Friday, October 24, 2014

PROJEK KECILKU

Percutian yang amat berharga sekali...... Memenuhi masa cuti dengan sesuatu kerja memang kami nantikan.Pagi lagi kami ke kebun getah yang agak terbiar seketika disebabkan beberapa perkara yang lain perlu diutamakan.Akhirnya kebun kami dipenuhi dengan rumput.....menyeksakan.Tapi kami tidak sesekali patah semangat...kudrat yang sedikit ini kami gunakan untuk membersihkan kebun.Sekurang-kurangnya mengeluarkan peluh. Waktu petang pula, menemani hubbyku dengan projek kecilnya.Berminat untuk membuat sendiri walaupun aku mencadangkan agar minta orang lain sahaja yang membuatnya tapi semangat untuk melihat sendiri hasil kerja tangannya.............so aku menantikan.Bersama-sama dengan heronya membuat projek kecilnya.Kayu telah ditempah dan mengambi masa pula untuk membuatnya.Mempunyai seorang perunding yang sememangnya baik dan boleh dibawa berbincang............semoga impianku dan suamiku untuk melihat projeknya menjadi.............gara-gara ke homestay di Kluang.Syabas...try your best.
Semoga impian menjadi kenyataan....

Saturday, October 18, 2014

REZEKI TIADA SIAPA YANG TAHU

Lama sudah Pena kasih menyepi diri.....membiarkan ia bersarang begitu lama namun niat untuk menulis tetap ada. Nikmat apa yang hendak didustakan.....Rezeki mana mungkin ditolak kerana sudah tertulis itu rezeki kita. Syukur kepadaMu dan terima kasih buat keluargaku, mertuaku, suami dan anak-anak yang tidak pernah jemu-jemu menyokongku dari belakang.Tidak pernah untuk merungut atas kelewatanku kerana pada diriku setiap amanah yang diberikan aku akan cuba lakukan yang terbaik. Bila bekerja aku bekerja dengan sebaiknya walaupun mungkin tidak sesempurna kerana kita manusia sudah tentu akan ada kekurangannya.Bila usia bertambah kadang-kadang banyak juga yang terlupa...... Syukur kepadaMu kerana setelah bekerja hampir 23 tahun, telah 3 kali aku menerima anugerah perkhidmatan cemerlang.Tiada siapa yang menyangka dan aku sendiri pun sebenarnya tidak terlalu memikirkan anugerah itu kerana pada aku yang penting aku bekerja seperti yang dikehendaki.Tidak terfikir langsung untuk menerima itu semua. Alhamdulillah sememangnya aku bersyukur dengan apa yang aku nikmati hari ini.Aku berdoa agar semua ahli keluarga aku sentiasa memberikan sokongan kepada diriku dan aku juga berharap mereka semua berada di bawah lindunganMu.
Tahun ini, adikku juga menerima anguerah yang sama seperti aku.....Terima kasih emak dan ayah yang sentiasa mendoakan kejayaan anak-anakmu.

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails