Thursday, December 17, 2015

NOSTALGIA MESIN TAIP

Suatu ketika dulu.....inilah yang digunakan untuk membuat assignment....aku tidak ketinggalan juga menggunakan mesin taip yang lebih moden sedikit daripada suamiku.Banyak kenangan sebenarnya.


Aku ingat sewaktu aku belajar di maktab.......keperluan mesin taip amat diperlukan untuk menjalankan kerja-kerja kursusku....Aku maklumkan kepada ayahku yang aku memerlukan mesin taip......Alhamdulllah ayah tidak pernah menghampakan harapanku...Bersamanya aku pergi mencari mesin taip tersebut.Terima kasih ayah....

Pagi ini, suamiku tiba-tiba meminta aku mengambil gambar bersama mesin taip yang banyak meninggalkan kenangan indah buat dirinya..

Aku begitu sebak seketika apabila dia menceritakan bagaimana ayahnya menghantar mesin taip dengan menaiki kereta api ke UKM untuk kegunaannya.
Dia terus sebak juga sambil kulihat air matanya bergenang......

Soto yang aku hendak habiskan tidak jadi kerana terlalu sebak dengan ceritanya yang panjang lebar.....Aku yang sememangnya mudah tersentuh hati  tanpa menyedari ada beberapa orang  memerhatikan gelagat kami...lalu aku katakan lain kali jangan cerita perkara ini di hadapan orang ramai....nanti mereka ingat kami bergaduh..hehehhehe.

Akhirnya soto tinggal soto...nescafeku terbiar begitu sahaja dan kami berlalu pergi dengan perasaan sebak.Al-fatihah ayah mertuaku.




Saturday, December 12, 2015

PERJALANAN KEHIDUPAN SEORANG PENDIDIK (PART 3)

Hampir 5 tahun aku berkhidmat di Jengka...banyak perkara yang aku pelajari.Susah senang aku harungi juga kerana minat yang begitu mendalam sekali dalam profesion perguruan.

Apabila aku disahkan mengandung anak pertama....sudah tentu emosi aku turut terganggu seketika.Tapi sokongan moral daripada suami menjadikan aku semakin bersemangat.Rakan-rakan guru pula begitu mudah memberikan bantuan.Kami seperti sebuah keluarga .Memang seronok sebenarnya mengajar di kawasan felda.

Ibu bapa di sini juga sememangnya sangat prihatin...Rezeki anak sulung aku agaknya.Apabila musim buah-buahan,aku tidak ketinggalan merasainya.Orang kata tidaklah kempunan hendak makan pelbagai jenis buah...kalau tidak meleleh air liur anakku...

Di Pahang, suami aku kerap dihantar pergi kursus....Ketika itu  aku sarat mengandung dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk tidur di rumah rakan bujangku di Jengka.Bila berjauhan dengan keluarga menjadikan kita semakin matang bertindak.....

Aku terpaksa tinggal di rumah rakanku kerana ketika itu aku tidak pandai memandu kereta lagi.Memang sukar sebenarnya tapi aku perlu menerima kenyataan....

Rezeki suamiku juga bertambah kerana kebetulan UITM Jengka memerlukan seorang guru Bahasa Inggeris untuk mengajar di kampus sana.Suamiku sememang minat dalam bidang itu terus  menerima tawaran untuk mengajar di sana secara sambilan pada waktu  malam.Dalam keadaan sarat mengandung, aku sering menemaninya pergi ke sana.Lebih kurang 2 jam aku menunggu suamiku.

Sesuatu yang menarik ialah ketika aku ingin di 'observe' oleh PPD, guru besar aku sering mengelakkan aku daripada di 'observe'.Mungkin beliau memahami keadaan aku ketika itu yang tidak larat .Aku beruntung kerana guru besar  menyediakan tempat aku mengajar di kelas bawah.Anak-anak didik aku akan turun di kelas tersebut....Terima Kasih 'ayah Long' panggilan yang biasa diberikan kepada guru besarku.
Mereka selalu mengatakan aku begitu bertuah kerana sering terlepas di 'observe' oleh pihak atasan.Rezekiku agaknya.....



PERJALANAN KEHIDUPAN SEORANG PENDIDIK (PART 2)

Episod di Jengka.

 Melangkah pergi ke Jengka 4 dengan hati yang girang.Semangat untuk mengajar begitu bersungguh-sungguh sekali.Suamiku pula ketika itu diarah berpindah ke SMK Sri Jengka...sekolah yang baru dibuka.Aku menetap di rumah guru di situ.Orang yang baru mendirikan rumah tangga sudah tentu banyak kekurangannya.Aku terima dengan redha.....

 Setiap hari,aku keluar rumah selepas subuh dengan dihantar oleh suamiku.Perjalanan dari rumah ke sekolah aku bukannya dekat dan mengambil masa lebih kurang 45 minit tetapi itulah rutinku setiap hari dan setiap harilah juga aku akan pulang lewat sehingga petang malah ada kalanya sehingga jam 7.00 petang.Terima kasih kepada rakan-rakanku yang sudi menumpangkan aku di rumah mereka sementara suamiku menjemput aku....

 Aku telah diminta untuk mengajar murid-murid Tahun 1 ketika itu.....aku terasa seperti mahu menangis kerana aku tidak mempunyai pengalaman langsung namun aku sahut cabaran itu.Aku masih ingat ketika itu cikgu Kamaruddin memang beria-ia meminta aku mengajar tahun 1 kerana tiada guru lagi yang boleh diletakkan di situ.Akhirnya aku terima dengan bimbingan beliau.Aku di perhatikan selama 3 bulan dan selama itu tekanan perasaan yang aku hadapi..Setiap hari beliau akan masuk ke kelas melihat cara aku mengajar.....sesekali beliau membimbing aku.Alhamdulillah,akhirnya aku mampu menggalas tanggungjawab aku sebagai guru tahun 1.Aku ''enjoy' sebenarnya mengajar di Jengka 4,walaupun di kelas muridnya lebih daripada 30 orang.Sememangnya darah muda yang mengalir menjadikan aku terkenal sebagai seorang guru yang garang....Siapa yang mahu melihat anak didik sendiri tidak tahu membaca.....aku tanamkan niat aku untuk memastikan di akhir tahun anak-anak bawah jagaan aku mampu membaca, menulis dan mengira.Garang aku bertempat dan akirnya aku mampu memastikan anak didik aku menguasai 3M.

Bunyi kasut sahaja sudah mengerunkan murid-murid aku...anak-anak murid yang terdiri daripada lelaki dan perempuan sedikit sebanyak memerlukan kesabaran yang tinggi....Tapi aku 'happy' dengan mereka.Semangat aku semakin kuat untuk memastikan anak-anak felda berjaya..





Friday, December 11, 2015

PERJALANAN KEHIDUPAN SEORANG PENDIDIK (PART 1)

Pena kasih cuba mengungkaikan kisah perjalanan kehidupan seorang pendidik........pengalaman sendiri. Hampir 24 tahun rupanya aku bergelar seorang guru.Itulah cita-citaku sejak dari kecil.Naluri untuk menjadi seorang guru begitu kuat dalam jiwa aku.Alhamdulillah akhirnya termakbul hasrat dan cita-citaku.Terima kasih Ya Allah...Terima kasih emak dan ayah yang sentiasa mendoakan anakmu ini.Terima kasih semuanya..... Dengan bertitikkan semangat dan juga dorongan daripada orang yang tersayang yang kini menjadi suamiku.....akhirnya impianku tercapai.Terima kasih sayang....kerana tidak mudah jemu mengirimkan buku-buku sewaktu aku bersekolah dahulu...Aku masih ingat ketika itu dirimu masih belajar di UKM...tapi saban bulan buku tetap dihantar kepadaku..Bukannya sejambak bunga,bunganya sekeping kad yang ditunggu tetapi sebuah buku untukku....murninya hatimu. Alhamdulillah tawaran untuk meneruskan cita-citaku akhirnya sampai jua ke tanganku sewaktu aku berangan-berangan mengenangkan nasibku yang ketika itu bekerja di kilang...aku masih ingat setiap kali solat aku selalu berdoa agar cita-citaku untuk menjadi pendidik akan tercapai.Aku berjanji dalam diriku untuk menyenangkan kehidupan ibu dan ayah.Aku ingin mengubah kehidupannya.Alhamdulillah..berkat doa emak dan ayah akhirnya aku melangkah pergi ke Perak.Meneruskan cita-citaku.Bersama-sama dengan aruah Atok Senah aku ke sana dengan menaiki kereta api.Berlinang air mataku meninggalkan kampungku untuk meneruskan cita-citaku. Pendaftaran bermula....emak dan atok Senah terpaksa meninggalkan aku bersendirian di Perak.Bermulalah episod hidupku bergelar guru pelatih.Air mataku tertumpah jua.......terkenangkan emak dan ayah di kampung......aku mengerti.Aku perlu meneruskan cita-cita dan hasrat emak dan ayah.....Terima kasih emak....terima kasih ayah... Tiga tahun aku menuntut ilmu di MPKI...banyak pahit manis yang aku harungi....Tahun 1988 aku mengambil keputusan untuk bertunang..sekali lagi aku diduga dengan pelbagai cara tapi alhamdulillah ikatan kami masih utuh sehingga kini...Bukan senang sebenarnya apabila berstatus 'Tunang'...dugaan dan cabaran semakin hebat..onak dan duri kutempuhi jua.Sejambak bunga yang aku terima daripada seseorang menyedarkan aku yang aku sebenarnya tunangan orang.......aku tolak dengan cara yang baik dan aku ceritakan yang sebenarnya......Alhamdulillah 3 tahun aku harungi pelbagai cabaran dan dugaan dan kami mengambil keputusan mendirikan rumah tangga pada tahun 1991.... Akhirnya aku diterima untuk mengajar di SK Felda Pemanis dan ketika itu suamiku mengajar di Jengka 2.....Namun, suamiku ingin membawaku ke Pahang dan kami naik ke KPM berjumap pihak tertentu dan menyatakan hasrat untuk mengajar di Pahang.Permintaan aku diterima serta merta dan bermulakan perjalanan kehidupan aku di Pahang.....

PERTEMUAN

Perancangan yang tidak disengajakan akhirnya terjadi jua.....Itulah ketentuan yang telah ditentukan olehNya.Terima kasih buat suamiku kerana memberikan keizinan kepadaku untuk bertemu dengan rakan-rakanku.Hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam sahaja aku keluar untuk bertemu rakan-rakanku. Emmmm..belangkas kata emakku kerana sebenarnya aku bukanlah jenis yang suka keluar.Setiap kali keluar itulah aku bersama suamiku....Kami jarang keluar sendirian...bagiku terasa kekoknya jika tiada suami disisiku... Akhirnya perancangan untuk bertemu dengan sahabat sekolahku tercapai jua...empat orang sudah memadai.Kawan seangkatan semasa di sekolah menengah dan rendah.Kami tidaklah duduk jauh sangat hanya sekitar mukim yang sama tapi kami jarang dapat bertemu kerana masing-masing mempunyai urusan tersendiri........ Terima kasih Diah ...perjumpaan sebelum dirimu berangkat ke tanah suci pada hari Isnin .Kami doakan agar Diah sekeluarga selamat pergi dan balik dari Tanah Suci..semua orang mempunyai idaman untuk menjejakkan kaki ke sana.In Sha Allah akan menyusul suatu ketika nanti....
Banyak kisah menarik daripada kami sebenarnya...apabila kaum ibu keluar dengan keizinan si suami walaupun langkah panjang boleh kami lalui tapi batasannya tetap kami jaga.......Apa-apapun pertemuan ini amat bermakna buat kami..... Terima kasih sekali lagi buat suami di atas keizinanmu....

Friday, December 4, 2015

BILA HATI TERSENTUH..JIWAKU RAPUH

Tiba-tiba sahaja hatiku tersentuh.....selalunya aku tidak seperti itu. Tontonan di televisyen pada hari ini membuatkan hatiku sebak....tanpa disedari linangan air mata berjujuran.Aku toleh ke kiri melihat wajah che abeku dan wajah anak lelakiku...nampak mereka juga sayu tapi tidaklah sehebat aku. Jiwaku rapuh mendengar cebisan kata-kata daripada insan yang mengenali dirimu,Pak Yus.Aku bukanlah peminat lawak sebenarnya tapi apaila aku membaca kisah hidupmu yang dipaparkan di media sosial membuatkan hatiku terpaut untuk mengetahui kisah kehidupanmu.Ternyata begitu mulianya hatimu walaupun sebagai seorang pelawak.. Namun pastinya setiap kali aku mendengar kematian....jiwaku rapuh.Mudah tersentuh.Namun yang pastinya setiap yang hidup akan berakhir jua...kita tidak tahu bila dan ketikanya kita juga akan turut pergi.Meninggalkan insan-insan yang kita sayangi. Hanya yang mampu aku lakukan sedekahkan al-fatihah untuk mereka...mendoakan agar mereka di tempatkan di kalangan orang yang beriman.....

Tuesday, December 1, 2015

TERIMA KASIH....BUATMU ABE.

Catatan untuk che Abeku..... Terima kasih buatmu yang sentiasa mengambil berat tentang kami sekeluarga. Terima kasih jua kerana selalu memberikan semangat kepada diriku untuk terus memajukan diri sehinggalah aku akhirnya memiliki segulung ijazah.... Besar pengorbananmu sepanjang aku belajar di USM...aku masih ingat kali pertama mendaftar di USM sebagai seorang pelajar...Biarpun kenangan itu telah lama tapi momen indah tetap terpahat di hatiku sehingga kini. Bersama adik dengan menaiki bas sahaja ketika itu.....aku mula melangkah pergi untuk menuntut ilmu.Meninggalkan dirimu dan anak-anak setiap hujung tahun selama 3 minggu.Bukan senang sebenarnya untuk aku mengubah kehidupan diriku..belajar ketika usia semakin lanjut dan tanggungjawab di sekolah di bahagian pentadbiran sedikit sebanyak memberikan tekanan buat diriku... Tapi dirimu sentiasa memberikan motivasi buat diriku sehinggalah akhirnya segala susah payah selama 4 tahun aku harungi jua. Terima kasih juga kerana sehingga kini selalu memberikan motivasi buat diriku... memahami tugas dan tanggungjawab aku di sekolah sehingga tidak kisah pukul berapa aku berada di sekolah.....bukan senangkan untuk memahami tugasku.. Terima kasih sekali lagi untukmu......

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails