Thursday, May 30, 2013

KASIH ANAK-ANAK.

Tepat jam 12.00 malam, menerima mesej daripada sepupuku.ketika itu, aku lena dibuai mimpi.Hubby mengejutkan aku dan memaklumkan Pak Yim berada di hospital Segamat.Wad kecemasan dan tanpa memikirkan apa-apa, aku bersama-sama hubby terus ke hospital.Anak lelakiku tidak diberitahupun kerana dia masih lena.Emak dan ayah juga aku tidak maklumkan kerana bimbang mereka akan terkejut. Sampai di sana, aku terus berjumpa dengan anak-anaknya.Aku tidak dibenarkan masuk dahulu untuk diberikan rawatan kepada bapa saudaraku.Aku terus menunggu di luar.Doktor cuba untuk membantu bapa saudaraku yang telah koma ketika itu.Keadaan tekanan darah yang tidak stabil memerlukan perhatian yang lebih.Tepat jam 2.30 pagi, bapa saudaraku disorong ke bili ICU.Aku bersama-sama hubhy dan anak-anaknya serta keluarga sebelah bapa saudaraku turut menghantarnya ke bilik ICU.Lama juga kami berada di situ dan sehingga jam 3.00 pagi kami mengambil keputusan untuk balik. Keesokkannya anaknya memaklumkan yang ayahnya kritikal dan pagi2 lagi aku bersama hubby ke hospital untuk melihat keadaannya.Memang kritikal dan anak-anak telah dipanggil untuk dimaklumkan keadaannya.Akibat sawan selama 20 minit menyebabkan Pak Yim kritikal.Tekanan darah semakin rendah.Segala bantuan telah diberikan.Tiada perubahan.Semuanya dengan bantuan mesin sahaja.Sayu hati aku melihat keadaannya.Segala organ utama dalam badan sudah tidak berfungsi lagi.Itu kata doktor. Hubbyku yang kurang tidur kerana baru balik dari JB juga rasa hendak pitam dan aku meminta dia merehatkan diri dahulu.Dia mencari tempat yang agak selesa sedikit. Tapi kuasa Allah siapa tahu.Alhamdulillah, pada hari ini Pak Yim menunjukkan perkembangan yang positif.Sudah boleh menggerakkan jari-jarinya dan mata cuba untuk dibuka apabila namanya dipanggil.Setiap hari, kami sentiasa mendoakan agar Pak Yim sembuh seperti sedia kala. Kasih anak-anaknya terhadap ayah memang tidak dinafikan apatah lagi apabila mereka juga kehilangan ibu hampir setahun yang lalu. PENA KASIH: Teringatkan gurauannya..

Tuesday, May 28, 2013

APA IA TAHU....

Seekor kucing berkeliaran di padang sewaktu pertandingan bola sepak antara Johor dan Pahang menarik perhatianku.Sempat lagi ku minta anak lelaki merakamkan gambar tersebut melalui kaca TV.Apatah lagi ketika itu,kami duduk bersantai menantikan perlawanan bermula. Tidak juga wisel ditiupkan untuk bermulanya perlawanan tersebut.Rupa-rupanya ada beberapa perkara yang berlaku.Hasrat berkobar-kobar untuk menonton akhirnya dihabiskan dengan penundaan perlawanan.Selepas itu, masing-masing membuat haluan sendiri. Hanya gambar ini menjadi tontonan kami... PENA KASIH: Kucing pun ada perasaan...

Sunday, May 26, 2013

MASA LUANGKU..

Kini aku berbalik semula dengan kegemaranku.Menanam bunga.Kalau dahulu aku memang mengisi masa lapangku dengan menanam bunga tapi disebabkan kesibukan, kegemaranku ditinggalkan dan akhirnya bunga-bungaku banyak yang mati. Kini, aku akan sentiasa menjaga taman miniku. PENA KASIH: Sukakan keindahan ciptaan Allah.

Friday, May 24, 2013

ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN

Cuti pertengahan pertama persekolahan telah bermula seusai sahaja murid-murid menduduki peperikssaan. Tergambar keriangan di wajah mereka.Penat lelah selama 5 bulan persekolahan dicurahkan di atas kertas untuk memastikan pencapaian mereka setengah tahun pertama.Namun, yang pastinya ada yang menjawab dengan bersungguh-sungguh malah ada juga yang hanya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja.Begitulah dunia kanak-kanak. Namun, apa yang ingin ku coretkan di sini ialah kisah perjalanan seorang guru yang telah memberikan khidmat bakti dalam dunia pendidikan.32 tahun mengharungi dunia pendidikan di beberapa buah negeri sudah tentu banyak peristiwa dan pengalaman yang manis dan pahit dialami.Namun, darah pendidikan masih segar dalam diri. Titisan air mata sudah jelas menggambarkan agak sukar untuk meninggalkan dunia pendidikan yang sudah sebati dalam diri.Membimbing,mendidik dan mengajar dengan penuh semangat. Akhirnya,pada hari ini berakhirlah tugasnya sebagai guru pemulihan di sekolah ini.APa yang aku kagumkan ialah semenjak beliau mengambil alih kelas pemulihan, sekolah ini tidak lagi mempunyai murid-murid yang buta huruf.Mampu menggalas tugas dengan dedikasi, sikap penyayang yang ada dalam diri,senitasa berinteraksi dan berkomunikasi dengan ibu bapa murid-murid yang bermasalah dalam pembelajaran menyebabkan sekolah ini mampu memperolehi 100% celik huruf.Adakah akan ada pengganti seperti ini?Aku harapkan dan mendoakan agar SKCC akan terus cemerlang dengan adanya gandingan guru-guru lama dan baru.Adat di dunia ini, silih berganti. Kini tiada lagi guru-guru lama yang banyak memberi tunjuk ajar kepada kami.Yang tinggal hanya kami yang akan bergelar status guru veteran.Semoga semua guru SKCC akan terus berganding bahu bersama-sama untuk memastikan anak didik terus cemerlang .

Saturday, May 18, 2013

LAMBAIAN TERAKHIR...

Lagu Salam Terakhir dendangan Allahyarham Sudirman Hj Arshad mengiringi lambaian terakhir buat Kak Ana yang akan meninggalkan dunia pendidikan yang telah diceburinya selama 35 tahun.

SELAMAT HARI GURU

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails