Friday, February 4, 2011

ERTI KASIH SAYANG


Melihat gambar dua orang adik-beradik ini,tergambar ada perasaan sayang antara mereka.Seperti tidak mahu dipisahkan.Ciuman seorang adik menunjukkan dia terlalu sayang akan abangnya walaupun dia tidak memahami erti sebuah ciuman.Perbuatan yang ditunjukkan itu sudah dapat menggambarkan segala-galanya.

Sudah lama saya perhatikan gelagat kedua-dua orang adik-beradik ini.Setiap masa, abangnya teruk dicium.Kadang-kadang, sampai naik angin dibuat oleh adiknya.Mungkin rimas bila ciuman bertalu-talu diberikan.Setiap kali pulang dari sekolah menanti dengan penuh kesabaran untuk diberikan ciuman khas untuk abangnya.Rindu agaknya kerana ditinggalkan untuk beberapa jam oleh abangnya.Bila tiada keselesaan,mulalah abangnya terjerit-jerit memarahi adiknya.Ciuman berlebihan.

Biarpun pelbagai cara digambarkan,jelas menunjukkan adanya perasaan sayang antara satu sama lain.Kasih sayang seseorang akan terserlah jika mereka masih ada di hati.Tetapi sebaliknya jika mereka sudah tidak ada dalam hati.Husband selalu mengambil berat akan masalah adik-beradiknya kerana adanya perasaan sayang sebab mereka berada dalam hati suami.Saya akur kerana mereka juga memahami antara satu sama lain dan tidak menyusahkan dirinya.Husband tidak pernah membiarkan adik-beradiknya menghadapi sebarang masalah keseorangan.Akan cuba membantu sebaik mungkin agar tidak ada yang tercalar di hati.

Begitu juga dengan anak-anak.Saya selalu mengingatkan agar saling berhubung antara satu sama lain agar tautan kasih sayang akan berterusan dan jangan sesekali menyusahkan antara satu sama lain.Jagalah perasaan ibu dan ayah kerana sebagai ibu dan ayah mereka hendakkan terbaik daripada anak-anak bukannya memberikan permasahan kepada mereka.

PENA KASIH:Erti sebuah ciuman...............


INSAF


Semalam,meronda-ronda di kawasan yang ditimpa banjir.Sedih melihat situasi yang mereka alami.Habis musnah dalam sekelip mata.Melihat wajah mereka yang menyambut Tahun Baru Cina tetap ceria dan tabah tetapi disebalik itu kita tidak tahu.Kalau di tahun-tahun yang lepas, mereka sibuk kunjung-mengunjungi saudara-mara dan jiran-jiran tapi pada tahun ini, mereka sibuk membersihkan rumah.

Lambakan sampah di luar rumah, menunjukkan habis barang-barang rumah mereka.Saya lihat juga para pekerja JKR dan MDSU serta ahli sukarelawan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan semua sampah-sarap dipungut dan dibersihkan.Mereka tidak mengenal erti penat.Tapi untuk memulihkan keadaan kepada sedia asal memerlukan masa yang lama.

Pihak bank juga tanpa mengira cuti bersepakat membersihkan tempat masing-masing.Perkhidmatan mereka tergendala buat seketika.Pada tahun ini, bencananya lebih teruk daripada tahun 2006.Hanya ketahanan diri dan emosi dapat memberikan semangat kepada mereka.Tiada keluhan yang dizahirkan tapi redha menerima keadaan.

PUSAT PEMINDAHAN BANJIR

Semalam bersama-sama dengan husband sempat singgah di pusat pemulihan banjir di Kg Berata.Kebanyakkan mereka tidak sabar untuk pulang ke rumah.Melihat rumah dan juga membersihkan rumah.Mereka yang menghuni di pusat pemulihan ini terdiri daripada mereka yang tinggal di Kg Lubuk Batu, Kg Berata, Kg Gudang Garam dan Temenggong.Timbul rasa keinsafan kepada diri ini.Yang sedihnya, ada yang menceritakan kepada saya, dia hanya sempat menyelamatkan anaknya seramai 5 orang.Hanya meninggalkan rumah sehelai sepinggang sahaja.Malah ada yang memaklumkan , ada rumah yang habis musnah kerana dihanyut oleh air yang deras.Jelas di wajah mereka betapa kuatnya tekanan yang dihadapi.Semuanya menginsafkan diri kita....dan perlu bersyukur dengan apa yang kita ada.

RONDA-RONDA

Bersama-sama dengan anak lelaki meronda dengan menunggang motosikal.Suami sengaja membawa anak lelaki bersama kami.Melihat kawasan banjir dan penduduk yang terlibat dengan banjir.Ingin menyedarkan anak lelaki, ada orang yang lebih susah daripada kita.Menginsafkan anak lelaki agar bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita.Mereka yang susah kita perlu bantu agar mereka rasa ada insan lain yang mengambil berat dengan apa yang mereka alami.Anak lelaki mengangguk tanda memahami dengan apa yang diperkatakan.Siap sekali memaklumkan kepada saya yang rakannya juga turut ditimpa musibah itu.Timbul rasa kasihan kepada rakan-rakannya.


PENA KASIH:Memberikan keinsafan......

JIWA GURU




Sememangnya melihat kesungguhan husband membantu sekolah,lalu saya bertanyakan kepadanya.....apa yang menyebabkan dia melakukan itu semua?antas dikatakan bahawa kerana jiwa seorang guru yang ada pada dirinya, akan tetap terpanggil untuk menyayangi sekolah.Apatah lagi melihat akan kekurangan tenaga guru lelaki di sekolah ini dan bilangan guru yang sedikit,memberi kesedaran kepadanya untuk membantu.Melihat keadaan sekolah yang agak teruk sedikit sebanyak meruntun perasaannya untuk turut sama membantu sekolah .Meringankan bebanan yang ditanggung oleh warga sekolah.

Kalau dirinya pernah dilabelkan dengan pelbagai kata-kata tapi dia tidak kisah itu semua.Yang penting setiap yang dilakukan hanya Allah sahaja yang tahu.Bukan manusia yang menilai kerana setiap nilaian manusia itu ada pelbagai persepsi yang berbeza.Saya akur dengan kata-katanya.

Saya juga kagum dengan ahli keluarga sekolah ini.Mereka tidak pernah menidakkan keupayaan isteri-isteri yang bersekolah di sini.Mereka sendiri memahami situasi sekolah ini.Tidak pernah berkira soal tenaga, masa dan wang.Apabila mereka berada di sekolah ini, mereka turut sama merasai kesusahan yang dialami warga sekolah ini.Syukur mempunyai isteri/suami yang memahami keadaan sebenar.

Hari ini, mereka datang ke sekolah membantu membersihkan bilik darjah yang akan digunakan oleh pelajar-pelajar pada hari Isnin ini.Ramai yang hadir bersama-sama dengan anak-anak mereka tidak kira kecil mahupun besar.Semangat sayangkan sekolah tetap ada pada diri mereka.

PENA KASIH:Tempat mencari rezeki............

Thursday, February 3, 2011

KAMERA HP ROSAK

Kegilaan mengambil gambar menggunakan hp memberikan satu kepuasan hati pada diri saya dan kini saya juga berpuas hati kerana kerosakan kamera di hp itu.Setelah berpuluh koleksi gambar yang diambil menggunakan hp itu.Emmm..............bila sudah rosak termangu juga dibuatnya.Syukur juga saya mempunyai kamera digital yang mudah dibawa ke mana-mana.

Mungkin saya ganas menggunakannya?Oh tidak mungkin kerana sesuatu yang menjadi milik saya, saya akan gunakan dan jaga sebaik mungkin.sebab itu dan saya lebih suka berterus terang,saya memang tidak suka meminjam daripada sesiapa even daripada suami sendiri.Seboleh-bolehnya saya mengelak daripada meminjam daripada orang lain.Suami memang faham cara saya.Bila rosak, saya sendiri rasa puas hati kerana kerosakkan itu dari tangan saya sendiri dan milik saya sendiri.Namun ,thanks kepada suami kerana sememangnya dia menyediakan kamera untuk saya jika berlaku kerosakkan.Dia tahu kegilaan hobi isterinya ini.

Kawan-kawan pun ada yang faham cara saya....mereka hendak meminjam sesuatu daripada saya, saya akan beri tetapi untuk saya pinjam daripada orang, saya kena fikir dua tiga kali.Bukan selfish tapi saya lebih senang dan puas hati dengan milik saya sendiri.Kerosakkan akan saya tanggung sendiri.

Husband pun faham kerana dia tahu cara saya.Bila ia menjadi milik saya, saya akan jaga sebaik mungkin...

PENA KASIH:Thanks to husband kerana banyak yang dibelikan untuk saya..........tidak diminta tapi dia memahami kehendak saya.

ARAHAN

Sewaktu pergi ke sekolah, menerima panggilan daripada guru besar memaklumkan bahawa akan ada orang atasan akan melawat sekolah.Melihatkan keadaan sekolah,sudah tentu akan rasa tidak senang.Masih dalam proses untuk mengembalikan ke asal.Bukan mudah untuk kembalikan ke asal.Memerlukan masa dan tenaga.Tenaga sekolah yang rata-ratanya terdiri daripada kaum perempuan sudah tentu mengambil masa yang lama.Untuk mengangkat itu dan ini,sudah tentu tidak larat.Kalau ada hanya dua orang sahaja.Kedua-duanya terlibat dengan banjir dan kami memahami situasi yang dialami.Harta benda musnah sudah tentu mengganggu emosi mereka.

Namun , saya ingin ucapkan terima kasih kepada pihak bomba Bandar Putra yang membantu membersihkan bilik-bilik akibat banjir.Masih kurang tenaga pekerja untuk melaksanakan.Untuk meminta bantuan AJK PIBG, mereka juga terlibat dengan banjir.Hendak tidak hendak kudrat yang ada inilah kami lakukan apa yang termampu.Bayangkan berapa buah bilik yang perlu dibersihkan...........


Esok, suami sendiri mengajak saya mengemas bilik darjah murid dan saya telah maklumkan kepada rakan-rakan untuk membantu mengemas bilik darjah.InsyaAllah,kami korbankan segala-galanya semata-mata untuk anak didik.Saya faham, guru-guru yang pernah berkhidmat di sekolah ini, memahami akan situasi sekolah.Namun,syabas saya ucapkan kepada guru SKCC kerana mampu melaksanakan tugas dengan baik walaupun ada rasa kecewa di hati mereka.


PENA KASIH :Kerana sayangkan anak murid.......

Wednesday, February 2, 2011

TERIMA KASIH,KALIAN






Suami saya juga mengambil peluang membantu isterinya membersihkan sekolah.....tak dapat pergi kerja kerana kesemua jalan terputus hubungan.Terima kasih yang tidak terhingga buat suami kerana terlalu prihatin dengan keadaan sekolah isterinya dan banyak membantu sekolah ini.



Kerja-kerja membersihkan pejabat

Hari ini, kerja-kerja pembersihan sekolah berjalan dengan lancar sekali.Mula-mula tergendala kerana masalah air.Tekanan rendah mengganggu proses pembersihan jika tiada bantuan daripada pihak tertentu.

Lebih kurang pukul 8.00, saya dan Kak Roslah telah berada di sekolah.Melihat keadaan dan memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah air ini.Kemudian,sepasukan bomba datang untuk membantu kami tapi timbul pula masalah air kerana ketiadaan pili bomba.Tapi pihak bomba mempunyai inisiatif sendiri mencari punca air.

Kemudian,husband menghubungi YB Dr.S.Subramaniam meminta menghantar bantuan kepada sekolah kerana masalah kekurangan tenaga pekerja dan masalah air.Alhamdulillah, YB mengambil makluman tersebut.Juga kepada YB Dr Lee Hong Tee yang memberikan maklumat kepada husband.Maklumlah sekolah kami hanya ada dua orang guru lelaki tetapi kedua-dua rumah mereka juga terlibat dengan banjir.Hanya kudrat guru perempuan sahaja yang dapat digunakan.Tapi alhamdulillah, suami-suami kepada isteri yang mengajar di SKCC telah membantu membersihkan sekolah.Begitu juga dengan kehadiran cikgu Azian yang pernah mengajar di sekolah ini sedikit sebanyak melegakan kami.Siap bawa askar-askarnya sekali.

Kami membahagikan tugasan masing-masing.Ini menjadi kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan mudah sekali.Walaupun penat, tapi apabila melihat kesungguhan semua yang terlibat dengan kerja-kerja pembersihan memberikan satu semangat kepada kami.Masih ada orang yang sanggup memberikan bantuan kepada kami.Masih ada orang yang sudi meluangkan masa untuk menjenguk sekolah kami dan melihat keadaan sekolah kami.Terima kasih .

Kerja-kerja pembersihan berjalan sehingga petang.Sehinggakan kami lupa waktu makan kerana sibuk dengan kerja-kerja pembersihan.
Terima kasih juga kepada En Razman,penyelia pembersihan yang membawa orang-orangnya untuk membantu pihak sekolah.

InsyaAllah, kami akan terus membersih bilik masing-masing dari semasa ke semasa.Yang penting diutamakan.Alhamdulillah,walaupun banjir kali ini teruk tapi kami sempat juga menyelamatkan dokumen-dokumen penting kami.

Kami juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada bomba bandar putra kerana dengan bantuan kalian, kerja-kerja pembersihan dapat dijalankan dengan baik sekali.

PENA KASIH:Masih segar lagi dalam ingatan keadaan banjir tahun 2006

Tuesday, February 1, 2011

TRAUMA LAGI..............



Keadaan kelas tahun 3,kelas yang saya ajar.Alhamdulillah semua barang dapat diselamatkan terutamanya buku-buku murid,



Keadaan pejabat.....semuanya berlaku dalam sekelip mata sahaja.



Bilik GPK HEM.....nak kata apa.Bersiap untuk proses mengemas dan membersihkan bilik masing-masing.



Keadaan bilik GPK di bahagian luar.Habis semua komputer terkena air.Nasib baik ada laptop sendiri..so semua maklumat tersimpan dalam laptop peribadi.



Bersama-sama husband melihat keadaan bilik saya.Ingatkan perancangan cuti raya cina nak kemaskan bilik.Jadi lainnya....lepas ni semua kena ganti dan hiaskan bilik.Alhamdulillah, fail penting saya dapat diselamatkan.



Zone English di mana semua murid akan berkumpul di sini waktu pagi, tengah hari.Membaca buku cerita atau membuat kerja sekolah.Kini keadaannya begitu teruk sekali.



Pintu masuk ke SKCC......semua pintu 'gate' habis rebah ke tanah.Arus deras menyebabkan keadaan sebegini berlaku.



Keadaan sungai Segamat di 'second-link' sewaktu jam 2.oo lebih.Air sudah mula surut tapi arusnya deras.


Suasana waktu pagi, selepas subuh.Meninjau kawasan bagi memastikan adakah laluan boleh dilalui untuk melihat keadaan sekolah.Duduk rumah pun asyik fikir pasal sekolah.Tragedi 2006, masih menghantui perasaan ini.Bersama-sama husband ke Bandar Utama.Hanya kenderaan berat sahaja yang boleh dilalui.

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails