Saturday, June 29, 2013

MERENTAS DESA...

Program tahunan yang menjadi kebiasaan dijalankan sebelum sukan tahunan yang dijangkakan akan diadakan pada 4 Julai ini. Mereka memang 'excited to join' program ini terutama murid tahun 3.FIrst time diberi peluang untuk menyertai program ini.Sudah tentu sambutannya amat baik. Aku juga tidak melepaskan peluang untuk bersama mereka.Dari sekolah ke Sg Kapeh...uhhhhhhhh.Memang penat.Apa taknya sudah lama tidak berjalan sebegitu jauh.Semua anggota badanku terasa sakit-sakit. Tapi aku gagahi juga untuk bersama-sama anak didikku.Penat tapi seronok.... Alhamdulillah semuanya dapat berjalan dengan lancar sekali dan terima kasih kepada semua AJK program merentas desa kerana dapat melaksanakan tugas dengan baik sekali. PENA KASIH: Perlukan kerjaasama untuk kejayaan sesuatu program.

Thursday, June 20, 2013

BERTEMU

Bertuahnya...walaupun menetap di Segamat tapi kami tidak berkesempatan untuk bertemu.Kursus menemukan kami yang terpisah dek kerana kesibukan. Tiada siapa jangka kehadiran kami ke tempat kursus pada hari pertama memberi peluang untuk kami mengimbau sejarah kehidupan kami sewaktu bersekolah di SMCC dan STS. Pastinya kami bersyukur kerana ketika itu peluang untuk menjejakkan kaki ke peringkat universiti tidak berjaya tapi kami masih berpeluang melanjutkan pelajaran lagi.Namun itu tidak pernah sekali memadamkan harapan kami agar suatu hari nanti kami akan dapat menjejakkan kaki ke universiti.Syukur kerana masing-masing akhirnya berjaya ke sana juga walaupun agak lewat. Bersyukur juga kerana majoriti rakan-rakanku kebanyakkannya bergelar guru.Yang tidak bergelar guru juga masih memegang jawatan yang baik juga. Bila sudah bertemu..macam-macam cerita yang terungkai.Namun ianya hanya berkisar kisah kehidupan kami bertiga sahaja.Masih ada dua hari lagi untuk bersama.Memang seronok dan 'enjoy' dengan kursus yang memberi manfaat kepada kami untuk diterjemahkan kepada anak didik pada tahun hadapan.Subjek baru walaupun dahulu kami belajar 'Tawarikh'.
PENA KASIH: MEREKA SAHABATKU...

Sunday, June 16, 2013

BUNGA ROS HOBI BARUKU

Dua minggu masa berlalu begitu pantas sekali.Banyak perkara atau aktiviti yang berlaku sepanjang dua minggu bercuti.Dari kenduri kahwin hinggalah kenduri menyambut bulan Ramadhan tidak lekang sepanjang cuti persekolahan.Hari minggu dipenuhi dengan undangan.Ada yang pergi dan tidak pergi kerana terlalu banyak jemputan dalam masa sehari. Walaupun sibuk,aku tetap dengan hobi baruku.Memiliki dan menanam bunga ros yang mula memenuhi masa luangku.Walaupun kawasan luas, aku lebih suka menanam di ruang garaj kereta yang mempunyai sedikit tanah.Setiap kali masak, aku akan berhenti dan melihat bunga-bungaku.Ia perlu dibelai juga. Minggu ini aku ke Johor.Menemani suamiku yang ada urusan di sana.Aku menginap di hotel sahaja.Sempat lagi aku berjalan-jalan dan mencari bunga ros.BIla nampak sahaja aku terus sambar pokok bunga ros.kini, ia menjadi kegilaanku. Aku bertanya juga cara menanam pokok bunga ros kerana aku baru hendak berjinak-jinak dengan pokok tersebut.Penjual tersebut 'prefer' aku tanam di tanah berbanding di dalam pasu.Ada juga yang aku tanam di pasu. Aku harap hasil tanaman aku akan menjadi kerana aku ni kalau tanam banyak yang mati dari hidup...panas,panas,panas.Kadang-kadang aku suruh che Abe aku menanamnya. Koleksi sebahagian pokok ros dan juga ros jepun yang aku tanam.. PENA KASIH: Tenang dan damainya hati disebalik keindahan bunga.

Friday, June 7, 2013

1st DAY -RUMAH MAK MENTUA

Puasa hampir tiba...sudah tentu ramai di antara kita yang mengada majlis kenduri.Begitu juga dengan rumah emak mentua yang mengada kenduri selama 2 hari.

Wednesday, June 5, 2013

SEKETIKA BERSAMA APIZ DAN ADIF

Menerima panggilan telefon from Apiz yang meminta Uda Wa ke rumahnya.Meminta diajarkan Bahasa Inggeris kerana dia tidak memahami.Lantas, aku meminta dia menelefon Kak Fatin dan maklumkan kepada Kak Fatinnya agar dapat membantunya mengajar Bahasa Inggeris.Begitu cepat sahutan daripada aku lalu terus mendail nombor kak Fatinnya. Lantas Kak Fatin ke rumahnya mengajar Bahasa Inggeris yang mengandungi puluhan atau belasan helaian yang perlu disiapkan.Kali ini Kak Fatin tidak garang katanya.Kalau dahulu Kak Fatin garang.Aku tersenyum mendengar dia berceloteh sewaktu berada di rumahku.Beria-ia kedua-dua orang adik beradiknya hendak mengikut Kak Fatin ke rumahku. Soalan pertama abang Ngeh ada tak kat rumah.Lantas aku katakan abang Ngeh ada yang ketika itu sedang bersolat.Dia ingin mengikut abang Ngehnya bersolat.Terus saja dia mengikut abang Ngehnya bersolat. Seusai solat....abang Ngehnya menyapu sampah di luar rumah.Lantas kedua-dua adik beradik mengambil penyapu lalu menolong abang Ngehnya menyapu sampah.Bestlah rumah Uda..boleh sapu sampah.Aku tidak banyak berkata-kata kerana menyediakan air untuknya dan bubur caca untuk dimakan selepas usai menolong abang Ngehnya. PENA KASIH: Melentur buluh biar dari rebungnya.

Sunday, June 2, 2013

SUASANA DI RUMAH NGAH.....

Dalam kesibukan menghadiri majlis perkahwinan, sempat lagi aku ke rumah ngah memenuhi undangannya.

Saturday, June 1, 2013

DARI CELAH TINGKAP......

Aku selalu memerhatikan gelagat anak lelakiku tatkala ayahnya memesin rumput.Dari celah tingkap dia akan sentiasa memerhatikan ayahnya.Mungkin teringin sangat untuk belajar memesin tetapi selalu tidak dibenarkan oleh ayahnya.Sehinggalah di hujung minggu percutian kali ini, ayahnya memberikan percubaan untuknya menggunakan mesin rumput.Bukan kepalang gembiranya....tersengih-sengih dia mencuba menggayakan mesin rumput ayahnya. Sekali sahaja ayahnya mengajar dia.Cepatnya dia dapat belajar kemahiran tersebut.Walaupun belum mantap sepenuhnya.Tapi sikap beraninya yang ingin mencuba membuatkan aku gembira. Jawapannya...penat juga memesin rumput.Tiada kerja yang tidak penat.Tiada kerja yang senang malah duduk goyang kaki di rumah sahaja pun sudah penat.Ayahnya menyuarakan kepada anaknya.Diam dia memikirkan kata-kata ayahnya.

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails