Monday, July 23, 2012

MEREKA TETAP KANAK-KANAK


Dua orang kanak-kanak kecil ini belajar solat daripada abang Ngehnya selepas berbuka puasa semalam di rumah MIL.Hadif walaupun baru berusia 5 tahun tapi sudah petah menghafal surah dan bacaan dalam solat walaupun dalam sebutan pelatnya.

Selepas itu,saya meminta dia  membaca dan begitu lancar tanpa mengeja.Menyebut PENA KASIH melalui samsung TAB setelah Pak Udanya membuka untuk mereka melihat 'games' yang terdapat di dalamnya,Semoga mereka terus belajar bersolat dalam usia yang muda ini .


PENA KASIH:

Sering mengingatkan anak-anak agar tidak meninggalkan solat.Berterima kasihlah kepadaNya di atas rezeki yang diberikan kepada kita.

Thursday, July 19, 2012

SAAT PEMERGIANNYA...

 18 JULAI 2012

Tatkala umat Islam bakal menyambut kehadiran Ramadhan yang sememangnya dinanti-nantikan, kami terkesima seketika kerana mak Ngah yang selama ini begitu rapat dengan kami meninggalkan kami untuk selama-lamanya dalam keadaan yang tenang sekali.

Perkhabaran yang mengatakan mak Ngah kritikal telah kuterima sewaktu aku balik dari sekolah.Mak  Itam menelefon memaklumkan kepada aku dan  beria-ia mengajak aku menziarahinya di Melaka.Aku yang ketika  itu baru menarik bantal untuk merehatkan diri terus terbangun dan menyatakan bersetuju untuk ikut sama ke Melaka bersama-sama dengan emak.Lalu aku menelefon suami untuk memaklumkan akan perkhabaran mak Ngah.Namun,aku hampa kerana telefon aku tidak diangkat.Aku tahu suamiku sedang mengajar dan sudah tentu dia tidak akan mengangkat telefon tersebut.Akhirnya aku menghantar mesej.Jam menunjukkan angka 4.00 petang.Tiada balasan mesej dari suamiku.Aku resah seketika.Namun, aku telah bersiap-siap terlebih dahulu agar apabila lampu hijau membenarkan aku pergi, aku senang.Tidak perlu menunggu aku begitu lama untuk menukar pakaianku.Deringan telefon berbunyi lantas aku mengangkat telefon.Suamiku terkejut kerana mesej yang aku sampaikan mengatakan mak Ngah tidak aku tulis tetapi aku tulis mak sahaja.Suamiku panik kerana dia tidak ada mendengar yang kedua-dua emak kami sakit.Aku membetulkan cerita sebenar.

Kemudian, aku bergerak ke Melaka bersama-sama sepupuku.Aku turut juga membawa Pak Ngah sekali atas kehendak anak-anaknya.Kami melalui lebuh raya Air Keroh dan lebih kurang 15 minit  hendak sampai ke hospital, anaknya memaklumkan bahawa mak Ngah sudah tiada,Aku mendiamkan diri sahaja.Aku tidak mahu suaminya mengetahui kedudukan mak Ngah kerana suaminya pun tidak sihat.Sehinggalah kami sampai di hospital, aku meminta anaknya memaklumkan kepada ayahnya sendiri dan tidak melalui mulutku.Apa perkhabaran itu diterima, Pak Ngah berada dalam keadaan yang tidak tentu arah.Tangannya terus mengusap dadanya dan kami terus memapah pak Ngah.Kami faham perasaannya.

Lama juga proses untuk mengeluarkan jenazah dari hospital.Mak Ngah meninggalkan kami lebih kurang 6.45 petang.Kami mula bertolak meninggalkan perkarangan hospital Melaka jam 9.00 lebih dan mengekori van jenazah.Anaknya meminta aku mengikutnya menaiki van tapi aku menolaknya kerana keadaan aku yang kurang sihat.Jenazah sampai di Segamat lebih kurang 11.00 lebih dan suami serta emak saudara dan bapa saudara serta sepupuku telah menunggu di rumah.Suamiku mengetuai bacaan Yassin dan Tahlil pada malam tersebut.

Kami meninggalkan rumah mak Ngah lebih kurang pukul 1.00 pagi.

19 JULAI 2012




Pukul 8.30 pagi aku telah sampai ke rumah mak Ngah.Aku membantu apa yang patut.Hari ini aku mengambil cuti untuk turut sama melihat saat akhir bersama aruah mak Ngah.Aku teringatkan mak Ngah yang sememangnya kurang bercakap lebih kurang 2/3 tahun kebelakangan ini.Habis-habispun mak Ngah akan tersenyum sahaja.Along yang berada di Perlis juga turut ada bersama kami.Dia memang rapat dengan mak Ngah dan di saat sebelum dia pergi ke Perlis baru-baru ini, sempat dia bersama mak Ngah.Memandi dan menyuapkan nasi untuk mak Ngah.Walaupun aku menahannya agar tidak balik , dia tetap dengan keputusannya untuk melihat jenazah mak Ngah untuk yang terakhirnya.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.Namun, sehingga kini aku masih teringatkan kenangan manis bersama mak Ngah yang aku anggap seperti emak aku sendiri.
Aku titipkan doa untuk mak Ngah agar rohnya sentiasa bersama-sama dengan orang yang beriman.

Al-Fatihah...mak Ngah.

Saturday, July 7, 2012

BELAJAR LAGI


Kehadiran nazir untuk hari kedua disambut dengan penuh mesra.Mereka memahami akan keadaan kami yang serba kekurangan namun mampu memastikan sekolah berjalan seperti biasa.Pagi lagi sudah hadir dan jam 8,00 pagi telaha memaklumkan untuk masuk ke kelas.

Seramai lima orang guru telah dicerap dan saya terkecuali.Mungkin banyak perkara yang perlu ditanya kepada saya namun persiapan saya seperti biasa.Sempat juga saya bertanya kepada pihak nazir dalam beberapa  perkara yang melibatkan bidang saya.Alhamdulilah ,mereka berkongsi pengalaman dan memberikan beberapa tips untuk saya terus melaksanakan tanggungjawab saya sebagai salah seorang pentadbir sekolah.


Kehadirannya tidak terasa 'stress' sangat kerana semua yang dikehendaki telah saya sediakan di bilik mesyuarat.Mereka hanya perlu memilih apa yang dokumen yang diperlukan.Tiada banyak soal jawab yang ditujukan kepada saya cuma dia berkongsi pandangan meminta saya membuat seperti ini dan itu.Thanks to one of them.Kemudian meminta saya menyenaraikan bekas pelajar sekolah ini yang memegang jawatan tinggi...bab ini saya agak tewas sedikit kerana saya tidak mempunyai sebarang data.Namun, saya tetap memberikan beberapa nama yang saya ingat.


Berbanding dengan kehadiran pihak lain yang kami rasakan 'stress' kerana  mereka berkomunikasi dengan kami dalam suasana bersantai.Tidak menyalah itu dan ini sebaliknya memberi panduan.Orang-orang macam inilah yang kami mahu kerana mereka tahu bebanan kerja guru sekarang tidak seperti dahulu.Alhamdulillah,mereka hendakkan dokumen tahun 2012 juga telah saya sediakan untuk mereka.Tiada banyak soalan yang diberikan untuk saya,

PENA KASIH:

Sentiasa hendak 'up-date'kan kerja untuk elakkan 'stress'

TIDAK JANGKA

 Persiapan untuk hari sukan memang telah lama dirancangkan.Alhamdulillah, setelah kata sepakat diambil dan kami telah bersetuju untuk mengambil cuti peristiwa khas untuk hari sukan .Waktu itu proses pembelajaran dan pengajaran tidak dijalankan.Kami juga telah mengadakan hari Sukan di sebelah pagi.

Saya yang ditugaskan setiap tahun di bahagian hadiah bersiap sedia menjalankan tugas.Hadiah disusun agar memudahkan saya apabila penyampaian hadiah dijalankan.Saya hanya bertugas bersama Aisyah.Setelah menyusun hadiah, saya memulakan tugas kegemaran saya iaitu mengambil gambar.
 Namun, kegembiraan hanya seketika kerana lebih kurang pukul 8.00 pagi, kami dikejutkan dengan kehadiran nazir.Kehadiran yang tidak dimaklumkan agar sukar sedikit dan akhrinya mereka berpakat agar kami meneruskan tugas di padang.Saya pun menjalankan tugas dan mereka memahami akan kepentingan antara tugas di padang dan ada beberapa perkara yang perlu kami ada bersama mereka.

Setelah selesai menjalankan tugas, kami dipanggil untuk sesi soal jawab sebelum kami pulang ke rumah jam 5,00 petang.Sememangnya letih dan pihak nazir memahami akan keletihan kami.Tuntutan kerja yang perlu dibereskan menyebabkan rasa letih itu kami ketepikan.Akhirnya nazir memaklukan akan bersama kami lagi pada hari Jumaat untuk melakukan pencerapan terhadap guru.guru......masing-masing kecut perut juga apabila mendengar itu semua tapi saya percaya guru-guru saya tetap melakukan kerja dan tanggungjawabnya dengan baik walaupun tiada nazir datang.

PENA KASIH:

Kita menjalankan tugas dengan telus.

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails