini, hanya tinggal kenangan sahaja.Sepanjang melalui jalan tersebut,mengintai-intai juga dan mengingat kembali bekas guru Jengka 4.Dah lupa namanya tapi isterinya dipanggil kak Nor.Saya tidak ingat rumahnya kerana sepanjang jalan, banyak yang telah berubah.



Kami sampai ke Terengganu lebih kurang jam 12.30 tengah hari dan singgah di Masjid Bukit Payong untuk mereka menunaikan solat Jumaat.Setelah usai menunaikan solat Jumaat, kami ke Pasar Payang.Sempat lagi hubby memborong baju batik dan saya tidak begitu teruja untuk membeli baju batik.Tapi hubby tetap belikan saya mengikut pilihannya.Emak dengan ayah serta adik saya memborong betul baju batik.Lama juga kami ke sana sehinggalah kami mengambil keputusan untuk ke Anggerik Impian yang merupakan tempat pengingapan kami.



Kami sebenarnya ke sini kerana menghantar rombongan sepupu kami yang melangsungkan majlis perkahwinannya di Kampung Kemat,Kuala Berang.Hajat kami juga ialah untuk ke Air Terjun Bukit Sekayu.



Alhamdulillah juga tempat penginapan kami amat selesa.Kadar sewa yang tidak mahal antara RM75.00 hingga RM`120.00 semalam amat memuaskan hati apatlah lagi dengan kemudahan yang ada.




Perjalanan yang lama juga amat memenatkan kami.Kami tidak ke mana-mana selepas itu.Merehatkan diri sambil menunggu makanan yang dihantar.Saya tidak makan pun kerana kekenyangan.



Sebelah malamnya, kami mengemaskan barang hantaran untuk perempuan.Hubby begitu cepat tidur kerana keletihan memandu sambil melayan karenah anak-anaknya.



PENA KASIH :Percutian yang amat menarik.............

Wednesday, June 1, 2011

KEINSAFAN

Kadang-kadang manusia ini tidak mudah untuk mengaku kesalahan diri sebaliknya setiap yang berlaku ditundingkan kepada orang lain.Realitinya begitulah ,yang terbeban akan terus terbeban.Yang menanggung akan terus tertanggung.Beratnya yang memikul tidak ada siapa yang tahu.Sebaliknya mereka tetap seperti biasa.Seolah-olah tiada yang berlaku.




Saya suka membaca kisah kehidupan manusia melalui novel mahupun cerpen dan pengalaman hidup manusia melalui media elektronik yang boleh dijadikan panduan dan teladan kepada kita.Waktu terluang cuti ini, saya menonton televisyen.Banyak kisah kehidupan yang boleh dijadikan renungan buat kita.Memberikan keinsafan kepada kita apatah lagi yang melibatkan penganiayaan kepada orang lain.




Kadang-kadang kehidupan kita diselubungi dengan kegembiraan,keseronokan tapi disebalik itu kita tidak tahu apa yang tersirat di hati.Nampak mereka gembira,bahagia tapi sebaliknya yang berlaku.Baru-baru ini, saya menjadi pendengar daripada apa yang terjadi pada diri seseorang.Mereka tidak sangka apa yang terjadi pada dirinya.Mulutnya begitu manis apabila berbicara tapi lain jadinya.Mereka menyesal bertemu dengan orang seperti itu.Saya sekadar tersenyum sahaja kerana saya memang sukar untuk mempercayai orang apatah lagi kalau butir bicara begitu lembut dan manis sekali.Tidak mudah tergoda dengan itu semua.Sekali terkena akan ingat sampai bila-bila.Itu prinsip saya.Saya tidak berdendam.....tapi setiap ayat yang diluncurkan akan saya kenangkan sampai bila-bila.




Orang itu terus bercerita......dalam hati boleh dijadikan sebuah drama dan panduan kepada orang lain.Jangan ingat rupa paras yang cantik digunakan sebagai alat untuk menundukkan orang semata-mata untuk memastikan kehidupannya mewah.Kita kena lihat latar belakang kita.Biarlah kita hidup dalam kesederhanaan.Ukur baju di badan sendiri tapi janganlah sampai mengambil kesempatan daripada orang lain.Semuanya menginsafkan diri........


Dulu, saya ada juga mendengar cerita yang sama dan orang yang sama.Mereka terkena lagi.Kalau saya, saya tidak akan berurusan dengan orang seperti itu.Biarlah kita menjauhkan diri daripada orang-orang seperti itu.Hati senang dan tidak sakit hanya kerana perbuatan yang tidak berhemah semata-mata inginkan kehidupan mewah.




Banyak sebenarnya kisah kehidupan ini yang boleh dijadikan panduan dan yang pasti janganlah kita menganiaya orang lain.Kita jangan ambil mudah dengan apa yang telah kita lakukan sebaliknya kita renung-renungkan diri kita........bila susah,lembut lidah meminta bantuan itu dan ini...bila senang,lain jadinya .Pelbagai alasan diberikan.......Saya kasihan dengan orang itu....menangis pun tidak berguna.




PENA KASIH:Biarlah kita belajar daripada kesilapan......


LinkWithin



Related Posts with Thumbnails