Saturday, November 14, 2020

KEMALANGAN DI KUANTAN

 

Episod 2


Dari celah tabir langsir aku melihat beberapa orang doktor sedang melakukan tugasnya.Aku hanya berdiri jauh dari katil anakku dan melihat doktor sedang  melakukan sesuatu di mata anakku,

Setelah selesai operasinya,aku dipanggil untuk melihat wajah anakku.Aku memanggil namanya dan dia menyahut dengan linangan air mata,Tanpaku sedari air mataku mengalir juga.Aku hantar dia pergi dengan wajah sempurna dan kali ini aku lihat wajahnya bengkak dan terdapat beberapa kesan luka .Meruntun hatiku melihatnya.

Aku  menghampiri katilnya dan memanggil namanya....alhamdulillah dia sedar tapi mamai aku rasa.Aku lihat berlinang air matanya apabila aku memanggilnya.Aku rehat bersamanya dan tiada apa  yang aku bawa ketika itu.Aku tidak tahu keadaan sebenarnya .Terima kasih juga buat Dr.X yang banyak membantu aku dan anakku sepanjang aku  berada di HTAA.Lemah sebenarnya badan aku ketika itu.Tidak berdaya tapi aku tabahkan hati di hadapan anakku.Aku tidak mahu dia sedih melihat aku.

Aku biarkan dia berehat seketika...aku tahu badan-badannya sakit akibat kemalangan itu.Aku tahu kepalanya sakit dan tubuhnya sakit.Bila telah reda sedikit aku bertanya hal yang sebenarnya.Dia kata dia tidak ingat apa yang berlaku,Hanya menyedari dirinya telah berada di hospital.Sedih aku mendengarnya.

Dia juga bertanyakan handphone yang entah ke mana hilangnya di tempat kemalangan itu.Sepanjang berada di situ hanya HP sahaja yang ditanyakan.Dia sayangkan HP yang dibeli hasil daripada duti simpanannya sebelum dia bekerja di tempat baru.

Hari pertama aku tidak menjaganya kerana Dr X yang bekerja pada waktu malam akan melihatnya.Aku hanya hadir pada waktu pagi setelah membeli beberapa barang keperluannya.Terima kasih juga kepada kak Murni yang sudi untuk melihat anakku sepanjang waktu pagi itu.

Alhamdulillah anakku cepat sembuh kerana pada hari kedua wayar-wayar yang disambung pada  badannya telah dicabut satu persatu.Petangnya juga bukan senang untuk aku masuk ke wad..pelbagai helah aku berikan untuk membolehkan aku melihat anakku.Akhirnya aku dapat masuk dan aku berbual-bual dengannya.Dia akui sepanjang berada di bahagian kecemasan dia terfikir adakah mama tahu keadaan dirinya.Dia tidak tahu cara untuk memberitahu mama kerana dia tidak mempunyai telefon untuk berhubung.Aku lihat berlinang air matanya.

Aku beritahunya supaya tidak perlu risau tentang itu semua.Yang penting dirinya selamat dan masih berjumpa dengan kami.Aku bersyukur kerana dia masih mengenali diriku dan ayahnya.



Sunday, November 8, 2020

KEMALANGAN DI KUANTAN

                             MERUNTUN HATI SEORANG IBU 

Episod 1

Masih ingat tanggal 20 September 2020,sewaktu jam 1.00 petang aku menerima panggilan telefon menyatakan sesuatu tentang my young hero.Aku terima dengan hati yang redha kerana aku fikirkan ia hanyalah kemalangan kecil sahaja.

Sebenarnya sehari sebelum itu,mata aku payah untuk pejam.Aku asyik teringatkan my young hero sehinggalah jam 3 pagi aku terlelap seketika seblum bangkit semula jam 4.30 pagi.My young hero sebenarnya bekerja sebagai fotogpraher di sebuah syarikat di Kuantan dan sedang menjalani latihan di sana selama dua bulan .Jika ada dipanggil kerja di luar daerah dia akan pergi untuk menimba ilmu kerana minatnya yang mendalam dalam bidang tersebut.

Sebagai ibu,aku tidak menghalang kehendakkan dan mengizinkan dia pergi,Setelah kembali dari Terengganu dia akan menetap seketika di Kuantan untuk meneruskan jobnya di sana.

Seawal pagi lagi aku telah memberi salam melalui whatsapp tapi tiada balasan daripadanya.Aku tertanya-tanya kenapa dia tidak membalas whatsapp aku.Aku hantar lagi pada pukul 10.00 pagi tiada juga balasan daripadanya.Hati dan perasaan aku tidak keruan .Bermacam-macam bermain di fikiran aku sehinggalah aku menerima panggilan daripada emak aku menyatakan ada orang hendak bercakap dengan aku.Masih lagi bersikap redha dan memikirkan hanyalah kemalangan kecil sahaja.

Aku menelefon suamiku dan memaklumkan apa yang terjadi.Kami mengambil keputusan untuk pergi ke Kuantan ,Aku pesan supaya membawa pakaian aku kerana sudah tentu aku rimas memakai baju koprat kerja aku.Suami aku langsung tidak membawa apa-apa kerana pada fikiranku ia hanyalah kemalangan kecil sahaja dan sebagai pesakit luar.

Sepanjang perjalanan hanya yang keluar dari mulutku adalah zikir sahaja.Masing-masing menelefon untuk bertanyakan khabar tentang anakku.Aku tidak menjawab pun panggilan tersebut kerana hati tidak keruan ketika itu.

Tiba-tiba ada orang whatsapp dan hantar gambar keadaan sebenar kejadian itu.Aku tunjuk pada suamiku.Aku tidak sangka dia meraung dan menangis tidak berhenti-henti melihat keadaan anaknya.

Aku terus menyabarkan dirinya dan beristigfar banyak-banyak dan berdoa dengan Allah.Allah tetap sayangkan anak kita.Kami berhenti seketika untuk mengisi perut yang kelaparan ketika itu, Aku lihat wajahnya sugul dan tidak lalu  makan.Aku pun sama kerana bermacam-macam perkara telah bermain di  kepala aku.

Kami meneruskan perjalanan dalam keadaan membisu.Tiada sepatah perkataan pun yang keluar daripada mulut kami.Akhirnya kami sampai ke HTAA.Buat kali ke dua kami menjejakkan kaki ke sini kerana aku pernah hadir ke sini melahirkan my young hero 25 tahun lalu.

Hendak masuk ke hospital bukanlah semudah seperti dahulu .Disebabkan covid-19 kita perlu mematuhi SOP yang disediakan.Aku juga tidak terkecuali daripada itu sehinggalah aku memaklumkan nama si X dan ia memudahkan aku masuk untuk melihat sendiri keadaan anakku.

Allahhu...perkataan yang terkeluar daripada mulutku apabila melihat keadaan anakku.Dari kejauhan dan disebalik tabir langsir aku melihat anakku.......bergenang air mataku....












Saturday, August 15, 2020

 REDHA

Alhamdulillah apabila keputusan diambil untuk menyatakan hasrat kami diterima dengan baik.Kita suka melihat kemajuan kampung kita berkembang pesat walaupun ada generasi muda tidak boleh menerima perubahan yang berlaku.

Kejadian yang menimpa kami disebabkan oleh sedikit sahaja kesilapan oleh orang tertentu terus kami di label dan dikata dengan pelbagai perkataan yang pada aku begitu tidak manis bagi generasi muda melafazkan .Begitu  mudah melafazkannya tapi aku mengambil tindakan dengan mengucapkan terima kasih atas kata-kata itu.

Bagi aku kata-kata itu mengingatkan kisah lama suatu waktu dahulu.Bukan ungkitan tapi mereka lupa siapa yang pernah menolong mereka.Aku tetap ingat kata-kata tersebut dan tidak akan lupa.Bila senang begitulah .Mereka lupa semuanya.

Tapi alhamdulillah, dengan adanya kemajuan yang dibuat walaupun tidak nampak untuk jangka masa yang pendek,insyaallah untuk jangka panjang barulah mereka tahu sebenarnya kebaikan yang dibuat 




Saturday, May 16, 2020

PENGHARGAAN HARI GURU

 
Tanggal 16 Mei setiap tahun akan diadakan sambutan Hari Guru di peringkat sekolah tetapi kali ini sambutannya agak berbeza.Kali ini sambutan diadakan di rumah masing-masing.Disebabkan wabak Covid-19,kami hanya stay at home n stay safe saja.Duduk diam-diam di rumah kerana masih takut dengan wabak ini.

  Seperti biasa,selepas aku masak untuk berbuka.Aku berehat sekejap di bilik solat.Kali ini keletihan dan mengantuk yang amat sangat.Kedengaran bunyi suara orang memanggil .Aku diam dan meminta suamiku keluar untuk melihat siapakah yang empunya suara itu.Aku minta che abe aku mengambi lbarangan yang aku oder.Tetapi lain rupanya...Surprise delivery from my daughter  untuk kami berdua.Thanks along di atas penghargaan tersebut.


Nampaknya bulan Mei banyak sambutan yang kita raikan.Antaranya hari Pekerja,hari Wesak, hari Ibu  dan hari Guru.Aku juga akan menyambut hari Anniversaryku yang ke-29 pada 24.5.2020 nanti.
Semoga ikatan kekeluragaan antara kami akan terus kukuh.

Tuesday, May 12, 2020

HARI IBU:TERIMA KASIH


Terima kasih Along kerana membuat kejutan untuk mama sempena Hari Ibu.Kehadiran runner ke rumah ketika mama sedang membuat latihan untuk anak murid mama sebagai persediaan untuk hari esok.Biasalah bila berada di rumah..mama terus memanggil ayah supaya membuka pintu dan menerima barangan yang disampaikan .Mama tanya pada ayah siapa yang memberikan hadiah kejutan itu...ayah pun tidak tahu lantas meminta mama sendiri mengambilnya.

Terima kasih mengingati tarikh tersebut.....


12 MEI 2020

PEMBEDAHAN

Cerita lama berputar kembali apabila muncul tarikh 16.1.......
Sebenarnya tidak aku sangka aku perlu menempuhi pembedahan buat kali ke dua setelah 24 tahun berlalu .Sejak 5.9.1995 itulah pembedahan pertama kali dibuat apabila aku mempunyai implikasi semasa melahirkan anak kedua.(young hero).Sewaktu aku bertugas di Jengka Pahang...

Tapi akhirnya aku terpaksa akur dan aku perlu melaluinya buat kali kedua untuk menyelamatkan diriku.Aku tidak  menyedari bahawa aku sebenarnya telah mempunyai simptom fibroid yang sebenarnya aku ingat itu biasa-biasa sahaja.Sehinggalah suatu hari suamiku melihat aku seperti mayat dan mulalah terdetik di hatinya kenapa aku seperti itu.Dia mengajak aku ke klinik untuk membuat pemeriksaan.Aku menolak pada awalnya  kerana aku tidak sakit cuma aku mudah letih sahaja.Dia  bertegas untuk membawaku.Aku mengalah dan mengikut sahaja katanya sehinggalah pemeriksaan dibuat dan didapati hb aku tinggal 5 sahaja dan aku perlu mendapatkan rawatan susulan di hospital.Aku menerima panggilan telefon jam 8 lebih malam meminta aku mengambil surat di klinik dan terus ke hospital tetapi aku tidak bertindak seperti itu sebaliknya aku beri tempoh untuk masuk ke hospital.

Keesokannya,barulah aku ke hospital dan aku ditahan untuk jangka masa 4 hari untuk diperiksa dengan teliti.Pelbagai andaian yang aku dapati sepanjang aku berada di hospital dan dipindah dari satu wad ke wad lain.Aku redha dan ikut sahaja tanpa bantahan.

Bermulalah episod aku dan temu janji untuk pembedahan dibuat pada bulan Januari 2019 setelah aku menerima rawatan daripada bulan September 2019 dan dikesan penyakit aku pada bulan Mei 2019 .

Banyak kali pertemuan  diadakan dan doktor pakar juga telah berjumpa dengan suamiku menerangkan keadaan aku dan perlu menerima kenyataan.Suami aku setuju untuk dibuat pembedahan untuk menyelamatkan diriku.
Akhirnya pada 16.1 2019, aku dimasukkan ke bilik bedah...sapa kata tidak takut apabila ini adalah major operation...sepanjang perjalanan ke bilik bedah , mulut aku tidak berhenti-henti berselawat dan berdoa agar pembedahan aku berjalan dengan lancar, Masuk di bilik pembedahan jam 1.00 petang dan aku keluar jam 7.00 malam.Lamakan aku berada di situ.Syukur semuanya berjalan dengan lancar dan kesakitan yang aku alami tidak seperti semasa aku melalui pembedahan yang pertama.Kali ini rasa sakitnya kurang kerana jam 3.00 pagi aku telah boleh ke tandas sendiri dengan  berjalan perlahan-lahan.Alhamdulillah .
Lebih kurang 4 hari aku berada di hospital dan akhirnya aku dibenarkan kembali ke rumah ....sudah tentu aku suka kerana merindui rumah .Aku yang jenis suka duduk rumah dan sudah tentulah aku merindui suasananya.

Balik sahaja di rumah semuanya telah lengkap.Suami aku menyediakan kelengkapan bilik yang baik sekali dan memudahkan aku.Anak lelaki aku telah mengambil keputusan berhenti kerja untuk menjaga aku selama sebulan lebih.Terima kasih dik kerana sanggup mengorbankan kerja untuk menjaga mama....

Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan aku sepanjang aku berada di hospital dan juga ketika aku balik dari hospital.Kunjungan rakan-rakan ke rumahku membuatkan aku rasa terharu sekali.Terima kasih emak kerana memasakkan aku sepanjang aku berpantang.Terima kasih juga my  mil yang memasakkan untukku...Thanks also to my daughter yang menjaga aku di hospital.Semoga kesihatan aku terus bertambah baik.





Sunday, May 10, 2020

KEMBALI SEMULA

Lama sudah pena kasih ku tidak bersiaran....kesibukan membatasi segalanya sehingga aku lupa akan kewujudannya.
Bertahun juga ditinggalkan dan tidak dibuka2 sehinggalah tergerak hati ini melihat Pena Kasih.Momen2 indah ku simpan di sini untuk ditatap oleh sesiapa yang mengenali diri ini.Lama sungguh ........

Semenjak diisytiharkan PKPsehinggalah ke PKPB,banyak masa terluang begitu sahaja.Selain dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah sedikit sebanyak hati ini meronta untuk mencatatkan sesuatu sebagai memori untuk aku tatapi suatu masa nanti.
Banyak kenangan sebenarnya...

Walaupun PKP diisytiharkan dan Stay at Home disebabkan COvid-19 tapi tugas hakikiku tetap aku tunaikan terutama untuk anak-anak muridku.
Kami telah bersepakat untuk memberikan tugasan bagi mata pelajaran teras mengikut hari agar anak-anak murid tidak rasa bosan dan menimbulkan masalah kepada mereka.
Alhamdulillah aku tetap memperuntukkan masa untuk membuat kertas kerja bagi diberikan kepada murid sama dalam bentuk latihan  mahupun nota.
Cuba buat yang terbaik untuk mereka di saat ini.Banyak perkara yang perlu difikirkan sama ada mereka mempunyai talian yang membolehkan mereka membuat kerja2 yang diberikan.Banyak sudut yang perlu kita lihat.Alhamdulillah hanya beberapa orang murid yang tidak dapat membuat tugasan yang diberikan..mungkin mereka mempunyai masalah.

Walaupun hampir dua bulan lebih bercuti,, aku berharap anak2 murid SKCC terus belajar secara online...Aku tidak mahu mereka terus ketinggalan dalam bidang pembelajaran mereka.


LinkWithin



Related Posts with Thumbnails