Friday, August 31, 2012

BUKIT KEPONG

Hari ini aku ke padang Kg Abdullah untuk turut sama meraikan Hari Merdeka.Meriah dan menarik sekali.Anak-anak murid aku juga tidak ketinggalan turut serta dalam perbarisan kali ini,Seramai 9 orang anak murid dari SKCC telah terpilih untuk menyertai perbarisan dan terima kasih kepada PPD kerana telah memberi penghormatan kepada pelajar kami untuk menyertai perbarisan kali ini.Janji ditepati (NKRA) dalam bidang pendidikan.

Sekolah aku yang telah terpilih dalam New Deal pada tahun 2011 dan juga telah dicalonkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun ini.Keputusannya masih dinantikan....mudah-mudahan sekolah kami terpilih.

Kemudian, aku dan hubby mengambil keputusan untuk ke Batu Pahat.Mula-mula sekadar berjalan sahaja lepas itu tidak sangka  memborong itu dan ini.Bila mata sudah berkenan.......tapi masih dalam kawalan lagi.

Sebelum sampai ke  Batu Pahat, kami singgah sebentar di Bukit Kepong.Peristiwa Bukit Kepong mengimbau kembali nostalgia kami.Tidak jemu rasanya menonton cerita Peristiwa Bukit Kepong yang dilakonkan oleh Jins Shamsuddin.Hubbyku bercerita tentang peristiwa tersebut kepada anak lelakinya.Sekurang-kurangnya dia tahu sejarah Bukit Kepong.



Tuesday, August 21, 2012

RAYA (2) 2012

Raya  Kedua.

Kehadiran rakan sekolah semasa di sekolah menengah.Terima kasih, Mah  kerana sudi hadir ke rumah saya.Setelah sekian lama tidak berjumpa dan pertemuan ini mengeratkan hubungan yang telah lama terputus.




Kali ini rumah kami diserbu oleh saudara mara sebelah hubby.....Dato Seri Azmi Khalid dan juga Datin Seri Normala Samsuddin juga tidak ketinggalan singgah di rumah kami.Terima kasih kerana sudi hadir ke Teratak Kasih kami.


Monday, August 20, 2012

RAYA 2012

Ramadhan melabuh tirai dan bersyukur kerana diberikan kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadah berpuasa pada tahun ini.Syawal menjelma setelah 29 hari kita menahan diri daripada lapar dan dahaga di waktu siang.Sesungguhnya rasa sayu untuk meninggalkan Ramadhan begitu terasa apabila kedengaran takbir hari raya.....



Seperti biasa pada tahun ini, kami tidak balik ke kampung seperti orang lain.Beraya di rumah sendiri dan kemudian bergerak ke rumah emak yang tidak berapa jauh kmnya.Mendapat jodoh dengan orang yang sama daerahnya tidak menjadi satu masalah kepada kami.



Kami juga tidak ketinggalan menziarahi kubur bapa mertua yang telah meninggalkan kami hampir 13 tahun.Selepas itu, kami mula bergerak ke kampung hubby.Bertemu saudara mara dan menziarahi kubur nenek sebelah hubby dan emak saudaranya.

Selepas itu kami bergerak ke rumah mak ngah di Kuala Paya......



Monday, August 13, 2012

SYUKUR

Suasana menyambut hari raya sudah mula terasa.Bahang lagu-lagu raya begitu kerap berkumandang di corong-corong radio.Namun, saya jarang mendengarnya.Mungkin kurang minat dan tiada kesempatan untuk saya mendengarnya.Sesekali apabila hubby membuka radio barulah saya mengikuti lagu tersebut.Jika tidak saya biarkan ia berlalu begitu sahaja.

Namun dalam kesibukan kita hendak menyambut hari raya, ada insan-insan di luar sana yang perlu diberikan perhatian.Bersyukur kerana saya lihat sendiri pelbagai barangan diberikan kepada mereka yang memerlukan.Kampung saya juga tidak ketinggalan menikmati pemberian tersebut terutama kepada mereka yang berhak untuk menerimanya.Apabila mereka inginkan nama-nama yang perlu diberikan bantuan ,saya bersama-sama dengan emak akan bergerak untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.Sangat mudah kami menunggang motosikal selepas pukul 5.30 petang.

Bukan itu sahaja, kerajaan juga tidak memandang ringan untuk memberikan bantuan kepada orang ramai.Orang Felda juga mendapat imbuhannya, Felca juga tidak ketinggalan malah rakyat juga tetap diutamakan.Kakitangan kerajaan juga tidak ketinggalan.Apa lagi yang diperlukan ....syukur.Walaupun tidak banyak tapi sudah cukup untuk kita melafazkan Syukur.Apa pun orang hendak kata....kita pedulikan.Sekurang-kurangnya kita merasai sebagaimana orang lain menerima.

Malah di sekolah juga, kakitangannya tidak melupakan golongan anak-anak didik yang memerlukan bantuan dan diberikan perhatian.Itu sememangnya menjadi rutin kami setiap tahun.
PENA KASIH:

Syukur kepadaMu ya Allah........

Sunday, August 12, 2012

BERSEDERHANA

Mood  untuk  menulis semakin menurun.Tiada idea..bukan satu masalah kerana banyak perkara yang boleh dikongsikan.Sebagai sesuatu yang santai sahaja .Namun, tuntutan masa dan kerja yang semakin banyak dan perlu diberikan perhatian lebih menyebabkan bidang penulisan yang sememangnya menjadi kegemaran saya dilupakan buat seketika.Namun tidak berhenti......jari-jemari ini masih begitu laju untuk menaip.

Kekangan masa dan tumpuan kepada keluarga apatah lagi di bulan Ramadhan ini,banyak pengisian dibuat untuk menikmati bulan Ramadhan.Bulan yang sememangnya dinanti-nantikan setiap tahun.Namun ,kini tirai Ramadhan akan berlabuh dalam beberapa hari lagi.Terasa sedihnya untuk meninggalkan bulan  Ramadhan.

Dua minggu puasa, anak dari Perlis balik bersama-sama dengan rakannya.Tidak lama tapi sudah cukup untuk dia merasai nikmat berpuasa bersama keluarga di sini,
Hari-hari seterusnya,banyak berbuka puasa dengan emak dan ayah.Selepas masak, semua masakan dibawa ke rumah emak.Kami bersederhana dalam menjamu juadah.Tiada pembaziran setakat ini.Tidak terlalu mengikut nafsu apabila nampak makanan itu dan ini.

Begitu juga dengan persiapan hari raya.Kami awal-awal lagi telah memaklumkan kepada anak-anak yang kali ini kita lebh bersederhana dalam menyambut lebaran yang akan menjelang tiba.Sedihnya kali ini, baju raya yang ditempah tidak dapat disiapkan seperti yang dijanjikan.....masalah kesihatan yang tidak mengizinkan oleh tukang jahit menyebabkan saya menerimanya dengan redha.

PENA KASIH:

Bersederhana dalam apa jua ..........

Sunday, August 5, 2012

TANGGUNGJAWAB DAN KESEDARAN

Setelah anak didikku menduduki ujian baru-baru ini dan setelah dibuat analisa, sesuatu tindakan dan program perlu dijalankan untuk membantu anak didikku berjaya dalam pelajarannya.Keputusannya bukan tidak baik tetapi aku perlu memantapkan lagi pembelajarannya agar mereka tidak terus tercicir.

Aku hanya fokuskan kepada aspek penulisan dalam Bahasa Melayu.Aspek pemahaman aku berikan tumpuan di dalam kelas.Setelah berbincang dengan pihak atasan, mereka membenarkan aku membuat kelas untuk anak didikku.Masa setengah jam yang aku ambil setiap hari Selasa hingga Khamis, sekurang-kurangnya dapat membantu anak didik aku memantapkan lagi penulisan mereka.

Mereka begitu seronok......aku benarkan mereka mengeluarkan idea seberapa banyak yang boleh dan selepas itu berbincang ayat yang sesuai untuk membuat karangan.Lebih bersantai pengajran dan pembelajaran aku.Nampaknya mereka begitu berminat.Sebagai pentadbir, ada kalanya aku terpaksa meninggalkan mereka buat seketika kerana menghadiri mesyuarat, taklimat dan sebagainya.Justeru, aku rasakan, aku perlu top-up balik masa yang aku tinggalkan dengan membuat kelas seperti ini.Walaupun setiap kali meninggalkan sekolah kerana menghadiri sesuatu program , kerja tetap aku berikan tapi tidak sama apabila  kita berada bersama mereka.

Aku lakukan ini bukan untuk apa...sekadar membantu/membimbing anak didikku untuk berjaya dan aku rasakan itu tanggungjawabku.Aku juga bersyukur kerana kehadiran mereka begitu baik dan aku tidak sangka sambutan yang begitu menggalakkan di kalangan ibu bapa anak didikku.Terima kasih kerana membenarkan anak mereka balik lewat selama tiga hari.

PENA KASIH:

Suka berada di sekolah......

Saturday, August 4, 2012

TERIMA KASIH YB

                  
                          
  Anakku sempat bergambar dengan YB ketika berada di kedai BATA Segamat.

Aku menerima panggilan telefon tapi tidak sempat untuk dijawab...Disebabkan waktu itu aku ada kelas, aku abaikan panggilan tersebut sehingga bila tengah hari baru aku buka FB.Tercatat meminta aku mencari 5 orang kanak-kanak berusia 5 hingga 13 tahun yang kurang bernasib baik untuk diberikan sumbangan kasut oleh YB Dato Subramaniam di kedai Bata Segamat.

Selepas masak untuk berbuka puasa, aku menunggang motosikal bersama dengan emak mencari kanak-kanak yang kurang berkemampuan untuk menerima sumbangan tersebut yang akan diadakan pada hari Sabtu.

Sememangnya mereka ini begitu bertuah....yang tidak mampu dibantu.Begitu juga dengan anak-anak di SKCC.Kami sebagai guru  di situ juga tidak melupakan nasib mereka.Kami hulurkan bantuan untuk meringankan bebanan keluarga menjelang hari raya ini.

PENA KASIH:

Berkongsi sama.....suka duka kehidupan mereka.

Wednesday, August 1, 2012

BIJAK





 
Idaman hubbyku......adakah impian akan menjadi kenyataan.

Selepas solat terawih tergerak hati untuk menelefon Apiz.Bertanya khabar di peringkat permulaan dan terus melarat meminta dibelikan ipad untuknya.Kebetulan pada hari itu, kami membawanya ke sebuah kedai kereta dan hubby mencuba memandu kereta yang mungkin impian hubby untuk memilikinya.Apiz dan Adif turut sama menaiki kereta tersebut.So excited betul budak berdua itu.

Apiz yang pada pandangan saya tidak memberikan respon yang banyak ketika menaiki kereta itu rupa-rupanya menyimpan sesuatu yang diluar jangkaan kami.Pelbagai soalan ditanyakan kepada saya pada hari ini.Sememangnya bijak.....bijak berbicara dan bijak memikir.

Uda,,,Uda dah ambil ke kereta tersebut?Lantas saya menjawab,saya belum membeli kereta tersebut lagi.
Dia memberitahu kami yang dia melalui kedai tersebut dan tidak kelihatan kereta itu lagi.Ini mungkin Uda sudah beli kereta tersebut...abang nak ipad seperti yang dijanjikan oleh salesman tersebut.Alahai.....Apiz.Kami just pergi sahaja bukan hendak membeli walaupun hubby mempunyai impian yang besar untuk memilikinya.Kami tidak terburu-buru sebenarnya.
Apiz masih lagi bertanya sama ada duit kami tebal ke nipis.Kami katakan duit kami tidak tebal sebab itu kami tidak membelinya lagi.Apiz lantas berkata abang tau duit Uda tebal kerana Uda rajin belajar dan berjaya.Uda Wanya sedang memikirkan keadaan Apiz yang begitu banyak memikirkan soal Ipad dan masih berada dalam kegelisahan.Meminta kami datang ke rumah untuk bermain dengan Ipad.Uda Wanya tidak berani untuk berjanji dengan Apiz walaupun keinginan untuk membelikan anak saudaranya ipad itu begitu tinggi tapi banyak yang perlu difikirkan...Alahai budak-budak sekarang...teknolong canggih pemikirannya juga canggih.

Sekali lagi , dia memujuk saya untuk pergi ke rumahnya.Saya katakan yang kami keletihan dan tidak mungkin untuk datang ke rumahnya pada hari ini.InsyaAllah Apiz, Uda Wa akan tunaikan impianmu itu..dengan syarat Apiz belajar rajin-rajin.

PENA KASIH:

Pandainya sekecil itu mengambil hati  Uda Wanya......

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails