Tuesday, October 6, 2009

GURAUAN DAN SENDAAN


Selain daripada mengumpat,gurauan merupakan salah satu tutur bicara yang dicetuskan oleh lidah.Kadang-kadang kita tidak sedar yang guruan dan sendaan yang dilafazkan boleh menguris perasaan seseorang.Justeru, sebelum kita melafazkan gurauan,kita perlulah melihat siapa orang yang boleh dibuat gurauan dan sendaan.Tidak semua orang boleh menerima gurauan kita.Tidak semua orang boleh menerima sendaan kita.Kadang-kadang guruan dan sendaan itu seolah-olah merendah-rendahkan diri orang itu.Begitu juga gelaran yang diberikan kepada seseorang.Sebab itulah lebih baik kurang bercakap daripada terlalu menonjol-nonjolkan diri seolah-olah kitalah yang pandai dan perfect dalam semua bidang.

Semua ini mengingatkan diri kita terutama diri saya.Saya selalu mengingatkan suami apabila berbicara jagalah setiap patah perkataan yang dilontarkan.Biarlah apa orang hendak kata dan memberi gelaran kepada kita tetapi jangan sekali-kali kita lakukan kepada orang lain.Sahutan kita hanyalah Alhamdulillah.Allah mengetahui segala-galanya.

Gurauan yang berlebih-lebihan juga boleh menyebabkan timbul perasaan tidak senang hati kita kepada seseorang itu malah boleh juga menyebabkan kita kehilangan kawan.Subhanallah.Semuanya memberikan keinsafan kepada saya, suami dan anak-anak.

Justeru,hendaklah bergurau secara ala kadar kerana kadang-kadang gurauan dan sendaan boleh menimbulkan persengketaan dan perkelahian.Itulah yang dilarang oleh agama kita sehingga menyebabkan kita kehilangan sahabat mahupun saudara mara.

Pena Kasih:Takut untuk bergurau dan bersenda-sendaan berlebihan walaupun dengan suami.Takut menguris hati suami.


Monday, October 5, 2009

SALAH SIAPA...?

Tidak perlu banyak berbicara,
Hanya sekadar melihat dan mendengar,
Tidak perlu untuk berdendam,
Hanya sekadar meneliti,
Setiap butir bicara yang diperkatakan,
Hanya Allah sahaja yang tahu isi hati ini,

Namun jauh di sudut hati.....kecewa,
Melihat manusia yang hanya pandai bermain dengan kata-kata,
Tidak pernah untuk mengerti perasaan orang,
Hanya melihat secara zahir,
Tidak mengerti secara batin,

Itulah manusia,
Cuba mengelakkan diri,
Cuba menjauhkan diri,
Sudah mengerti .................
Salah siapa.....?


Pena Kasih: Yang tersirat hanya kita sahaja yang tahu.

Sunday, October 4, 2009

YAASIN DAN MAJLIS PERKAHWINAN

Kesibukan orang membuat rumah terbuka sempena bulan Syawal.Tidak ketinggalan juga orang ramai sibuk mengadakan majlis perkahwinan sepanjang bulan Syawal.Banyak jemputan yang kami terima.Tidak tahu yang mana satu hendak pergi.Ada yang dekat dan jauh.

Hari ini, di kampung saya majlis perkahwinan anak pasangan Encik Baharum dan Puan Juriah telah diadakan.Ayahnya telah meninggal dunia lebih kurang dua tahun yang lalu. Maka segala urusan dilakukan oleh ibu pengantin.

Jam 10.00 pagi, diadakan majlis bacaan yaasin.Saya turut serta ke majlis tersebut dan peluang ini saya ambil untuk berjumpa dengan orang-orang kampung.Maklumlah apabila bekerja,kadang-kadang kita tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan mereka.Tidak mementingkan diri sendiri tetapi tuntutan kerja dan tanggungjawab mengatasi segalanya.
Kemudian, saya menolong mereka di bahagian balai dan menyediakan tempat untuk pengantin makan.

Lebih kurang pukul 2.00,saya balik ke rumah.Letih dan merehatkan diri sebentar .Pukul 4.00 petang,Yati dan suaminya datang ke rumah.Kemudian,pukul 5.00 petang, adik ipar suami datang dan meminta kami menghantarnya ke stesen bas kerana hendak balik ke Kuala Lumpur dan kemudian menghantar keretanya ke hospital Segamat adik suami on call.Terlalu sibuk dan memenatkan.Dalam masa yang sama, anak lelaki memaklumkan bahawa kawan suami datang ke rumah.Kawan semasa di sekolah rendah lagi.Tapi,kami tidak dapat berjumpa dan dia berjanji akan datang semula ke rumah kami nanti.Rasa kesal kerana tidak dapat berjumpa dengan kawan suami.

Pena kasih: Terlalu sibuk..............

Saturday, October 3, 2009

KELAHIRAN DAN KEMATIAN


Sudah dua tahun usia Adif yang merupakan anak kedua pasangan Ani dan Aman.Kelahiran yang dinantikan.Hari ini, Adif menyambut kelahirannya yang tarikh lahirnya sama dengan tarikh Pak Longnya.Saya telah dijemput ke rumahnya dan kami membawa sebiji kek untuk Adif.Ternyata Adif tidak mengerti apa-apa dengan sambutan yang diberikan untuknya.
Pak Udanya membacakan doa untuk kesejahteraan Adif.Sambutan yang agak meriah dihadiri oleh sanak saudara sebelah ibu dan bapanya.Pelbagai juadah disediakan oleh neneknya.Kawan-kawan ibu dan ayahnya turut serta meraikan sambutan hari tersebut.

Jam 6.00 lebih menerima panggilan telefon memaklumkan yang saudara kami meninggal dunia di hospital Segamat.Kami ingatkan jenazah akan dikebumikan pada keesokkannya tetapi sekali lagi kami menerima panggilan memaklumkan yang jenazah akan dikebumikan malam ini juga di Berata.Kami bergegas balik dan terus menziarahi keluarga tersebut.Lebih kurang pukul 11.00 malam, jenazah dikebumikan dan saya turut sama ke kubur bersama-sama dengan emak dan ayah.Semoga rohnya dicucuri rahmat.Amin..

Pena Kasih: Semuanya memberi keinsafan kepada kita.

Friday, October 2, 2009

LAWATAN AHLI PARLIMEN SEGAMAT


Hari ini, ayah menerima kunjungan daripada ahli parlimen segamat yang juga merupakanMenteri Pembangunan Sumber Manusia,Datuk Subramaniam.Kunjungan yang telah dimaklumkan terlebih dahulu memudahkan emak membuat persiapan.

Saya tidak dapat bersama kerana kehadirannya waktu bekerja.Sudah dua kali YB hendak datang ke rumah ayah tetapi ketika itu ayah tiada di Segamat.Ke Kuantan dan juga Johor Bahru.Sibuk sungguh orang tua saya.

Namun, kali ini beliau datang bersama-sama dengan pembantunya.Kasihan emak, menyiapkan persiapan seorang diri.Anak saya terlebih dahulu telah membantu neneknya menyediakan kuih-muih sebelum ke sekolah.Kunjungan seorang wakil rakyat sedikit sebanyak mengeratkan perhubungan antara wakil rakyat dan anak buahnya.Mendengar rintihan dan keluhan penduduk kampung.Kunjungan yang tidak lama kerana hari Jumaat dan beliau memahami tugas ayah saya sebagai seorang imam yang perlu mengetuai sembahyang Jumaat.

Pena Kasih:Terima kasih di atas kunjungan YB ke rumah ayah saya.

BANTUAN


Bersama-sama dengan emak dan adik, saya telah pergi ke rumah seorang ibu tunggal di kampung kami.Emak ke sana untuk meninjau keadaan rumah ibu tunggal dan cuba untuk membantu ibu tersebut.Memang menyedihkan keadaan rumah yang bocor sana dan sini serta di makan anai-anai.Kami akan cuba untuk mengajukan bantuan kepada pihak tertentu.

Kadang-kadang saya dan emak sedaya upaya membantu mereka yang memerlukan pertolongan dan patut dibantu.Suami saya mengizinkan saya pergi bersama dengan emak.Sekurang-kurangnya dengan cara itulah kami dapat membantu mereka.

Kami juga sedaya upaya untuk membantu penduduk kampung yang kehidupannya perlu dibantu.Ayah selalu berbincang dengan saya bantuan-bantuan yang boleh diberikan kepada penduduk kampung.

Pena Kasih:Kadang-kadang suami perli......ma ni terlalu aktif di kampung.

Thursday, October 1, 2009

ANAK-ANAK





Dua orang anak mempunyai perwatakan yang berbeza.

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails