Wednesday, January 30, 2013

SEIKAT RAMBUTAN DAN MATA KUCING

Aku sebenarnya begitu puas mengajar di kawasan yang rata-ratanya anak bangsa kita.Kepuasan hatiku, aku gambarkan sendiri dengan semangat yang aku tunjukkan untuk memastikan anak-anak didikku berjaya mencapai sasaranku di hujung tahun.

Aku memang tegas tapi dalam ketegasan dan kegarangan aku, tidak pernah pun ibu bapa di Jengka berjumpa dengan aku setiap kali aku memarahi anaknya yang tidak menyiapkan kerja sekolah.Pastinya aku mahu mereka berjaya.

Dalam ketegasan aku, setiap pagi akan ada anak muridku menunggu aku di tepi pintu masuk sekolah.Malah berebut-rebut untuk menolong membawa beg aku.Untuk tidak menghampakan mereka, aku gilirkan dua orang setiap hari.Aku didik dan  menyemaikan dalam diri anak murid aku akan sikap saling bantu-membantu dan menolong guru apabila nampak guru membawa bebanan yang berat dan banyak.Aku didik mereka agar  membantu guru-guru lain juga.
Tapi hati aku tersentuh kerana setiap hari apabila tiba musim buah-buahan,ibu bapa di kawasan tersebut tidak lupakan kami.Di sekolah itu, kebanyakkan guru tinggal di rumah kuarters malah ada yang merupakan anak tempatan.Hanya aku seorang sahaja yang berulang-alik setiap hari lebih kurang sejam lebih.Setiap hari, ada sahaja yang memberikan aku buah-buahan tersebut.

Aku masih ingat lagi wajah pak cik yang sering memberikan aku seikat rambutan dan mata kucing setiap  kali menjemput anaknya.Orangnya rendah sahaja dan sentiasa tersenyum.Sehinggakan rakan-rakanku berkata, bertuahnya badan.Ada orang yang sentiasa menghulurkan buah-buahan kepadaku.Lantasku katakan itu rezeki...jangan ditolak.Apabila waktu petang aku sering bersantai di tepi padang sekolah suamiku bersama-sama dengan jiranku.Kami akan makan buah-buahan yang aku bawa setiap hari.Aku panjang-panjangkan pemberian pak cik tersebut.

PENA KASIH:

Gemar akan buah-buahan tempatan...

Tuesday, January 29, 2013

GURU KECIL....

Bila berhadapan dengan pelbagai ragam murid sudah tentu adakalanya aku kehilangan sabar.Ketika itu aku baru keluar dari maktab dan semangat untuk mengajar sudah tentu berkobar-kobar.Mempraktikan ilmu yang diperolehi dengan keadaan yang sebenar amat berbeza.Tapi pengalaman menjadikan semakin hari semakin   mahir aku mengawal emosi.Aku mudah naik angin melihat sikap anak murid.

Tapi apabila aku renung kembali,itulah realitinya di zaman muda aku.Mudah naik angin jika murid melakukan kesalahan atau berbuat bising.Akhirnya,aku cuba mengawal emosi yang ada kalanya tidak stabil.

Anak-anak didikku akan senyap apabila mereka tahu aku akan masuk ke kelas.Bunyi kasut aku sudah cukup mengerunkan mereka.Niatku satu sahaja, aku hendak anak didikku menjadi anak yang berjaya.Aku tidak mahu di akhir tahun, ada yang tidak tahu membaca, menulis malah mengira.Aku ingin melihat mereka tahu asas-asas itu semua.Sebab itu,aku  terpaksa bertegas.

Bayangkan dalam satu kelas ada 30 orang lebih yang mempunyai pelbagai ragam tapi menjadi penghibur aku..Baru aku hendak membimbing murid-murid yang lemah,ada yang bertanya itu dan ini.Hendak tidak hendak aku melayan mereka.Sabar...sabar...sabar..itu sahaja yang ada dalam hati aku.Dalam ramai-ramai ,ada diantaranya yang cerdik sedikit aku lantik mereka menjadi guru kepada rakan-rakan mereka dalam kumpulan masing-masing.Sudah tentu mereka bangga apabila aku panggil mereka guru kecil.Tersenyum simpul guru kecil mengajar rakan-rakannya setiap kali aku membimbing mereka yang lemah.

Mereka yang hadir ke sekolah bukanlah semuanya tahu membaca.Aku terpaksa mengajar asas membaca dan perlu menghabiskan sukatan seperti yang telah ditetapkan.Berkat kesabaran aku,anak-anak didik aku yang lemah dan merangkak-rangkak membaca mampu membaca setelah puas dimarahi dan dilatih tubi.

Aku tahu setiap ibu dan bapa menghantar anak adalah untuk melihat anak mereka berjaya.Lalu aku pasang niat dalam diriku untuk melihat mereka berjaya dan mampu membaca, menulis dan mengira.Ak tidak mahu menghampakan harapan keluarga anak didikku

Peranan guru kecil ini amat berkesan....mereka berlagak menjadi guru dan aku nasihatkan kepada mereka agar tidak melakukan kekerasan kepada rakan-rakan.Walaupun mereka masih kecil tetapi mereka berpotensi membimbing rakan-rakan mereka.

Kini, aku dapati anak murid yang sering aku marahi telah memegang jawatan yang baik dalam kerjayanya.Ada yang menjadi inspektor di penjara,guru,doktor,pensyarah dan lain-lain lagi.

PENA KASIH

Pernah dirotan oleh guru dan sehingga kini apabila aku melihat wajahnya aku terasa peritnya tanganku.....




Sunday, January 27, 2013

MEREKA TETAP DI HATI...

Kak Bee,Abang Shaari dan Zaidi dan juga abang Suhaimi memang rapat dan aku sering meminta pertolongan mereka jika diperlukan.Mereka ringan tangan.

Kak Bee yang aku kenal semenjak aku 'posting' di situ seorang yang peramah dan rajin berseloroh.Agak simple orangnya .Sekejap-sekejap dia akan menjengah kelas aku...maklumlah aku baru di situ dan ada kalanya dia mentertawakan aku kerana aku sukar mengingat nama anak-anak murid ku...aku lebih senang menggunakan perkataan 'Anda' apabila berinteraksi dengan anak murid aku.Sehingga kini, anak murid aku tetap mengingati perkataan 'Anda" yang aku lafazkan apabila bercakap dengan mereka...Mazuin, Mazuin....

Kak Bi seorang yang rajin.Tandas yang terletak berhampiran dengan bilik darjah aku sering dijaga agar tidak berbau.Kalau berbau ,siaplah aku akan panggil namanya untuk tolong bersihkan.Dialek Pahangnya apabila bercakap denganku menyebabkan aku terikut-ikut.Aku ni cepat terpengaruh .....
Kalau waktu petang sementara menunggu suamiku mengambil aku, kami selalu bersantai bersama Kak Bee.Ketika aku meninggalkan bumi Jengka, kak Bee belum lagi mendirikan rumah tangga walaupun usianya sudah bertambah tahun demi tahun.Jodohnya ketika itu belum sampai lagi tapi kini, kak Bee telah pun berumah tangga dan mendapat orang muda.Tahniah! Kak Bee, aku doakan Kak Bee bahagia disamping si dia..

Abang Shaari seorang yang tinggi lampai dan serius orangnya tapi masih ada kelembutannya.Kalau bercakap denganku,karektornya akan berubah....heheeh.Orang muda katakan....Mudah memberikan pertolongan kepadaku.

Zaidi pula hanya ku kenali tidak lama...isterinya yang bekerja sebagai pembantu pejabat ketika itu.Boleh dikatakan kami seperti keluarga.Walaupun muridnya ramai tapi keakraban kami antara guru dan staf membuatkan perhubungan tidak berakhir di situ sahaja.Kami masih lagi berhubung dan bertanya khabar.Kalau aku ke Pahang, ada ketikanya aku akan singgah di Jengka.Tapi jarang dapat bertemu dengan mereka kerana masing-masing balik ke kampung halaman.

Abang Suhaimi pula merupakan kerani sekolah ketika itu..Orangnya tidak banyak bercakap.Habis-habis tersenyum  aja.Aku kena baik dengan dia kerana soal gaji mahupun cuti kebanyakan perlu berurusan dengan dia.Mereka semuanya tinggal di kuaters guru berhampiran sekolah.

Kini, aku mengharapkan akan dapat bertemu dengan Kak Bee...ingin mendengar celotehnya...Nor niiii, kawan tak kisah..itulah perkataan yang sering diucapkan kepadaku.Kak Bee jarang membahasakan dirinya kak tapi kawan.....apa-apapun kak Bee tetap dihatiku.
Biarpun kini aku jauh daripada  mata kalian, tetapi kenangan bersama  kalian tidak akan dilupakan.

PENA KASIH:

Mereka tetap di hati..

SELAMAT..

Aku sememangnya tidak lama berkhidmat di SK Jengka 4,apabila suamiku mengambil keputusan untuk pulang ke kampung.Aku akur dengan kehendaknya.Tapi pengalaman selama 4 tahun lebih di situ banyak membantu aku.

Rakan-rakan kerja dan staf sekolah di situ amat baik denganku.Aku tidak kekok berada di situ.Penduduk-penduduknya baik dan saling bertegur di antara satu sama lain.Pada aku,di mana jua aku berada, aku cuba untuk menjadi diriku sebenar.Aku tidak mahu bersikap sombong apabila  sudah bekerja.Buat apa untuk menyombong dengan kedudukan kita.Kita manusia sama sahaja.Itu ingatan untuk diriku.Aku akan membantu mereka selagi aku mampu.Aku tetap akan bersama-sama mereka.

Sesuatu yang amat meninggalkan kesan kepadaku ialah apabila ayahlong panggilan guru besar sekolahku yang menyelamatkan diriku daripada dipantau oleh nazir.Beliau melayan nazir tersebut sehingga habis masa mengajarku.Waktu itu aku sarat mengandung anak pertama.Beliau tahu keadaan aku ketika itu yang memang tidak larat tapi masih bersemangat.Aku tidak dibenarkan naik turun tangga dan beliau menyediakan tempat aku di bahagian bawah.Terima kasih, ayahlong yang begitu prihatin dengan anak buahnya.Anak-anak didikku juga begitu prihatin denganku.Mereka sentiasa mengambil berat tentang diriku malah setiap kali aku sampai di sekolah, mereka menunggu aku untuk membawakan beg dan buku-bukuku.Cikgu sayang kalian dan sehingga kini, cikgu masih ingat kalian.

Sebut sahaja nazir sudah tentu hati berdebar-debar...macam ada sesuatu dengan perkataan nazir.Kalau dahulu sebut aja nazir mereka ingat nazir akan mencari kesalahan kita tapi sejak akhir-akhir ini banyak ilmu yang aku perolehi apabila bertemu nazir.

Sepanjang aku bertugas di Jengka 4,aku tidak pernah dipantau oleh nazir...selamat buat diriku...

PENA KASIH:

Nazir oh nazir.....

KENANGAN DI JENGKA

Biarpun sudah lama meninggalkannya tetapi kenangan bersamanya tidak akan aku lupakan.Menjadikan aku semakin tabah untuk mengharungi dunia pendidikan.Ketika kaki ini menjejak di kawasan Jengka pelbagai andaian bermain di fikiran ini.Macamana rupa kawasan Jengka...Rasa takut mulai meresap di diriku tapi aku tetap akan meneruskan perjuangan aku sebagai seorang pendidik yang selama ini menjadi idamanku.

Sebelum aku melaporkan diri,aku telah mula meninjau kawasan tersebut bersama suami.Ketika itu, aku baru mendirikan rumahtangga.Kelengkapan belum sepenuhnya.Aku berkenderaankan kereta Proton Saga berwarna hijau.Seperti kata anak muridku yang ketika itu sering melihat aku ke sekolah dengan kenderaan tersebut.Hasrat di hatinya ingin memiliki kereta tersebut .Mazuin,Mazuin..berangan untuk memiliki kereta proton suatu hari nanti.

Hari melapor diri bermula...aku rasa berdebar juga kerana buat pertama kali aku berjumpa dengan mereka yang telah ada pengalaman.Maklumlah...semangat tetap ada tapi apabila berada di dunia realiti sebagai pendidik,terasa kerdilnya diri ini di kelilingi orang-orang yang berpengalaman.Setelah usai melapor diri,GPK pentadbiran telah meletakkan aku di kelas tahun 1.Aku rasa seperti hendak pitam kerana pelbagai perkara bermain di fikiran aku.Mampukah aku berhadapan dengan pelajar yang baru menjejakkan kaki ke Tahun 1?Hendak tidak hendak aku menerimanya walaupun dalam hati aku rasa hendak menangis.

Bermulalah episod aku bersama pelajar Tahun 1.Dengan jumlah murid yang seramai 30 ornag lebih menjadikan aku semakin kalut.Aku diberikan taklimat agak lama juga  oleh GPK tersebut dan berjanji akan membantu aku.Aku dikehendaki mengajar Bahasa Melayu dan Matematik serta beberapa mata pelajaran lain.Duduk mengajar dalam satu kelas sahaja....

Hari berikutnya, aku diselia oleh GPK.Beliau berada dalam kelas aku agak lama juga.Melihat orang yang baru keluar dari maktab mengajar tahun 1.Dalam hati aku, siapa suruh letak aku mengajar di Tahun 1?Mestilah aku kalut sedikit tapi aku bersyukur kerana aku mudah menerima arahan dan melakukan seperti apa yang dikehendaki.Boleh dikatakan setiap hari aku akan diselia oleh GPK dan menjadikan aku semakin tertekan.Namun, banyak perkara yang aku pelajari daripada beliau.Bagaimana untuk mengawal kelas yang ramai.Aku sememangnya tegas dan garang ketika itu.Darah muda katakan......murid terjerit,suara aku mulalah semakin naik.Malah mereka mengatakan suara aku didengari sehingga ke pejabat yang tidak berapa jauh dari kelas aku.Biar mereka dengar suara aku dan itu menunjukkan aku sedang mengajar mereka dengan bersungguh-sungguh.Semakin hari semakin banyak kemahiran mengajar yang aku perolehi hasil perbincangan dengan rakan-rakanku.

Hari-hari seterusnya menjadikan aku semakin tabah dan mengenali dunia pendidikan sebenarnya.

PENA KASIH:

Memori itu masih terlekat di minda ini..


BEKAS SEKOLAHKU

Rindu pula suasana di sekolah lama..Meninggalkan sekolah tersebut semenjak 1991 setelah mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dan berkhidmat di daerah sendiri.Lebih kurang 4 tahun lebih sahaja berkhidmat di situ tapi pelbagai pengalaman dapat dikumpul dan digunakan sehingga kini.

Dalam pencarian mencari bekas murid dengan menggunakan alam maya dapat juga aku kumpul sedikit sebagai kenangan aku bersama mereka.Mungkin aku sememangnya mudah lupa untuk mengingat nama-nama mereka tapi aku masih ingat pelajar yang membantu aku sewaktu aku sarat ketika itu.

Aku jadikan sekolah itu sebagai rumah keduaku.Kedudukan rumahku yang agak jauh dan setiap hari aku berulang lebih kurang sejam lebih banyak meninggalkan kenangan.Jarang sekali aku balik ke rumah seawal seperti biasa malah setiap hari aku akan pulang ke rumah jam 7.00 malam.Realiti itulah jika kita bekerja jauh dari rumah.Apatah lagi suamiku yang bekerja di sekolah yang mempunyai ramai murid yang cemerlang dan pelbagai aktiviti yang perlu dilaksanakan.Sedikit sebanyak tempiasnya aku yang merasainya.Aku terpaksa akur apabila setiap hari suamiku mengambilku lewat.Dapat juga aku menyiapkan kerja-kerja sekolahku.

Aku tetap berterima kasih dengan rakan sekerjaku yang sudi untuk menumpangkan aku sepanjang kelewatanku.Kenangan bersama kak Roslah dan Gee akan tetap aku kenang sehingga kini walaupun aku masih dalam pencarian mencari kak Ros.

Alam maya juga menemukan aku dengan bekas muridku..Mazuin Mansor yang begitu mengingati aku.Masih ingat lagi dengan kereta Proton Saga hijauku katanya.Sehingga kini dia masih juga mengingati perkataan yang aku sering gunakan iaitu Anda....garang katanya tapi ramai anak muridku yang kini berjaya...Syukur alhamdulilah...semoga kalian berjaya di dunia dan di akhirat.

Aku sempat juga mengenali cikgu Lam yang hanya dapat bersamaku lebih kurang setahun sahaja apabila dia  mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia pendidikan dan berhijrah ke bidang lain.
Walaupun aku sudah meninggalkan Jengka tapi aku masih dapat berhubung dengan beberapa orang guru di sekolah lamaku.Ada juga yang telah menemuiNya.Al-Fatihah buat cikgu Zulkifli Lasoh dan beberapa orang guru yang aku lupa namanya.

PENA KASIH:

Kenangan bersama di Jengka 4 akan dicatat dalam kisah yang akan datang.

Saturday, January 26, 2013

LEMAS



Lebih kurang jam 7.00 lebih,kami  menerima panggilan telefon memaklum salah seorang anak buah ayahku lemas di Pasir Balai.Sememangnya kami kurang mengenali nama yang disebutkan kerana mereka baru sahaja tinggal di kampung ini.Tidak sampai setahun pun.

Selepas solat Isyak,ayahku ke lokasi kejadian sehingga jam 10.00 lebih menantikan pasukan penyelamat yang berusaha mencari mangsa.Sehingga larut malam, mangsa masih belum ditemui.

Pagi ini, aku bersama-sama hubby berkesempatan singgah di lokasi kejadian dan berbual sendiri dengan neneknya yang aku kenali sewaktu aku kecil lagi.Mereka pun mengenali aku kerana ketika itu emak dan ayah membuka kedai runcit.Mak cik tersebut selalu singgah di kedai emakku untuk membeli air oren 'bodoh' yang sehingga kini masih dipanggil lagi oleh penjual air tersebut ketika aku bertemu tokey tersebut di bandar Segamat.Dia masih ingat aku lagi.

Menurut neneknya, mangsa bermandi-manda di kawasan tersebut bersama dengan keluarga dan juga salah seorang rakannya yang berasal dari Sarawak.Membuat kajian tentang sungai.Mereka berjalan sehingga ke tengah dan tidak menyangka yang kawasan itu dalam.Mangsa tergelincir dan cuba diselamatkan oleh ayahnya yang cuba menarik tangan anaknya tetapi disebabkan licin, tangannya terlepas.Lokasi mangsa tergelincir ialah 20 kaki dalamnya.

Sehingga kepulanganku bersama hubby,mangsa belum diketemui walaupun dengan bantuan anjing polis.Mak cik tersebut tidak membenarkan aku pulang dan meminta aku menunggu sehingga mangsa ditemui tetapi aku tidak dapat berbuat demikian.Aku meminta izin untuk pulang dahulu dan jika berkesempatan lagi aku akan menaiki motosikal ke tempat kejadian.

Aku mendoakan agar adik Aina Nabila Zurimi ditemui dalam apa jua cara pun.Acik dapat mengenali Nabila dalam masa yang singkat sewaktu acik bersama emak acik mengunjungi rumah Nabila beberapa bulan yang lalu.Masih terbayang wajah Nabila tersenyum kerana terpilih untuk diberikan bantuan .

PENA KASIH:

Semoga keluarga Nabila bersabar  dan tabah menghadapi dugaan ini.

Wednesday, January 23, 2013

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434H

Pagi lagi kami sekeluarga telah bersiap sedia untuk bersama-sama di majlis ini .Sambutan di peringkat negeri diadakan di daerah Segamat.Ayah seawal  jam 6.15 pagi telah bergerak terlebih dahulu untuk bersama-sama menyertai perbarisan yang bermula di dataran Segamat.
Semangat orang tua..menggagahi berjalan sepanjang 2.5km.Hebat ....

Lebih kurang pukul 7.00 lebih saya,emak dan hubby telah bergerak meninggalkan perkarangan rumah untuk ke masjid .Mudah sahaja untuk  kami sampai kerana melalui jalan belakang OS yang tidak sibuk dan sesak,kami sampai dengan cepat sekali.

Kontijen dari mukim Gemereh tidak melepaskan peluang untuk turut sama dalam majlis ini

Orang ramai berpusu-pusu memenuhi perkarangan masjid dan ramai yang diarahkan untuk naik ke masjid bagi mendengar ceramah bersama-sama dengan Sultan Johor dan kaum kerabatnya.
Dengar kata korban lembu lebih kurang 20 ekor untuk majlis ini.

Setelah melihat perbarisan kontijen, saya mengambil tempat duduk di bawah khemah bersama-sama dengan emak.Sedang kami duduk,mereka menghantar dulang untuk menjamu selera.Syukur.
Mendengar ceramah agama yang disampaikan oleh Khadi Daerah Segamat.Hubby yang untung kerana dia sudah berada di dalam masjid untuk turut sama mendengar ceramah.

Lebih kurang pukul 10.00 lebih kami pun pulang.

PENA KASIH:

Salam Maulidur Rasul 1434H.

JIKA ADA REZEKI

Buat kali keduanya sekolah ini mendapat pencalonan untuk New Deal.Tidak sampai seminggu menerima panggilan daripada pihak atasan memaklumkan mereka akan hadir pada hari Selasa.Tetapi disebabkan kerana kekangan masa dan progam yang terawal telah dirancangkan , kami meminta mereka hadir pada hari Rabu.

Lebih kurang pukul 8.00 pagi mereka telah berada di  sekolah untuk bersama-sama dengan kami.Saya menyambut kehadiran mereka.Nampak tegas....kecut perut pun ada tapi tidaklah seperti yang dilihat.Mereka very friendly.Biasalah jika ada sahaja pelawat hadir pelbagai andaian dibuat.Selepas berbual buat seketika,kami membawanya naik ke bilik mesyuarat.



Bilik saya yang tidak seberapa ini pun turut dipantau...semangat sedikit setelah seorang nazir mengatakan bilik saya kemas dan cantik.


Setelah masing-masing memperkenalkan diri dan pertanyaan demi pertanyaan ditanya dan dijawab,akhirnya saya turun ke bilik saya buat seketika.Rimas juga dengan pertanyaan demi pertanyaan walaupun jawapannya mudah untuk dijawab.


Kami terpaksa berusaha mempertahankan sekolah kami dan cuba menjual nama sekolah....

Kemudian,, mereka meminta jadual waktu untuk tahun 2013.Setelah memberikannya saya juga ingin melihat siapakah yang akan dipantau..Detik hati ini sudah terasa yang saya akan dipantau.Ya..mereka memilih saya untuk dipantau.Aduh..apa tidaknya selama dua puluh tahun lebih mengajar,inilah kali pertama saya dipantau.So far ok saja...anggap mereka seperti anak murid yang sedang memerhati seorang gutu mengajar.Kalau tidak dua orang sekali hendak melihat saya mengajar tetapi saya memohon agar seorang sahaja yang pantau saya....permohonan saya diperkenankan.Mungkin mereka hendak tengok saya mengajar setelah saya cuba mempertahankan guru-guru sekolah saya.Mengatakan guru sekolah saya semuanya cemerlang berdasarkan prestasi pencapaian mereka mengajar.

Namun, banyak perkara yang dapat kongsi bersama semasa proses pdp berjalan...

 Bergambar dengan Mr N...di kantin sekolah.
GB cuba menjawab beberapa soalan yang ditanya oleh Mr N.....

PENA KASIH:

Jika ada rezeki untuk warga SKCC adalah......

BANTUAN PERSEKOLAHAN

Majlis penyerahan Bantuan Persekolahan telah diadakan baru-baru ini di sekolah saya.22.1.2013 tarikh yang telah dipilih untuk majlis tersebut setelah membuat perbincangan di pihak pentadbiran.
Alhamdulillah, majlis ini telah disempurnakan dengan baik dan lancar sekali.Majlis yang dirasmikan oleh YB Encik Lau Chin Hoon ini mendapat sambutan yang ramai di kalangan para ibu bapa.

 Cikgu Hanis telah diberi tugas untuk pendaftaran dan ibu bapa diberikan sedikit bekalan untuk mereka.



Ajk PIBG juga telah dipanggil untuk membantu para guru menyampaikan bekalan makanan.Thanks to Zana dan beberapa orang lagi.
 

YB Rncik Lau Chin Hoon berbual mesra dengan ahli AJK PIBG sebelum majlis perasmian


 Dengan adanya bantuan ini sedikit sebanyak meringankan bebanan ibu bapa terutama nntuk penyediaan peralatan tulis mereka.

PENA KASIH: 

Sudah tidak terima lagi....

Sunday, January 20, 2013

SEMBAHYANG

Hari ini, anak lelakiku balik dengan perasaan marah.Aku biarkan dia melepaskan apa yang terbuku di hatinya.
Anakku yang bekerja 'part-time' mengisi masa luangnya sementara menunggu keputusan peperiksaan.Bekerja di salah sebuah pasar raya.Kalau sebelum ini, kerja rumahku agak ringan sedikit kerana banyak kerja rumah yang dibantunya.Membasuh kain, simen, mencuci bilik air,melipat kain, memasak nasi memang tugas rutinnya sebelum dia mengambil keputusan untuk bekerja bersama dengan rakan-rakannya.

Tapi aku bersyukur kerana di tempatnya ada diberikan kemudahan untuk mengerjakan solat.Mengambil masa lebih kurang 10 atau 15 minit untuk bersolat telah dimarahi oleh pengawal keselamatan di situ.Semasa anakku bersolat, tempatnya diambil oleh orang lain sementara dia pergi mengerjakan solat.Biasanya dia akan bergilir-gilir untuk pergi sembahyang.Pengawal keselamatan itu memarahi kerana anakku bersolat lama.Anakku membiarkan dirinya dimarahi tapi tanggungjawabnya kepada Allah telah ditunai.Dalam hati hendak sahaja dia menjawab ..'Encik sembahyang ke tidak?' tapi dipendamkan sahaja dan terus berlalu meninggalkan pengawal keselamatan  tersebut bagi meneruskan kerja-kerjanya.Anakku kalau sembahyang memang ambil masa sedikit tapi tidaklah terlalu lama....

Lantas aku katakan kepadanya,kalau pengawal marah,diamkan diri sahaja dan jangan menjawab.Yang penting 'adik' tidak meninggalkan suruhanNya.Itulah pesanan aku setiap kali dia pergi bekerja.Jangan tinggalkan solat....Hati mama akan rasa tenang melihat anak-anak mengerjakan solat.

Aku juga bangga dengan rakan-rakan anakku yang turut sama mengerjakan solat.Malah baru-baru ini anakku memaklumkan sewaktu dia mengerjakan solat ada orang menepuk bahunya dan dia terus mengubah niat .Sedikit sebanyak tazkirah yang disampaikan oleh ayahnya dipraktikkan.Lagipun anak lelaki aku yang seorang ni memang suka bertanya dengan ayahnya jika dia inginkan kepastian.

Kalau hendak marah pun gunakan bahasa yang baik.Tegur dengan cara yang berhemah.Cermin diri dahulu sebelum memarahi anak-anak muda yang mengerjakan solat.

PENA KASIH:

Tidak mudah melatah....

DIA PASRAH,,,,,

Akhirnya penantian anak perempuanku untuk mengetahui kedudukannya dalam pilihanraya kampus baru-baru ini diterima dengan redha.Sebolehnya dia tidak mahu menyibukkan diri dengan jawatan yang sememangnya ditolak awal-awal lagi.Tapi disebabkan one of her lecturers yang begitu mengharapkan dia bertanding dan melihat kebolehannya berhadapan dengan pelbagai pihak,menyebabkan dia akur walaupun di hatinya dia mengharapkan dia tewas.


Dia tidak berkempen sebaliknya lebih bersahaja dan tumpuan terus diberikan pada pelajarannya.Bsru-baru ini keputusan peperiksaan  telah  keluar dan dia memperolehi  pointer yang baik.Ayahnya mengharapkan dia terus cemerlang dan meneruskan cita-citanya selepas ini.Sebagai ibu,aku hanya mampu memberikan peransang dan mendoakan kejayaannya.

Walaupun keputusan SPM tidak secemerlang orang lain, tapi sejak dia memasuki bidang perguruan yang sememangnya diminati ,aku lihat dia begitu matang dalam bertindak dan komitmen kepada tugasan yang diberikan oleh pensyarah.Berkali-kali dia menyatakan dia memangnya minat dalam bidang ini dan berjanji akan terus berusaha untuk mendapat keputusan yang cemerlang.Kesungguhannya mencari bahan dan tidak malu untuk bertanya jika dia tidak faham.Tapi tegas orangnya......

Dia mempunyai pendirian tersendiri..tidak suka membuat kerja 'last-minute'.....padanya apabila diberikan tugasan dia sudah mula bergerak dan mencari serta mengumpul bahan-bahan untuk melengkapkan tugasannya.

PENA KASIH:

Mendoakan agar cita-citanya 'satu lagi' akan tercapai nanti.

Saturday, January 19, 2013

SIBUK LAGI....

Alhamdulillah kali kedua mendapat tawaran Baa'iah....memang sibuk sedikit sejak akhir-akhirnya ini.Maklumlah hendak mengemas fail itu dan ini.Walaupun 2012 sudah berlalu tetapi segala maklumat tahun lepas perlu dikemas kinikan.

Menunggu kehadiran Mr N memanglah resah....sememangnya tiada siapa pun suka Mr N hadir ke sekolah.Itu lumrah tetapi kita perlu akur dengan kehendaknya.Suka tidak suka,kerja perlu dibereskan.
Panggilan telefeon telahpun diterima.....semakin hari semakin dekat.Tapi bahagian aku sudah siap sebenarnya...namun kebimbangan tetap ada.Walaupun sesempurna manapun tetap akan ada cacat celanya.
My bilik serabut sedikit...macam-macam yang hendak dibuatnya.Satu tangan sahaja tapi arahan demi arahan diterima...Sudahnya my  bilik lintang-pukang dengan kertas-kertas dan fail.Apa-apa pun saya tetap mengutamakan core-business saya.
Sebahagian fail yang telah siap aku bereskan.....semuanya perlu diangkat ke bilik mesyuarat.Buat apa yang termampu sahaja.

Bilik kerjaku dan kini dalam proses untuk menceriakan bilik sendiri...
Tempat yang menarik menyenangkan hati, kerja pun selesa seolah-olah bilikku ,rumahku.


PENA KASIH:

Semangat kerja tetap ada...

Saturday, January 12, 2013

TANGGUNGJAWAB


Buat kali keduanya bertanding walaupun sebenarnya dia tidak begitu mengharapkan kemenangan.Padanya apabila amanah yang telah dipertanggungjawabkan oleh jabatan  Bimbingan & Kaunseling ingin memastikan dia turut dipertandingkan kali ini,dia perlu memikulnya.

Peringkat awalnya dia menolak namun akhirnya terpaksa menerimanya setelah diharapkan akan membantu rakan-rakannya.Kewibawaannya telah lama dilihat oleh pensyarah tapi dia lebih bersikap 'low profile'.Padanya dia ingin belajar dan mencari ilmu seberapa yang boleh.Tapi setelah dipujuk dan diharapkan dia mengalah.....

Setiap hari dia mengharapkan ayahnya membuatkan teks bagi manifesto yang akan diadakan pada hari Isnin ini.Syukur kerana ayahnya bersedia untuk membantunya untuk dia berhadapan dengan ribuan rakan-rakannya pada hari Isnin ini.Padat dan bermakna...

Soal menang atau kalah dia tidak begitu kisahkan tapi kepercayaan yang diberikan oleh pensyarah kepadanya untuk turut bertanding itulah yang diutamakan.

PENA KASIH:

Tahniah!Semoga  menjadi bakal guru yang berdedikasi dan komitmen dalam tugas nanti.

Friday, January 11, 2013

KEBUN SAYUR KECILKU

Kebun sayur kecilku yang terletak bersebelahan dengan garaj keretaku.Tanah yang tidak luas tapi sudah cukup untuk aku menguasahakan tanaman sayur untuk keperluanku.Sememangnya sudah lama juga aku meninggalkan hobiku tapi sejak cuti sekolah yang lalu dan hujan yang turun tidak berhenti-henti membuka hatiku semula untuk berkebun.

Walaupun tanahnya agak kurang subur tapi apabila dibubuh baja yang pelbagai jenis menjadikan tanaman aku agak subur juga di mataku sendiri.
Sayur kangkung yang sudah beberapa kali aku goreng dan diberikan kepada emakku.........
Sedap kata emakku...
Peria yang mula menjalar ke arah pagar kawat kami....sudah mula mengeluarkan hasil.


Kacang botol merupakan satu-satunya tanaman yang senang hidup.....subur lagi.

     Bendi yang menjadi kegemaran kami......tapi lambatnya berbuah.

 Pokok lada kami.....pokok ini yang paling banyak tumbuh.Hari-hari makan lada.


PENA kASIH

Berbudi kepada tanah......kini sedang berusaha untuk mengerjakan tanah bagi projek menanam pokok getah.

Friday, January 4, 2013

LETIH TAPI SEMANGAT


Sunyi buat seketika teratakku.......anak lelakiku mengisi masa lapangnya dalam beberapa bulan ini dengan bekerja 'part-time' di sebuah pasar raya.Sebulan sudah dia duduk di rumah.Melakukan kerja-kerja rumah dan meringankan sedikit kerja kami.Banyak kerja yang dibuatnya di rumah walaupun kadang-kadang dia mengeluh tapi sebagai ibu aku bangga dengan cara kerjanya....kemas dan semuanya tersusun rapi tapi siaplah sebotol pencuci bilik air boleh dihabisnya dalam masa dua hari sahaja.Ayahnya tersenyum melihat gelagat anak bujangnya.Pastinya dia mahu bilik air sentiasa bersih.Tapi sebagai langkah untuk dia belajar berjimat cermat aku maklumkan kepadanya sukatan untuk digunakan......

Letih itulah keluhan setiap kali aku menjemputnya tapi bersemangat dan seronok katanya.Pada hari pertama bekerja semua anggotanya sakit..kaki dan pinggang .Lalu ayahnya berkata.....kalau nak kerja yang baik dan bagus, perlu berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh.Namun, ayahnya menasihatkan agar cari pengalaman dahulu .Hendak senang bukan senang.

Sesekali aku dan hubby melihat cara dia bekerja....Dia memberikan komitmen yang baik sewaktu menjalankan tugasnya.Tiada langsung untuknya duduk tapi sentiasa memastikan bahagian yang dijaga sentiasa kemas dan teratur...

Hari kedua dia memaklumkan kepada saya yang ada barang di tempatnya hilang dan perlu digantikan sedangkan sewaktu balik semuanya telah diperiksa dan sewaktu keluar dari bangunan tersebut 'security'telah membuat pemeriksaan dengan teliti....Dia pun hairan kenapa boleh terjadi seperti itu.Patah semangat pada hari kedua tapi kami tetap memberikan semangat kepadanya...Lihat dahulu permainan mereka.Kalau setiap hari hilang dan perlu ditolak gaji mesti ada sesuatu yang tidak kena......masakan barang boleh hilang dengan sewenang-wenangnya sedangkan ada pengawal keselamatan .Adakah itu permainan mereka sehingga setiap bulan ada sahaja budak baru masuk....

Kami ingin melihat sejauh mana permainan mereka walaupun sebelum ini kami ada dengar juga pelbagai rungutan...


PENA KASIH:

Nostalgia bekerja di kilang Asahi masih segar dalam ingatan.

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails