Wednesday, November 26, 2014

TAHNIAH,,,,SKCC BOLEH

Tahniah!itulah ucapan yang boleh kulafazkan untuk anak-anak didikku dan guru-guru SKCC yang telah berusaha untuk memastikan kejayaan Convent dalam pencapaian UPSR pada tahun ini.Namun,tidak semua impian itu menjadi milik kita kerana disetiap kekurangan ada kelebihannya.Begitulah pencapaian SKCC dalam pencapaian dalam UPSR. Menjadi kebanggaan kerana pada tahun ini, pelajar-pelajar yang mendapat 5A adalah seramai 8 orang dan dikirakan pencapaian terbaik dengan peratus kecemerlangan yang membanggakan .Memperolehi GPS dibawah 2 dan bersyukur kerana masih boleh mengekalkan gps terbaik dalam tempoh 5 tahun. Apa-apa pun tahniah sekali untuk murid-murid diatas pencapaian ini.

TAMANKU

Alhamdulillah berkat kesungguhan dan keinginan untuk melakukan,akhirnya taman idaman kami siap juga walaupun tidak secantik dan segah orang yang berkemahiran.Namun dengan kemahiran yang diperolehi akhirnya tamanku siap juga...terima kasih buat che Abe yang seolah-olah mengerti kehendakku.Sudah lama impian itu tapi disebabkan kekangan masa dan mengutamakan keperluan lain,kami abaikan impian tersebut.
Gambar menunjukkan taman impianku dan juga kolam kecil ikanku.....

Saturday, November 1, 2014

DANGA BAY....LAYAN KARENAH TERUNAKU

Ikutkan hati memang malas hendak ke JB.Menemani suamiku ke sana.Tapi dia beria-ia mengajak aku dan anak lelakiku ke sana.So,peluang dan kesempatan ini diambil oleh anak terunaku untuk ke Danga Bay.Memang hasrat untuk balik awal.Almaklumlah perlawanan bola sepak antara JDT dan Pahang memang dinanti-nantikan. Biasalahkan..bila dah ke Danga Bay aku mengambil kesempatan bergambar...Memoriku.
Hasrat dan impian terunaku hendak ke sana tercapai.....

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails