Tuesday, October 30, 2012

TONSIL

Anak sulungku selalu mengadu sakit tekak dan ketidak selesaan dia sewaktu menelan makanan.Sudah enam buah klinik dia pergi untuk mendapatkan rawatan.Doktor hanya mengatakan sakit tekak biasa sahaja.Aku juga selalu meminta dia menjaga cara pemakanannya.Ais sememangnya sering aku pesankan agar tidak mengambilnya.

Disebabkan tidak tahan, akhirnya dia pergi ke sebuah klinik untuk membuat pemeriksaan dengan teliti dan didapati dia mengalami tonsil yang agak serius dan doktor menyarankan agar perlu dilakukan pembedahan serta merta.Anak aku meminta ditangguhkan kerana kini dia sedang menjalani peperiksaan akhir semester.Doktor membekalkan ubat yang agak banyak juga.....Mama doakan Along cepat sembuh dan jangan lupa makan ubat mengikut peraturan.Anakku yang seorang ini memang penakut sedikit untuk menelan ubat.

Aku kini sedang membaca artikel berkaitan dengan tonsil........Ada yang mengatakan bahawa dengan meminum air kelapa dara BioVCO boleh melega dan meredakan radang tonsil.Ada yang menyarankan minum ais cream vanila banyak-banyak untuk mengecutkan pembengakan tersebut.Aku harap anak aku akan mengikuti arahan doktor dan cepat sembuh.


Doktor ada juga memaklumkan kepada anak aku yang tonsilnya sudah putih keseluruhan dan sehingga  mengganggu sistem pernafasannya.



PENA KASIH:

Marah kerana tidak mendengar nasihat......

Sunday, October 28, 2012

HARI KANAK-KANAK 2012

Setiap tahun bulan Oktober akan diadakan acara sambutan hari Kanak-kanak.

Lantaran itu, disebabkan kekangan masa,pihak sekolah telah memilih tarikh 22.10.2012 meraikan hari Kanak-kanak.


ANAK adalah anugerah paling berharga yang diamanahkan oleh Allah SWT kepada ibu bapanya.Tiada harta yang paling berharga di dunia melainkan seorang anak yang diamanahkan sebagai penyambung keturunan.Ibarat kain putih yang bersih, ibu bapa diberi tanggungjawab untuk mencorak anak yang dianugerahkan itu untuk menjadi seorang manusia yang beriman dan beramal soleh.Sehubungan itu, anak-anak perlu dididik dan dipelihara sebaik mungkin bagi menjadikan mereka 'permata' yang paling berkilau.

Permata tersebut bukan sahaja akan menentukan maruah diri dan keluarga tetapi juga kepada negara tercinta.Justeru, kepentingan golongan kanak-kanak ini sering diberi keutamaan dan ia sudah terbukti sejak dahulu apabila pada tahun 1959, sambutan Hari kanak-Kanak Sedunia pertama diisytiharkan.Bersandarkan kepada catatan sejarah, Hari Kanak-Kanak Sedunia pertama kali diraikan sejak 1959, di mana tarikhnya dipilih dari mana-mana hari Sabtu pada bulan Oktober.

Berkumpul di dewan sebelum acara seterusnya dijalankan.

 Acara untuk murid tahun 6.........meniup bola pingpong dari gelas pertama ke gelas kedua.



PENA KASIH:

Mereka tetap di hati.

Saturday, October 27, 2012

SATE

Mungkin orang yang pandai tidak hairan untuk membuat sate tapi tidak bagi aku,Ilmu untuk belajar mmebuat sate aku pelajari dan lihat sendiri apabila aktiviti perkhemahan dijalankan di sekolah baru-baru ini.Nampak mudah dan senang untuk membuatnya.Resipi kini berada di tangan tapi untuk memulakannya belum lagi.InsyaALlah akan aku cuba juga nanti.
                                                                                                                                                                                               
                          
  Bersama Ekin dan Sal mencucuk sate.


 Menghidupkan kayu arang untuk membakar sate.                 
 
    Khemah yang telah siap dipasang....sempat lagi.

               
                          
                  

PENA KASIH:
"Belajarlah dari bulan mengambang. Bulan hanya mengambang sekali-sekala,bulan tidak mengambang setiap malam kerana dengan mengambang sekali-sekala itulah pungguk jadi perindu, manusia tertunggu-tunggu."


MENZIARAHI KUBUR

Kali ini, kami beraya bertiga sahaja.Along yang tidak dapat balik sering kami hubunginya.Kami memberikan motivasi kepadanya untuk belajar kerana akan menghadapai peperiksaan pada hari Isnin.Katanya ingin mendapat score yang terbaik dan mengekalkan pencapaian yang sedia ada.Mama sentiasa mendoakan kejayaan dan kecemerlangan Along.Itu impiannya.Mama harap Along sentiasa berjaya dan Allah permudahkan laluan Along.Allah permudahkan untuk Along  menjawab soalan dan diberikan ketenangan.

Seperti biasa, pagi raya kami sekeluarga ke masjid.Kali ini , limpahan orang ramai tidak sampai di luar masjid.Selepas solat, kami ke rumah emak untuk menjamu juadah hari raya.Selepas itu, hubby mengajak kami ke kubur ayahnya.So, kami bergerak ke situ dan di sana pun tiada orang ramai seperti hari raya Aidil-Fitri.Al-Fatihah untuk ayah  yang telah meninggalkan kami lebih daripada sepuluh tahun.Anak lelakiku membersihkan kubur atoknya.Dia memang tidak ingat wajah aruah kerana meninggalkannya ketika usia masih kanak-kanak lagi.Sambil itu, aku meningatkan  anakku, jangan sesekali lupakan insan-insan yang hampir dengan kita tapi telah pergi menemuiNya terlebih dahulu.Setiap kali solat sedekahkan al-Fatihah untuk mereka.Jangan tinggalkan solat.....kerana mereka yang pergi akan menantikan doa-doa daripada anak-anak mahupun cucu.Usia kita semakin meningkat.....tiada apa yang perlu kita banggakan selain mendekatkan diri kepadaNya.Hubby selalu memberikan tazkirah kepada kami setiap kali kami berada di dalam kereta.Sekurang-kurang mengingatkan diri ini dan juga anak-anak.Kita boleh berubah selagi kita ada kemahuan.

Selepas pergi ke kubur, kami terus pulang ke rumah.Merehatkan diri dan kemudian ke Kipmart.Aku mengenakan suamiku lagi....tersenyum dia melihat gelagat aku.Apa-apa pun thanks to hubby yang tidak pernah menghampakan aku.Aku banyak menghabiskan masa bersama dengan keluarga ibuku.Seronok bersama dengan mereka.

Sebelah malam, kami ke rumah bapa saudara.....Kami dihidangkan dengan pelbagai juadah.Berborak santai with my family.Alhamdulillah, mereka semuanya sudah berubah.Kalau dahulu keegoan itu ada tapi kini usia mematangkan kita.InsyaAllah bulan Disember, kami akan berkumpul lagi sekali......


PENA KASIH:

Sayu hati mendengar takbir hari raya setiap kali solat oleh suami....
"Merintihlah dengan dosa, janganlah merintih dengan buta, menangislah dengan dosa, jangan menangis dengan orang menghina, sedihlah dengan dosa, janganlah sedih dengan orang kata.

RANCANGAN PERCUTIAN 2012

Cuti sekolah hampir tiba.....awal percutian,aku dan hubby akan bergerak ke Perlis untuk mengambil anak perempuanku.Kali ini kepergian aku untuk membawa keretanya pulang ke Segamat.Mula-mula emak akan mengikut aku tetapi disebabkan emak saudara memerlukan mereka untuk ada bersama bagi menentukan majlis perkahwinan anak perempuannya.InsyaAllah,kami akan bertolak dari Segamat dengan menaiki bas.Tentu penat tapi apakan daya.......cuti yang agak lama menyebabkan aku terpaksa ke sana.

Kali ini, kami juga bercadang akan ke Kelantan.InsyaAllah.Kalau tidak banjir memang hasrat untuk ke sana selepas anak lelaki kami selesai menduduki peperiksaan SPM.Perancangan yang sememangnya telah lama kami buat dan pada awalnya kami bercadang untuk ke Sabah atau Sarawak.Tapi terpaksa dipendamkan hasrat itu dahulu.

Hasrat untuk ke sana....pun sememangnya telah ada dalam perancangan kami.Bila?Sedang meantikan sabahatku dahulu......

Saja aja untuk merilekkan minda kami.Pada tahun ini, kami akan pergi sekeluarga with emak dan ayah.Insyaallah kami akan pelawa my MIL kalau dia ingin mengikut kami.Anak-anak pun tidak sabar untuk berjalan...




PENA KASIH:

Kita merancang Allah yang menentukannya.

KORBAN AIDIL-ADHA

Pagi lagi, aku dan hubby sudah berada di bandar.Tujuan aku adalah untuk mencari kedai roti canai untuk dibawa ke kampung hubbyku.Selepas solat, aku sudah bergerak dan mencari tiga buah kedai roti canai yang mempunyai rasa yang berbeza.Selepas selesai semuanya, aku terus bergerak ke kampung hubby kerana emak telah berjanji sebelum ini untuk berada di kampung jam 8.00 pagi dan sempat hubby menelefon Aman untuk memaklumkan yang kami kini dalam perjalanan ke kampung.Akhirnya kami sampai dahulu dan hampir satu  jam lebih menunggu kedatangan emak.

Aku bersama dengan mak Usu menyediakan sarapan untuk pekerja-pekerja yang akan melakukan korban.Nice to hear cerita from Pak Itam and his geng.....Pak Itam pun memaklumkan sepatutnya sudah berada seawal pagi  lagi tapi  kami terpaksa menunggu agak lama.Aku dan hubby sekadar mendiamkan diri sahaja.
Selepas selesai semuanya, aku yang sememangnya malas untuk pergi ke ladang ternakan lembu terpaksa mengikut emak untuk menemaninya.Keadaan jalan yang kurang elok hasil gambaran Aman membuatkan aku tidak berminat untuk ke sana.Tapi untuk seorang ibu, aku lupakan hasrat tersebut.Awal lagi, aku dan hubby sebenarnya hendak ke rumah emak saudaraku...tapi atas permintaan emak aku luangkan masa buat seketika.Aku meminta Mak Usu menemani emak tetapi mak Usu tidak mahu,.Hendak tidak hendak aku langkahkan juga kakiku menemani emak.Tapi hatiku begitu teruja untuk bersama-sama dengan emak saudara dan sepupuku.Sesekali bertemu tentunya menarik dan menggembirakan.
Hubby dengan anak lelaki telah bersiap sedia untuk pergi ke ladang lembu.

My hubby said "ada aku kisah'.Mahu ambil gambar juga.
                                               


Kerja-kerja melapah daging....
Sempat mengambil gambar hubby dalam perjalanan pulang...

Suami dan anak lelaki menimbang daging....

  Setelah selesai semuanya,aku dan hubby bergegas pulang untuk menghadiri kenduri di rumah emak saudaraku.Semuanya sudah sampai dan my cousin mengucapkan terima kasih kerana walaupun lewat dan sibuk dalam masa yang sama dapat meluangkan masa untuk bersama mereka.Happy dapat berjumpa dengan emak saudara dan sepupu-sepupu yang sekali sekala dapat bertemu.
Sebelum kenduri di rumah emak saudara, aku dan hubby dengan rela hati  meluangkan masa untuk meracun rumput-rampai di halamannya.Walaupun berkali-kali bapa saudara merasakan sedih dan pilu kerana kami begitu mengambil berat dan prihatin dengan diri mereka.Lalu aku katakan ini masa dia untuk aku menolongnya.Aku rela hati mengenangkan bapa saudara yang sudah kematian isteri sakit dan tidak mampu untuk melakukan kerja berat.Anak-anak jauh diperantauan kerana tuntuan kerja dan aku rasa tidak menjadi masalah untuk aku dan hubby menolongnya.


                 Hubby with my cousin...sudah kenyang beb...


PENA KASIH:Kata-kata yang diambil daripada  my hubby.

"Sikap kita bukanlah masalah; sebaliknya kegagalan orang lain untuk memahami sikap kita itulah masalah, dan masalah itu adalah masalahnya bukan kita"

Wednesday, October 24, 2012

SALAM TAKZIAH UNTUKMU EDAH....

Menerima berita kematian suami seorang sahabat baikku ketika di bangku sekolah rendah sehingga di sekolah emnengah amat menyayukan hati ini.Itupun sudah terlewat aku kira menerima berita itu ketika keinginan aku hendak ke bandar bersama emak.Aku lihat di kawasan perumahan begitu banyak kereta sehinggalah ke tanah perkuburan Kg Berata.Hati aku mula sudah tidak sedap sahaja.Lalu aku memberhentikan kereta dan bertanya dengan salah seorang budak di kawasan itu.

"Dik,nak tumpang tanya, siapakah yang meninggal ?'
Lantas dijawabnya abang Man.Aku masih meneruskan pertanyaan dan akhirnya terjawab.Memang benar, Edah kini kehilngan  orang yang tersayang.DI saat umat Islam hendak menyambut Hari Raya Aidil-Adha.Sudah tentu,sayunya hati.

Aku tidak dapat berjumpa dengan Edah kerana semuanya sudah ke tanah perkuburan.InsyaAllah, aku akan berjumpa dengan dia dalam masa yang terdekat ini.Menyampaikan salam takziah daripada rakan-rakan yang mengenalinya.

Aku harap Edah tabah menghadapi dugaan dalam kehidupannya.Sukar untuk menerima tapi itulah realitinya yang hidup pasti akan menemuiNya juga suatu hari nanti.AL-Fatihah untuk Allahyarham Azman bin Abdullah.

PENA KASIH:

Jika kita sayang insan yang disayangi, Allah lebih menyayanginya.


Monday, October 15, 2012

BILA EMOSI MENGUASAI DIRI

Hari ini sesuatu yang menggelikan hati...mungkin buat diriku tapi tidak mungkin buat hubbyku.Biasalah,bila waktu petang, aku dengan familyku akan bersembang di anjung rumah emakku sambil memerhati orang lalu-lalang di bawah rumah emakku.Kebetulan hubby tiada di rumah dan sudah menjadi rutin serta kebenaran suamiku untuk bersembang santai bersama emakku...apa-apapun Selamat Hari Lahir,emak.

Sedang kami rancak berbual-bual, aku lihat hubby sudah balik dari tempat kerja.Lebih kurang 6.35 petang, dia masuk ke perkarangan Anjung Kasih kami dengan bersahaja.Aku lihat di belakangnya ada sebuah kereta mengekori hubbyku tetapi dia meletakkan keretanya di luar rumah kami.Sambil keluar dengan tangan menunjuk itu dan ini, aku lihat ada sesuatu yang tidak kena.Kelantangan suara wanita itu menarik perhatian kami dan mengganggu sembang santaiku.....Aku terus turun dari rumah emak dan membiarkan wanita itu bersuara sesuka hatinya mengikut emosi.Hubbyku yang sedaya upaya mengawal emosi akhirnya tewas kerana tidak tahan dengan lontaran kata-kata daripada wanita tersebut.

Aku jadi hakim kepada kedua belah pihak.....Aku minta wanita itu menceritakan apa yang berlaku kerana aku tidak tahu apa-apa cerita pun sebaliknya aku ingin jadi hakim.So, setelah aku mendengar daripada  kedua-dua belah pihak, akhirnya aku mencari jalan penyelesaian agar persoalan dan permasalahan diselesaikan secara baik.Namun, aku lihat wanita itu begitu  berkeras dan ingin membuat 'report' di balai polis sedangkan kerosakan hanyalah terlalu sedikit sahaja.Cermin sisi kereta wanita itu pecah di bahagian belakang sahaja sedang kereta hubbyku tiada kerosakan pun kerana sebelum itu, hubbyku melihat pemandu kereta itu membawa kereta dalam keadaan yang kurang stabil dan laju.Lalu terdetik di hati hubbyku,ada yang kena ni ..belum pun sempat apa-apa, wanita itu terlanggar 'side-mirror' kereta hubby kerana 'side-mirror' kereta hubbyku terus termasuk ke dalam(sukarnya untuk aku explain) sebaliknya belakang cermin sisinya yang pecah .So,aku pun bersuara meminta masing-masing baiki cermin sendiri.Itu jalan penyelesaian yang terbaik sebaliknya tidak diterima dan meminta hubbyku membayarnya.Hubbyku memang orang yang malas untuk bercakap lebih dan meminta wanita itu beritahu harganya...wanita itu tidak boleh membuat keputusan dan kami juga meminta wanita itu mengganti cermin sisi kami pula.Win-win....akhirnya wanita itu mengambil keputusan untuk membuat 'report'.Aku tersenyum kerana jalan yang mudah dipersulitkan.Aku menunggu reportnya sehingga malam tapi tiada ...kami masih terus menunggu.

Aku ingin juga mencelah  kerana dia mengatakan sudah banyak kali dia  membaiki keretanya yang selalu 'accident' sedangkan setakat ini, kereta kami sering dilanggar oleh orang dan tiada rekod kemalangan yang teruk.Aku juga mendengar cerita wanita tersebut baru sahaja kemalangan....siapa bersalah?kami tidak tahu.Akhirnya kelemahan dan kekurangan dirinya terserlah satu demi satu...walaupun aku mengenali dari jauh dan selama inipun aku tidak pernah untuk mengambil tahu hal orang lain tetapi satu persatu keperibadiannya terserlah......Untuk pesanan diriku juga..lain kali kalau hendak datang rumah orang dan berbincang, gunakan bahasa yang baik.Berbudi bahasalah dan bukannya melantangkan suara menunjukkan keegoan.AKu tidak hairan kerana wanita tersebut memang sering menggunakan jalan kampung kami untuk pergi bekerja tetapi dengan hanya perkara yang sedikit sahaja sudah terserlah keperibadiannya.

Bila emosi menguasai diri......renung-renunglah.
Akhirnya pulang dengan rasa malu......

PENA KASIH:

Sedaya upaya cuba mengawal emosi.....terlepas kata, akan diingati sampai bila-bila


KASIH IBU DAN ANAK

Setiap kali balik rumah, dua ekor anak kucing akan bertempiaran lari.Jika tidak di garaj keretalah tempat kucing tersebut bermain.Bukan kucing belaan tetapi rumah kami selalu menjadi tempat buangan kucing.Kami terima tapi bersyarat.Malah, kucing tersebut seperti memahami kehendak kami.


Saya bukan tidak menyukai kucing tetapi saya tidak suka apabila kucing itu kencing di sana dan sini.Apabila masuk rumah, berbau air kencingnya.Lalu, saya selalu bercakap,kalau hendak duduk sini, duduk di garaj sahaja atau di belakang rumah kami yang sememangnya ada atap untuk mereka berlindung.Kucing ini seperti memahami.Setakat ini, tidak sekali pun saya nampak anak kucing itu masuk ke dalam rumah kami sebaliknya akan berkeliaran di garaj kereta sahaja.Kalau pun ia lapar,ia akan mengiau di tangga dapur  kami sehingga kami memberinya makan.

Ada sesekali saya ingin bermain dengannya tapi agak  liar.Tidak berpeluang untuk memegangnya sebaliknya akan berlari bertempiaran.Namun, disebalik itu saya begitu terharu melihat kasih ibunya terhadap anak-anaknya.Apabila kami memberi makan, si ibu tidak makan dahulu sebaliknya akan memanggil anak-anaknya.Yang tinggal sisa itu barulah dimakan oleh si ibu.Begitu juga apabila saya memberikan seekor ikan, dia tetap  memanggil anak-anaknya terlebih dahulu......itulah kasih ibu sebenarnya.Dari situ, kita perlu ingat kasih ibu tetap ada walau anak pernah mengecilkan hati mereka.Saya lihat kucing sahaja..


PENA KASIH:

Ibu tetap di hati


Saturday, October 13, 2012

KLINIK GIMRAMA

Buat pertama kalinya program pembangunan 1M1S khususnya sukan gimrama diadakan kursus pada tahun ini.Pendedahan awal kepada semua guru PJ dan juga murid-murid sekolah rendah dan menengah.Klinik gimrama ini diadakan selama dua hari iaitu pada 12 dan 13 Oktober di SJK(C) Li Chi yang dihadiri sebanyak 10 buah sekolah dan murid-muridnya 43 orang sahaja.

Sekolah saya telah diberi amanah untuk mengelolakan klinik gimrama dan seramai 2 orang jurulatih dari Muar dan Batu Pahat telah dipanggil untuk membantu menjayakan klinik ini.Sekolah saya yang telah diagihkan tugas kepada semua guru telah dapat  melaksanakan tugas dengan baik.

Saya sendiri hadir pada hari Sabtu sahaja kerana komitmen kepada tugasan lain yang melibatkan tugas saya sendiri.Seawal jam 7.00 lebih saya sudah berada di sana.Membantu apa yang patut dan melihat pengurusan klinik tersebut.

Setelah semuanya selesai barulah kami beransur pulang.Sememangnya di akhir-akhir persekolahan pelbagai program diadakan. Penat tapi menyeronokkan...


PENA KASIH:

Membantu apa yang patut...

PEMBINAAN INSTRUMEN

Hanya 8 buah sekolah sahaja terpilih untuk membina instrumen khusus untuk pengurusan pentadbiran/kurikulum bagi guru-guru penolong kanan.Tujuannya adalah untuk memudahkan kita sebagai pentadbir menjalankan tugas dan seterusnya memastikan setiap  bidang kita dapat dilaksanakan dengan baik untuk kecemerlangan pengurusan.

Ianya sesuatu yang baik sebenarnya dan saya sendiri telah merangka sendiri instrumen yang diguna pakai oleh saya sendiri bagi memudahkan saya melaksanakan tugas saya.Format sendiri dan ikut keperluan saya.Akhirnya pihak atasan melihat ianya sesuatu yang baik dan memudahkan kerja di peringkat pengurusan lalu dibina satu intrumen untuk digunapakai oleh semua GPK.Namun, ianya perlu dimurnikan lagi.

PENA KASIH:

Apa-apapun 'coure-bussiness' kita menjadi keutamaan...saya ingat pesanan pihak JPNJ.Ingat tanggungjawab kita yang sebenarnya dan rezeki yang kita perolehi.
Semoga Allah permudahkan urusan saya dan mengingatkan tanggungjawab saya sebenarnya.
Amanah yang diberikan perlu dipikul dengan sebaik  mungkin.....

Friday, October 12, 2012

CEMBURU

Sifat semulajadi....cemburu.Cemburukan kejayaan seseorang memungkinkan kita ingin menjadi seperti mereka.Lantas tiada pillihan lain melainkan kita perlu berusaha untuk mencapai kejayaan itu.Tiada jalan mudah untuk berjaya andaikata tiada rasa ingin memajukan diri.Dulu rasa cemburu tetap ada dalam hati melihat kejayaan kawan seorang demi seorang ke menara gading.Namun ,akhirnya kita perlu redha kerana rezeki kita tiada ketika itu.Pastinya ingin juga menjejakkan kaki ke menara gading satu hari nanti.Menanam azam ingin sekali ke sana,ingin merasai suasana di sana.Syukur akhirnya doa yang sentiasa dititipkan setiap kali termakbul jua.Lantas pada tahun 2004,menjejakkan kaki bersama kawan-kawan.Meninggalkan keluarga buat seketika kerana ingin merasai dunia ke menara gading.Pastinya jika tiada dorongan daripada insan-insan di sekeliling tidak  memungkin saya untuk menjejak kaki ke sana.Biarlah kita bersusah seketika tapi akhirnya impian dan hasrat kita tercapai.Terima kasih ...Ayang.

Cemburu yang positif amat baik buat diri kita.Sekurang-kurangnya memberi dorongan kepada kita untuk terus memajukan diri.

Cemburu tanda sayang......sesiapa pun tetap ada perasaan seperti itu.Saya juga tidak terkecuali tapi tetap ada batasannya.Kadang-kadang  seorang lelaki itu sukar untuk mengatakan dia  cemburu tapi sudah cukup dengan riak wajahnya menggambarkan ia memang cemburu...Sebagai seorang perempuan , kita perlu memahami reaksi cemburu itu.Meninggalkan sesuatu yang tidak disukai sudah cukup untuk menyenangi hati mereka.Menjagai semua batasan kita sebagai seorang perempuan,,,jangan kita cemburu buta akhirnya kita  kehilangan orang yang disayangi.Kita jaga batas pergaulan kita, kita jaga tutur kata kita..InsyaAllah.

Saya suka berkongsi cerita dengan anak perempuan.....dalam menjalinkan persahabatan akan tetap ada rasa cemburu.Saya menfingatkan dia, kita cemburu yang positif.Cemburu melihat kejayaan kawan mendapat keputusan yang baik....apa  yang perlu kita buat? Apa langkah seterusnya kita jika kita ingin cemerlang seperti  mereka?Anak perempuan akur....
Namun yang tersirat disebalik "Cemburu' itu amat banyak.........

PENA KASIH:

Cemburu tanda sayang

Thursday, October 4, 2012

HARI LAHIR ADIF

Menerima SMS from Ani, mengingatkan kami tarikh kelahiran Adif...Terlupa sebenarnya.Kesibukan kami yang tidak tentu masa sejak akhir-akhir ini menyebabkan banyak perkara yang kami terabai..Saya terus 'forward' SMS tersebut kepada hubby.Sewaktu menerima SMS saya menghadiri kursus KSSR.Seronok juga sesekali menghadiri kursus.Membuka minda dan mendapat ilmu.Syukur kerana my bos telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk menghadirinya.Saya yang menurut perintah....akur arahan bos walaupun sebenarnya  banyak kerja yang perlu dibereskan.Banyak ilmu yang diperolehi dan banyak rakan yang ditemui.

Sempat bersantai di dataran Segamat

 Then hubby membalas SMS,memakluman akan mencari hadiah untuk Adif.Masih terfikir--fikir apa kegemaran si Adif dan akhirnya hubby memilih sendiri hadiah untuk anak saudaranya.Lebih kurang pukul 8.00 sempat saya ke dataran Segamat sekejap....rilekskan minda di situ.Penat sebenarnya kursus.Penat duduk dan minda.


After that kami pun ke Taman Bendahar seperti yang dimaklumkan.....semua sudah ada.Ramainya......
Hapiz dan Hadif so happppppyyyyy....Hapiz yang terlebihnya.Dua kali hendak sambut hari jadinya.

My hubby suka tengok emak yang semakin ceria.....dah ada orang yang menjaganya.

From my hubby.....ipad lembut....
Terima kasih Ani and Aman yang menjemput kami hadir ke majlis hari jadi anaknya........

PENA KASIH:

Yang penting dalam kehidupan ini ialah saling sayang-menyayangi,saling hormat-menghormati.Kalau kita ingin orang hormati diri kita, kita hormati diri kita sendiri terlebih dahulu......

Tuesday, October 2, 2012

GIMRAMA

Perjalanan ke Sekolah Sukan Bandar Penawar memakan masa selama 3 jam.Alhamdulillah, kami selamat sampai ke destinasi dan terus menuju ke dewan.Kami berada di sana selama 3 hari dan bermalam di Homestay.Syukur 'owner' homestay itu milik orang Melayu dan saya berkesempatan bertemu dengannya sebelum balik ke Segamat.Seperti rumah sendiri dan setiap biliknya begitu kemas dan kami begitu selesa di situ.Ada dapur dan mesin basuh memudahkan kami menggunakan peralatan tersebut tetapi perlu cermat.Setiap hari baju dibasuh dan kami membawa balik pakaian yang bersih.

Di peringkat awalnya, saya tidak terfikir untuk pergi ke sana tetapi disebabkan keperluan dan permintaan guru besar untuk membantu cikgu-cikgu yang ada menyebabkan saya  sanggup pergi.Setelah mendapat kebenaran daripada suami, saya bersama-sama rakan dan anak murid bertolak dari Segamat jam 7.00 pagi dengan menaiki dua buah kereta.Alhamdulillah perjalanannya begitu lancar dan kali kedua  buat diri saya melalui jalan tersebut.Hujung tahun 2011, saya bersama family telah pergi ke sana.


Memang tidak dinafikan sukan ini sebenarnya memang terkenal di sekolah ini suatu ketika dahulu.Disebabkan oleh kekurangan tenaga pengajar akhirnya, sukan itu berkubur buat seketika dan bangkit semula pada tahun 2011 setelah diberi kepercayaan oleh pihak atasan untuk melaksanakan sukan tersebut.


Sempat menyolekkan anak murid sebelum mereka melakukan aktiviti mereka.
Wajah mereka setelah disolek.....jurusolek tidak professional..
Kontijen Daerah Segamat....gimnastik dari Sekolah Kebangsaan Kemelah dan gimrama dari SK Canossian Convent Segamat.

PENA KASIH:

Menarik juga sukan ini.....

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails