Thursday, January 8, 2015

HOBI BARUKU.....ORKID KINI MENJADI TEMANKU DI WAKTU PETANG

Kegilaanku pada pokok orkid sudah mula kembali setelah sekian lama aku meninggalkannya......Seingat aku tahun 2002 rumah baruku yang baru diduduki dihiasi dengan pokok-pokok orkid.Sebut mana sahaja tempat yang menjual orkid akan ku desak suamiku untuk ke situ. Namun hobiku tergendala seketika dan aku tidak ingat apa puncanya.Kini,hobiku berulang kembali.Hari ini sahaja aku membeli orkid potong sebanyak 10 batang....Waaaa meriahnya dengan orkid yang sedang berbunga. Setiap minggu aku tetap beli orkid .....itulah penangan orkid sebenarnya.Pengisian masa lapangku di waktu petang dan pagi ketika tidak bekerja. Yaaa...masing-masing mempunyai hobi tersendiri.Terima kasih juga buat che abeku yang juga kini sudah terjerumus dengan hobi aku.Sebut aja hendak beli orkid..fulus dihulurkan.Thanks banyak-banyak .Tempat orkid juga dibina untukku. Diam-diam ubi itulah yang boleh aku katakan..malah kini hasilan kerja suamiku diikuti oleh seorang penduduk kampung.DIa akui tidak terlintas langsung sebelum ini untuk membina semua itu tetapi setelah melihat suamiku membuat pagola akhirnya dia terjerumus juga.Idea daripada suamiku kini telah menular ke dirinya..Dua buah pagola dibina sekali....tahniah.
Gambar membicarakan semuanya...

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails