Friday, August 30, 2013

SAMBUTAN KEMERDEKAAN

Sambutan Kemerdekaan di daerah Segamat...meriah.
Aksi anakku yang turut sama menyertai perbarisan..
PENA KASIH: Tidak pernah tidak pergi ke majlis tersebut.

DISEBALIK ITU...

Lately ni memang aku sibuk.Banyak perkara yang perlu dibereskan.September muncul dan banyak peristiwa/perkara yang perlu dibereskan.Sebelum ini, aku sibuk pergi kursus di Johor Bahru.Seronok memang seronok.Ilmu baru dapat, kawan dapat..oppps makan best. Balik kursus my hubby maklum aku perlu mengikutinya ke UiTM untuk programnya.Ikutkan malas...tapi nak dapat pahala senang aja.So,aku mengiakan permintaannya.2 tahun dahulu aku bersama dia juga dengan studentsnya.Seperti anak-anakku sendiri bila tengok gelagat mereka. Hubby kata kali ini dia buat tema Zaman kesultanan Melaka.AKu terharu juga tengok kesungguhan mereka dalam membuat persediaan untuk program tersebut.Aku beri sokongan kepada che Abeku.Berangan sekejaplah sewaktu zaman tersebut.Mungkin kekangan masa menyebabkan banyak aktiviti yang tidak diijalankan.Tapi aku tertarik dengan persembahan daripada pelajar-pelajar tersebut.
Layan aja permintaan che Abe aku untuk turut hadir pada malam ini....berangan dok jadi permaisuri.Memangpun jadi permaisurinya.Thanks che Abe.
Ada perdebatan antara pelajar..memang menarik.Mereka menggunakan bahasa istana.
Kami dipersembahkan dengan tarian oleh dayang-dayang. Nanti sambung cerita lagi...

Saturday, August 17, 2013

SANTAI DI GUNUNG LAMBAK

Terima kasih kepada che Abe kerana melayani karenah kami yang ingin singgah di Gunung Lambak buat seketika sebelum meneruskan perjalanan ke Batu Pahat.Melayan karenah dua orang anak manja kami. Pastinya berhenti sekejap melihat panorama di kaki Gunung Lambak.Tidak jauh pun perjalanan kami ke situ.Bersantai dan berposing-posing memenuhi impian kedua orang anak kami.Aku hanya ikut sahaja.
Anak lelakiku bersama dengan ayahnya....
Anak perempuanku bersamaku...
Memang cantik sekali panorama di kaki Gunung Lambak.kami tidak naik sampai ke atas takut tidak sempat untuk bersantai di Batu Pahat.Apa-apa pun kami gembira.
Aksi anak-anakku dan che Abeku. PENA KASIH: Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh Untuk mengawali kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai penggantinya

Thursday, August 15, 2013

MASIH BERSEMANGAT

Hampir seminggu kita merayakan Hari Raya Aidil-Fitri.Sudah dua hari saya diarahkan untuk pergi ke sekolah.Hari ini, saya bertugas dan berpeluang berjumpa dan bersantai buat seketika dengan murid-murid Tahun 6. Alhamdulillah, hanya empat orang sahaja yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu dan kami menerimanya dengan berkenyataan. Sempat juga saya berbual-bual dan memberikan motivasi kepada mereka.Menjenguk seketika di dalam kelas bersama-sama dengan guru Matematiknya.
Sempat lagi melihat anak-anak didikku yang tekun membuat latihan Matematik.
Biarpun,semangat berhari raya di kalangan kanak-kanak ada, tapi mereka juga akur kerana peperiksaan UPSR kian hampir.Menghitung hari dan harapan kami agar mereka dapat menjawabnya dengan tenang.Pihak sekolah telah berusaha dan semangat yang ditonjolkan oleh guru amat dialu-alukan. PENA KASIH: Semangat juang yang tinggi di kalangan pelajar amat dihargai.

Wednesday, August 14, 2013

SI HITAM

Emmm......satu-satunya kucing yang sukar didekati.Dari kecil sehinggalah besar,tidak sesekali dapat dipegang.Hanya menumpang tidur dan makan sahaja.Pandai membawa diri. Sudah beberapa kali begitu teruja untuk mengambil gambarnya tapi setiap kali didekati,ia akan lari lintang-pukang.Hanya dapat melihat dari kejauhan sahaja. Sehinggalah baru-baru ini, ia berpeluang masuk ke dalam rumah.Mencari makanan.
Mempunyai bulu yang tebal dan ekor yang menarik, menyebabkan kami begitu teruja untuk memegangnya tapi semuanya tidak dapat.My Abe juga begitu.Ingin melihatnya dari dekat tapi tidak pernah dapat.
Suka tengok matanya. PENA KASIH: Adakalanya kita harus mengalah bukan untuk kalah, tapi memenangkan suatu permasalahan dengan bijaksana.

Tuesday, August 13, 2013

TETAMU DARI GANU

Anakku memaklumkan bahawa ada tetamu dari Ganu akan bertandang ke rumah kami.Berjalan-jalan semperna hari raya. Aku pun menyediakan juadah untuk makan tengah harinya.
Masakan simple...
Sempat lagi berposing...
Bergambar sebelum balik di rumah emak. PENA KASIH:Selamat Hari Raya

Monday, August 12, 2013

KAWAN LAMA..

Bukan senang untuk berkumpul seperti ini.Peluang di bulan yang baik inilah mempertemukan kami yang sekian lama ingin sekali membuat pertemuan dengan rakan-rakan sewaktu di sekolah rendah mahupun menengah.Perancangan yang tidak dirancang.Deringan telefon diangkat dan mereka memaklumkan untuk datang ke rumah.Tiada persiapan makanan untuk rakan-rakanku ini.Begitu pantas pertemuan.Jam hampir ke pukul 6.00 petang mereka berkumpul di rumah aku. Kami mula merancang untuk pergi ke rumah rakan lain.Alhamdulillah, kami dapat bertemu dengan semua rakan yang dekat kecuali Edah sahaja.
Sempat lagi menjengah dapurku.. Rumah Norlida....
Rumah Diah...
PENA KASIH: Merancang untuk berjumpa lagi...

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails