Monday, February 24, 2014

CORETAN CERITA 20-22.2.2014

Bila Pena Kasih lama menyepi....namun masih ingin meneruskan bicara. Bermula pada 20.2.2014,lebih kurang jam 5.00 petang, aku bergerak ke masjid di kampungku untuk menjalankan aktiviti gotong-royong bagi menyambut sambutan Maulidur Rasul.Agak terlewat mengadakan majlis tersebut tapi bersyukur kerana dapat melaksanakannya dengan baik.Membersihkan persekitaran masjid,membakar sampah dan mencuci parit memang kerja yang aku suka lakukan.Bila sebut aja ada majlis di masjid,Insyaallah aku akan meluangkan masa untuk membantu membersihkan masjid apatah lagi apabila berjumpa dengan air. Alhamdulillah semuanya beres. Pada 21.2.2014,setelah usai memasak untuk suami dan anak-anakku yang akan bersolat Jumaat,aku dikejutkan dengan berita ada kematian di kampungku.Betul-betul azan berbunyi.Sebaik aku menerima telefon, aku terus menelefon emak memaklumkan akan berita tersebut.Semuanya tidak tahu.Aku faham ketika itu kaum Adam semuanya ke masjid.Aku menunggu suamiku pulang dan memaklumkan akan cerita tersebut.Dia juga terkejut kerana suamiku memang selalu menegur aruah ketika berada di Billion.Namun Allah lebih menyayanginya.Al-Fatihah. Dalam masa yang sama, aku dikejutkan dengan berita kematian 8 pelajar sekolah di daerahku di Sungai Muar,Buloh Kasap.Tersentak aku sekali lagi dan sudah tentu terasa sebak.Aku berhasrat untuk ke sana tapi dalam masa yang sama aku perlu ke masjidku untuk bergotong-royong bersama-sama penduduk kampung bagi majlis sambutan Maulidur Rasul.Alhamdulillah, sambutan yang di luar dugaan.Semakin ramai yang hadir ke majlis tersebut.Penduduk yang berhampiran dari kampungku juga turut ada dalam majlis tersebut. Pada 22.2.2014, selepas sahaja aku membeli-belah di pasar tani, aku bersama suami ke Buloh Kasap untuk melihat sendiri kejadian tersebut.Memang ramai yang pergi ke sana.Kaum CIna dan India juga turut ada di situ.Begitu sedih sekali apabila aku terpandang kasut mereka di pondok berhampiran sungai tersebut.Tidak sedar bergenang air mataku melihat situasi tersebut.Naluri keibuan tetap ada.Ketabahan hatiku akhirnya terlerai juga.Aku dengar sahaja mereka yang bercerita di situ sehinggalah ada seorang 'apek' meminta aku memberitahu pihak bomba di mana tempat yang mula-mula sekali mereka nampak pelajar tersebut terkapai-kapai.Aku sendiri meminta 'apek' tersebut memberitahu sendiri kepada bomba.Suamiku sudah jauh meninggalkan aku kerana dia bergerak di tepi tebing berhampiran kejadian.Sekejap dia menelefon aku agar aku pergi di tempatnya tapi aku tidak sanggup melihat wajah keluarga mangsa.Terus terang aku katakan, aku tidak segagah mereka.Hatiku mudah tersentuh melihat kejadian seperti ini terutama melibatkan anak-anak. Pena Kasih: Al-Fatihah untuk adik-adik yang pergi meninggalkan kita di usia yang muda.

Friday, February 14, 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL....

Bicara Pena Kasih pada kali ini berkaitan dengan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah.kekangan masa bukan dijadikan alasan untuk tidak mengadakan majlis seumpama ini.Perancangan yang telah dirancang akan tetap juga diadakan.Alhamdulillah akhirnya majlis dapat diadakan dalam suasana yang lancar walaupun mengambil masa tidak lama. Progam untuk non-muslim juga diadakan.Mereka tetap menjalani pembelajaran begitu juga dengan murid-murid Islam.Mereka dapat ilmu terutama berkaitan dengan hal-hal keagamaan.So tiada masalah dengan proses pembelajaran mereka. Majlis yang diadakan seawal pagi,dimulai dengan selawat ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.a.w diketuai oleh Cikgu Nordin bersama dengan cikgu Supian. Semua pelajar bergerak ke padang untuk perarakan tersebut.
Semua murid bergerak ke dewan untuk meneruskan program seterusnya.
Diah dengan rakan-rakan lain bersama-sama dengan AJK PIBG memotong buah tembikai untuk dijamu kepada semua pelajar sekolah.
Semua guru berada di dewan untuk mendengar ceramah sempena maulidur rasul....
Semua guru dan tetamu dijamu dengan nasi minyak..... Semoga bertemu lagi di tahun hadapan dan pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru dan AJK PIBG yang telah memberikan kerjasama sepanjang majlis dijalankan.

Saturday, February 8, 2014

PERGI YANG TIDAK AKAN KEMBALI....AL-FATIHAH

Pena Kasih terus berbicara. Selepas solat subuh,seperti biasa aku akan menggaji.Tiba-tiba hati aku teringat-ingatkan seseorang yang hampir denganku.Pak Yem..nama yang begitu sinonim buat diriku.Gelak ketawa,lawak jenakanya membuatkan kami adakalanya terbayang-bayang wajahnya.Sudah lama tidak melihat wajahnya sejak berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mendapat rawatan rapi di sana. Seperti biasa, aku seperti terdengar-dengar namaku dipanggil lebih kurang jam 6.30 pagi.Terdengar seperti suaaranya.Aku biarkan begitu sahaja sehinggalah jam 7.00 lebih aku menerima panggilan telefon mengatakan beliau telah kembali ke rahmatullah.Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un....buat dirinya. Aku terus memberitahu che Abe aku dan emak serta saudara-maraku yang lain.Jam 10.00 pagi aku meninggalkan rumah dan terus ke Kg Gelang Chinchin.Lama juga kami menunggu di situ sehinggalah jam 2.30 petang barulah jenazahnya sampai di Masjid Kg Gelang Chinchin.
Semua ahli keluarga sebelah aruah Mak Ngah menunggu jenazahnya.
Kami berjalan kaki ke tanah perkuburan yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Aku mendoakan agar aruah tenang di sana.Al-Fatihah.

Wednesday, February 5, 2014

SEPETANG DI KEBUNKU...

Pena Kasih masih bisa meneruskan bicaranya. Kebun yang terletak di belakang rumahku sering dibersihkan.Sekejap diracun dan dibiarkan begitu sahaja sehinggalah kali ini kali kedua aku dan hubby mengambil keputusan untuk membersihkan dengan sebaiknya.Bukan apa kadang-kadang kerja terlalu banyak membuatkan kami melupakan seketika hasrat untuk berkebun. Ah Liat yang selalu mengerjakan kebun aku apabila aku ingin membersihkan kawasan kebun.Dari dahulu lagi,dari kerja-kerja membuat tapak rumah sehinggalah kerja-kerja membersihkan kebunku.Senang berbicara dan berunding dengannya.
He is very kind person dan selalu menolong kami sekeluarga.Banyak perkara yang dikongsikan bersama kami. Tanah yang seluas 1 ekar lebih ini kalau dibiarkan sudah tentu rumput dan anak-anak pokok akan membiak dan tumbuh dengan suburnya.Selepas ini, dia memberitahu hubby supaya meracun dahulu rumput-rumput yang ada agar anak pokok getah hidup subur .Bulan Mac baru boleh tanam pokok getah, katanya.
My hubby juga menolongnya menebang beberapa batang pokok kelapa tua.Apa lagi , aku pun menelefon emak saudara agar membantu mengumbut pokok kelapa.
My hubby bukannya pandai sangat dengan kerja-kerja memotong kelapa menggunakan mesin tersebut tapi sikap ingin mencuba dan aku sentiasa bersamanya setiap kali dia memotong pokok .Aku dan dia kini sedang membersihkan kebun ayah yang terletak bersebelahan dengan kebunku.Memotong anak-anak pokok yang tumbuh meliar di kebun ayahku.Janji orang tuaku puas hati melihat kebunnya bersih.Aku lakukan kerja-kerja tersebut pada waktu cuti sekolah sahaja.
Semoga impian dan hasrat untuk menanam pokok getah kali ini menjadi daripada membiarkan kebun aku ditumbuhi dengan semak samun. PENA KASIH: Semangat itu penting.

Monday, February 3, 2014

SELAMAT HARI LAHIR, KIMI

Bicara Pena Kasih diteruskan. Pagi lagi my Mil telefon aku memaklumkan yang Adah sekeluarga sudah balik ke Segamat dan akan mengadakan majlis sambutan birthday anaknya,Kimi.Meminta aku supaya datang ke rumah Ani pada waktu malam untuk bersama-sama meraikan majlis Kimi.Terima kasih atas ajakan tersebut. Sempat lagi aku menjahit langsir dan ke majlis yassin di kampungku sebelum aku bertolak ke rumah Ani selepas maghrib.Aku memaklumkan kepada hubby tentang perkara tersebut dan sempat lagi aku ke bandar untuk membeli hadiah buat KImi.
Atok Dollah bersama dengan Utih turut sama meraikan majlis Kimi.Nampak keletihan di wajah atok Dollah.
Haziq with his cousin's.Fifi kali ini lebih mesra dan sentiasa bersama Haziq.
Sempat berposing bersama anak lelakiku.....
Selamat Hari Lahir Kimi.Juadah yang disediakan untuk sambutan hari lahir,Kimi.
PENA KASIH:Menunggu tarikh 16.4.

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails