Saturday, June 28, 2014

DISEBALIK KACA MATA....DI MAJLIS PERSARAAN

Alhamdulillah selesai sudah majlis persaraan untuk En Ali bin Yusof yang dijangkakan akan bersara pada 8.7.2014 ini setelah berkhidmat selama 32 tahun .Sudah tentunya sebak dirasakan meninggalkan dunia pendidikan yang sudah sebati dalam dirinya.Bergelumang dengan pelbagai cabaran dalam menempuh dunia pendidikan yang kian mencabar.Namun,setinggi-tinggi tahniah kepada beliau yang banyak membantu sekolah dalam menjayakan kegiatan kokurikulum sehingga menjulang nama SKCC di peringkat kebangsaan,Semoga usaha beliau akan diteruskan oleh rakan-rakan. Majlis yang diadakan di VIP Hotel ini amat bermakna sekali.Hampir keseluruhan warga SKCC berkumpul untuk bersama-sama meraikan beliau.
Pastinya pada malam itu, aku terpaksa bergaya dengan cermin mata.Sesuatu yang melucukan terjadi pada diriku.Terlalu rajin berkebun menemani che Abe menebang pokok.Akhirnya mataku dicium oleh serangga yang menyakitkan.Tiga das ciuman diberikan dan aku terpaksa ke klinik untuk mendapatkan rawatan.Satu suntikan dikenakan kepadaku untuk mengelakkan agak bengkaknya merebak.Tapi aku memang sensitif dan bengkaknya tetap ada sehingga hari ini.Semua mentertawakan diriku termasuk ayah dan emak melihat wajahku.Namun, aku puas hati dapat membantu ayah dan emak mengerjakan kebunnya.Janji hati mereka gembira.

Thursday, June 5, 2014

AIR PAPAN MERSING....SATU HARI YANG BERMAKNA

Pena kasih berbicara...sekitar percutian ke Air Papan Mersing..satu hari yang bermakna. Hasrat untuk membawa anak-anak bercuti akhirnya tercapai setelah kami bersepakat untuk ke Air Papan.Satu hari sudah cukup bermakna.Sudah puas untuk anak-anakku berjalan.
Anak-anak kecil sudah tentu seronoknya dapat bermain dengan air laut....
Satu hari sudah cukup bermakna....dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan.
Sebenarnya banyak aksi sepanjang percutian di Air Papan..

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails